rama-rama

Saturday, November 14, 2009

RINDU

Hembusan bayu rindu menyapaku...
Mak..
Ayah..
Wan..
Along..
Angah..
Abang De..
Kak Teh..
..
AKu rindu saat duduk semeja makan bersama sesekali berjenaka ceria tertawa penuh suka..


Nor Aqilah Huda
Mohd Alfi Rohmi
Nor Azra Fakhirah
Mohd Amsyar Nabil
Qisya Sofea


Aku rindu memanjakan mereka..suara kecil mereka memanggilku untuk melayani mereka maseh begitu jelas..aku mahu peluk mereka erat..


Mohamad Amirul


Aku rindu kata-kata semangat dan perhatiannya..


 Aku rindu Nurul Nadhrah, dialah yang begitu memahamiku...
Aku rindu Nur Mashidah, dia sangat mengenaliku..
Aku rindu Haji Mohd Ariff, dialah yang melentur sikapku..
Aku rindu Mohd Hanif, dia begitu sabar melayani karenahku dulu..
Aku rindu Saiyid, dia setia berkongsi cerita denganku..
Aku rindu Tengku Myra, Jaja, Azlee, Nadia Hanim, mereka tak pernah buatku rasa terasing..

Juga aku rindu sahabat2 sejatiku yang masih setia menjadi sahabatku sehingga kini. 
Aku rindu saatku belajar erti mematangkan fikiran di zaman sekolah menengah..
Aku rindukan suasana belajar bersama rakan2 yang sentiasa membina..Aku rindu akan sahabat2 yang sentiasa menegurku bila aku tersalah,memberiku peringatan saatku terleka, memberiku semangat saatku lemah, bersorak untukku saatku sedang berusaha, berkongsi pandangan saatku perlu..Aku rindu sahabatku yang telah menerima diriku seadanya..Aku rindukan sahabat2 yang sentiasa mahu berjaya bersama, hingga waktu itu aku tidak kisah kesekolah awal pagi dan pulang ke rumah hanya pada malam harinya demi kerjasama menjayakan usaha tanpa putus asa..Aku rindu akrabnya persahabatan kita dulu..


Aku juga rindu rakan sepasukan ku di kolej..Aku rindu berlatih bersama mereka tidak kira siang malam..Aku rindu keluhan2 penat dan sakit apabila kaki melecet..Aku rindu mereka yang begitu mengambil berat akan rakan sepasukan..Aku rindu kita membina semangat bersama..Aku rindu saat kita berkampung untuk bertanding..Aku rindu segala yang kita lalui untuk membuktikan bahawa kami juga mampu sedang tiada yang percaya..Aku rindu senyuman tatkala kita semua menerima pingat itu..Aku rindu setiap saat bersama mereka..

Sungguh aku rindu setiap saat yang kulalui bersama setiap ahli keluargaku, setiap sahabatku, Aku turut rindu perjuangan tahun pertamaku bersama sahabat2 disini..Percaya atau tidak, aku juga rindu saat di lab dan bilik kuliah tadi bersama sahabat sekelasku..haha..
sesekali layan rindu..
adessssssss...
 Seriously, apa yg mendorong aku utk menaip tnegah-tengah malam ini adalah sangat menyedihkan..Bau perpecahan...AH!! Aku benci! BENCI BAU PERPECAHAN ITU..
Mana pergi semngat setiakawan?
Mana hilang kasih sesama saudara?
Mana penghayatanmu terhadap kalam Allah?
Sehingga ada yang sanggup menikam dari belakang??


Sadis!
Sadis bila kelompok yang kecil menjadi lebih kecil...
Sadis bila ada yang berilmu tapi begitu kedekut untuk berkongsi..
Lebih sadis bila 'yang berilmu' memburukkan 'yang kurang berilmu'...
Itukah sikap yg sepatutnya?
Berilmukah dia atau mereka?


Aku tak tahu macam mana lagi nak cakap.Aku tak tahu nak cari ayat yang sesuai..Aku terlalu sedih! Apakah persaudaraan ini terlalu ringan bagi mereka? Adakah persaudaraan ini terlalu rendah nilainya sehingga mereka sanggup memecah, membelah, memutuskannya?


Saat ini syaitan pasti tergelak puas..Agenda membisikkan hasad dengki, riak, tak puas hati, dan perasaan negatif yang lainnya telah menzahirkan sikap2 mazmumah yang lainnya..

sehingga terbitnya kata : "Mereka tu bukan bagus sangat, tak perlu sertai mereka, sertai aku lagi bagus."

OH! apakah??? sedarkah dia atau mereka ketika mengungkapkan kata2 itu? Wujudkah kesempurnaan dalam dirinya sehingga mampu berkata sebegitu? Wujudkah kesempurnaan dalam diri kita? Di mana rasa 'harap dan takut' itu??




“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan Allah tulikan telinga mereka dan Allah butakan penglihatan mereka.” (QS. Muhammad: 22-23)




Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.” (HR. Bukhari 5984 dan Muslim 2556)



Antara yang terpenting dalam silaturrahim adalah berlapang dada.. Juga bersangka baik..
Ukhuwwah ini juga amanah Allah, yang seharusnya kita semua sama menjaganya..

*teringat lagu Raihan yang lama dulu..Tak ingat tajuk tapi masih ingat antara bait liriknya..*


Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih,,, 
tiada yang lebih berharga, selain dari perpaduan...
lupakanlah segala persengketaan..
hubungkan kembali tali persaudaraan..
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu, berkasih mesra..
Agar generasi kita di masa hadapan..
Bangga dengan apa yang kita wariskan 

bersatu kita teguh
bercerai kita roboh
yang berat sama dipikul
yang ringan dijinjing sama

sepakat membawa berkat
asas hidup bermasyarakat
amalkan hidup yang sihat
selamat dunia akhirat... 

(sorry, tak ingat lirik penuh...huhu)
tp still boleh nampak jelas msg lagu tu kan? 
hopefully sesiapa yang cuba nak pecah belahkan kesatuan palajar kat sini tu, sedarlah...memang senang untuk meruntuhkan kesatuan tu, tapi untuk mebinanya semula akan jadi sangat perit..bukanlah kesatuan pejar sahaja yg bakal goncang atas perbuatannya, bahkan tali silaturrahim juga boleh terputus bila2 masa..

Ya Allah, jauhkanlah kam dari perkara2 yang tak diingini, terutama apa yang buruk bagi kami..Kau uruskanlah kami yang tidak mampu menguruskan diri kami sendiri..ameen Ya Rabb.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...