rama-rama

Friday, March 5, 2010

tour sinai (part 5-finale) -mendekati sejarah para anbiya'

salam..
ini entri penghabisan kesah percutian ke semenanjung sinai..malas nak membebel panjang-panjang..sila nikmati hidangan gambar-gambar dan caption-caption di bawah ya..sebarang komen yang membina adalah dialu-alukan..selamat menjamu selera!

  gurun-gurun dan padang pasir 
pemandangan sepanjang perjalanan dari dahab ke sinai..tak terbayang bagaimana Nabi Musa a.s merentasi gurun2 dan padang pasir selama 8 hari 8 malam sehelai sepinggang (tanpa berkasut, tanpa makanan, tanpa minuman) ketika melarikan diri daripada buruan firaun dari kaherah ke sinai.


 
 
persinggahan pertama di sinai- maqam nabi Saleh a.s..


lembu samiri
kisahnya, ketika Nabi Musa a.s sedang bermunajat selama 40 hari di puncak gunung sinai, kaum bani israel yang tinggal di bawah telah disesatkan oleh seorang munafiq bernama samiri yg telah mengumpulkan emas dan membentuk seekor lembu serta menggunakan sihir sehingga lembu itu boleh berkata-kata. Dipercayai bentuk ukiran lembu yang terdapat pada batu di belakang kami *rujuk gambar* tu terhasil daripada pantulan cahaya matahari pada lembu emas tersebut sehingga terjadinya hakisan pada batu tersebut.

maqam Nabi Harun a.s
nabi Harun merupakan pembantu kepada Nabi Musa a.s, dan tugas paling utama Nabi Harun adalah berbicara bagi pihak Nabi Musa a.s kerana Nabi Musa a.s tidak mampu berkata-kata dengan baik. Ketika Nabi Musa masih kecil dan masih di bawah jagaan firaun, firaun tersebut telah mengujinya dengan meletakkan meletakkan arang dan bara api bersebelahan..tujuannya untuk menilai adakah anak kecil ini akan merampas hartanya kelak. tapi macam bodoh jugak la, budak kecil semestinya akan tertarik pada emas sebab emas tu berkilau2..Nabi Musa hampir saja merangkak mendapatkan emas tersebut namun telah dialihkan arahnya oleh para malaikat atas perintah Allah, lalu Baginda telah memasukkan bara api ke dalam mulutnya dan tercedera..itulah punca ketidakfasihan Nabi Musa a.s berbicara..

berjalan kaki menuju ke uyun itna shar dan wadi arba'in - jauh

uyun itna shar ataupun dalam bahasa melayunya mata air 12
kisahnya, bani israel pengikut Nabi Musa ni sangatlah manja dan tak tahu bersyukur. Mereka lapar dalam perjalanan lalu meinta drpd Nabi Musa dan menyatakan tidak akan beriman jika Nabi Musa tidak memberikan mereka makanan. Lalu Nabi Musa yang penyabar berdoa lah, dan makanan pun turunlah daripada langit. Setelah makan, mereka dahaga pula dan meminta air, juga menyatakan tidak akan beriman jika permintaan mereka tidak ditunaikan. Atas perintah Allah, Nabi Musa a.s memukul tongkatnya pada batu ini 12 kali dan terpancarlah 12 mata air..kenapa 12? sebab yang sama seperti 12 telaga Nabi Musa yg aku dah cerita dalam part 1 entri ni..

sila perhatikan cangkuk yang tiba2 berada di atas batu ini*dibulat merah*
semasa israel la'natullah menguasai sinai, mereka telah cuba mengalihkan batu ini untuk di bawa ke tempat mereka, sebab batu ni ada kena mengena dengan nenek moyang mereka (bani israel)..tapi percubaan mereka gagal, batu ni gagal dialihkan..sebaliknya mata air ini tidak lagi mengeluarkan air..kenapa? kun fayakun..Allah kata jadi, jadilah..kalau tak, tak jadilah..Masya Allah~

wadi arba'in (40 lembah)
diceritakan kepada kami bahawa lembah ini pernah menjadi tempat pertemuan antara 40 orang Nabi..

sedia mendaki gunung sinai/ tur sina di tengah malam
masa ni sangat sejuk, aku pakai baju berlapis-lapis sampai jadi macam belon dah..jam 12 tengah malam mula pendakian. Bila dah mula mendaki, badan dah panas berpeluh-peluh..

tapi bila dah menghampiri puncak, sejuknya tak terkata, angin kuat sampai badan rase nak melayang je, so kena sangat berhati-hati sebab laluan semakin curam dan sempit..*namun sempat juga menyaksikan shooting star..oh oh subhanallah takjubnya terasa..bintang memang sanagt banyak bertaburan di langit, begitu jelas kelihatan seperti langit begitu dekat..tak dapat lupa perasaan ketika menikmati semua tu, sangat bersyukur kerana diberi kesempatan..*

kumpulan pertama sampai lebih kurang jam 3..kumpulan terakhir jam 4.30..di puncak tu lagi sejuk terketar-ketar, siap sewa selimut tebal lagi kat atas tu untuk berbungkus sementara tunggu subuh dan matahari terbit.ramai sangat manusia kat atas tu, pelbagai bangsa dari pelbagai negara, juga pelbagai agama..seperti biasa, di mana ada kesan tinggalan yang berkaitan Nabi Musa dan bani israel, pasti ada juga gereja di sebelah masjid..

pemandangan matahari terbit - indahnya ciptaan Tuhan~

arab badwi mencari rezeki di pergunungan

 perjalanan menuruni gunung sinai
bila mentari dah melimpahkan senyum, nasyid asmaul husna juga telah dihayati, kami mula menuruni gunung sinai..oh gunung sinai, mendakimu adalah sangat memenatkan, akanku fikir banyak-banyak kali jika mahu naik ke puncak itu lagi..hoho..

st.katherine monastery di kaki gunung sinai

Qal'ah Salahuddin al- Ayubi (kubu Salahuddin al-Ayubi)
Dalam perjalanan pulang ke Mansoura, kami singgah di Taba yang merupakan sempadan 4 negara iaitu Israel, Jordan dan Arab Saudi..Di sinilah terletaknya kubu panglima perang Islam iaitu Salahuddin Al-Ayubi..untuk ke kubu ni, kena naik bot..

sunset di salah satu tempat persinggahan untuk solat dalam perjalanan pulang

ammu driver bas tu telah menghadiahkan kami sesuatu dalam perjalanan balik..dia bawak kami lalu Kubri Salam (jambatan salam) yang merentasi terusan suez..kami sangat suke..syukran ya 'aam! huhu..tapi hari malam, so tak berapa nampak bila ambil gambar..so tak payah upload la k? hihi..

sekian sahaja, tamatlah sudah perkongsian kesah sepanjang perjalanan aku ke sinai..sekiranya ada salah silap, harap diperbetulkan dan dimaafkan..harap juga anda-anda yang sudi membaca terhibur..kalau tak tehibur pun takpe, buat-buat terhibur je lah yerk..
nanti aku jalan mana2 lagi aku share lagi okies?

terima kaseh atas sokongan anda! majulah GIGI untuk negara!! *eh eh? tibe2 pulak huuu dah2 whiteCempaka sila tido sudah pkol 2am esok ada bengkel dentist pukul 8am-5pm*
zZzZzzz =.=

1 comment:

anyss said...

Pengalaman yang sangat mahal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...