rama-rama

Wednesday, December 29, 2010

aku bangga anak melayu

salam alayk ^^

entri ni sambungan daripada entri sebelum-sebelum ni..sekitar kejohanan bola tampar tertutup mansurah..

 fly high
share the joy
 sayang bola
??
 ouch !
 adussss
erat silaturrahim ~ budaya sihat dalam sukan
 blocker jangan bocor
 team spirit (semangat sepasukan)
moral support
 superman beraksi
 setiakawan
kerjasama




 penyokong tegar
walaupun team gigi tumpas di quarter final, tapi kalian tetap hero kami..sayang GIGIANS !!

ok ni salah sorang camerawoman yang gila berani mati lepak bawah net mase game berlansung..biar bola rembat badan, yang penting lens harus diselamatkan..gambar2 ni aku curik daripada aiman mahdi dan aman rizal..thanx guyz ! ^^

Khalass about volleyball tournament yang mantap..

Now nak bagi tabik hormat buat pasukan Harimau Malaya atas kejayaan menjuarai Piala Suzuki 2010.. AAUUUUMMMMMM ~ !!!

Alhamdulillah, takbir !!! Allahu akbar !!!!

Aku malas nak ulas panjang lebar sebab dah ramai yg bg ulasan super power..Cuma aku berharap supaya pemain malaysia dapat memperbaiki lagi mutu permainan dan usaha sehabis baik dalam apa jua perlawanan pun..

Kalau pemain perform well, konfem satu malaya datang sokong..Tak percaya? tengoklah sokongan padu rakyat malaya bagi untuk piala suzuki baru2 ni..Sampai orang 'itu' dan orang 'ini' pun gerunn tengok kesatuan orang kita ^^

Sebaliknya, kalau player terus main macam budak-budak, memang penyokong tak layann..Tu yang jadi stadium kosong..Kan kan kannn..

Ape pun, jutaan terima kasih buat cinta hati inche Mohamad Amirul sebab bagi cempaka link untuk tengok match live..Tapi last2 tak dapat tengok jugak sebab line selowwwwww amat..

Takpelah, aku percaya kalian pun looking forward untuk melihat aksi yang lebih mantap daripada Skuad Harimau Malaya kita dalam pusingan kelayakan piala dunia..Sila mengaum lebih kuat bagi gegar seantero dunia okayyy..Cayalah Malaysia !!


p/s : inche khairul fahmi tu macho lah ;) roar roar hero malaya ! *ngeeeheee*

p/ss : sabtu ni kami ade perjuangan lain pulak kat sini..GO GIGIANS !! 

p/sss : sory tak sempat berblogwalking bagai..silent reader je buat mase ni..haihh..rindu..

p/ssss : aku bangga anak melayu, semangat nusantara, Islam paksi jiwa !!!!

-out-

Tuesday, December 28, 2010

Aksi-aksi comel atas court

Salam alayk ^^


Seperti yang dijanjikan, penghargaan untuk diri sendiri atas keberanian mencuba sesuatu yang baru..
Mari kita lihat..Jeng jeng jeng !!

kaho na pyar hai? dil to pagal hai? rab ne bana de jodi?

zapin? 

bola tampar ke bola sepak nih?

taichi?

??

sehati berdansa?

ballet?

senamrobik?

Ini antara shot2 candid yang aku dapat.. Next entry insya Allah aku tunjukkan shot2 game yg lebih serious..Aksi-aksi terbang bergaya..Juga geng2 gigi yang turun padang support..


Oh segannya hasil memang sangat tak memuaskan hati..Aku memang sangatlah tak reti..Tapi takpelah, belajar kan? Kalau korang pandai bab2 ni, murah2 kanlah hati bg tunjuk ajar sikit k? hihi..
Terima kasih kerana melayan entry inih..


p/s : aku rindu suara aku lah..maseh sexy bangat nih..huhu..


p/ss : masih takde plan untuk winterbreak..huwaaaa nak jalannn...


p/sss : exam mode..doakan kami..


-out-





Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah

Salam alayk ^^


aahh lame dah tak jenguk blog ni...biarpun picisan, tapi disinilah cebisan pemikiran / perasaan dapat ku lahirkan dalam baris-baris ayat yang biasanya mengarut je banyak...haha lantak lah kan...


semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak-menjak ni, aku selalu je jatuh sakit...haih, ye ok fine aku mengaku aku lembik...eh jap, bukan lembik, cuma tak sekuat dulu...hukhuk...hari ni baru segar sikit rasa, baru suara nak keluar walaupun macam alien, baru terlarat nak bukak blog ni...


aku sebenarnya nak share satu event yang aku join kat sini baru2 ni, tournament volleyball...


tapi aku tak main lah, cuma aku mencuba-cuba bermain dengan cik merah kesayanganku itu..biar everything pun basic, lens filter pun mintak tolong orang belikan *tp tak dapat2 lagi..risau ooo skali angin tiup bwk pasir daaa*, tapi aku tetap cuba yakinkan diri untuk belajar...harus belajar manfaatkan apa yang aku ada supaya berbaloi sakit tangan bawak cik merah yang berat tu =.='


alhamdulillah, berjaya belajar sedikit sebanyak walaupun hasil tak memuaskan..haha..tolonglah faham, aku bermula betul2 dengan kosong ok? 0 !
dan tournament tu adalah first time outdoor photography experience untuk aku, acara sukan pulak, waktu malam pulak..memang meraban la aku mencari sifu2, mintak tunjuk ajar nak kawal exposure dengan shutter speed tuh..dush3...oh, plus, tangan sampai beku2 tau duk nak snap2 nih..*lain kali pakai glove la cempaka!*


agak2 ape je la yg aku sempat belajar ye daripada basic zero tuh?
takdelah banyak pun, tapi boleh lah sikit2 setakat pengetahuan basic..hufftt.ape2 pun, terima kasih sifu2 sekalian..
gambar2 nanti aku upload next entry ye, insya Allah...nantikan aksi2 tarian, taichi, silat, shuffle, terbang, dan macam2 lagi aksi mereka atas court..hindustan pun ada taw..huhu..


later ya..
buat masa ni, doakan aku cepat sembuh..
nanti ade event netball tournament pulak ;)
oh dan exam juga ye ! haha..study weyh study zzzZZzzz


p/s : aku rase aku lebih kurus sekarang, best jugak kurang selera makan time2 winter nih *wink2*
oh wait, pas baik nih abeslah aku mesti keje nak melantak je nomnomnomnom o.0''


p/s : masih ada urusan penting yang belum selesai, harap Dia permudahkan apa yang terbaik untukku :)


p/s : sayang korang semua ! ♥


-out-

Monday, December 13, 2010

taggy maggy

Salam alayk ^^

Aku ni kan, masa awal-awal layan blog ni dulu rajin la jugak main tag ni, tapi dengan kawan-kawan la..  seronok! Sekarang, masa agak kurang mengizinkan ah..huhu..Maaf ye kalau ade mane2 tag yg aku terlepas pandang tuh..

Kali ni, sesi menjawab tag oleh cik Diyana .. 

Cik Diyana ni adalah si gadis comel manis *oops sudah berpunye !*, salah seorang rakan sepasukan aku masa mewakili Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) , kitorang join pertandingan kawat kaki Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2008..Dapat jugak pingat kategori kawat tongkat, alhamdulillah.. 

Ok, terus kepada soalan :

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?

benda hidup dan teknologi ;D 

2. Benda terakhir korang beli guna duit korang sendiri?

beyti burtuqal (air oren lazat)

3. Dimana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

kat rumah je..tema belum decide lagi, yang sederhana2 saje

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

harus mencintai supaya diri dicintai

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

selama dia menjaga cinta Pemilik cinta *haih kan berbelit tuh,senang cerita, selagi agama ada padanya*

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

dalam hati (jauuuhhhhh susah jumpa)

7.novel/buku/majalah terakhir korang beli?

Cinta Sufi - Ramlee Awang Mursyid

8. Apakah nama penuh korang?

Hanan Amirah

9. Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?

Mak ! 

10.Namakan orang yang betul-betul kamu nak jumpa dalam hidup?

Mak jugak ! hehe rindu rindu..

11. Adakah korang basuh baju sendiri?

washing machine washing machine *kecuali baju2 mahal kena basuh tangan*

12. Dimana tempat yang betul-betul korang nak pergi?

alamak, banyak dalam list ni..tapi suka tempat yang cantik =)

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

peluk ! musim sejuk ni sedap berbungkus dan peluk inche saratoga dan inche Meor Jr *saratoga = selimut tebal, Meor Jr = teddy bear kesayangan*

14. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang?

1) comel muka baik tapi lincah tak reti duk diam
2) garang oh jangan main2 sama dia..eh jap, takdelah garang mane pun..hehehe..
3 ) Juga seorang puteri sepertiku, sebab nama dia pun ada ameera, Nurdiyana Shakina Ameera, *winks*

15. 5 benda korang sayang sangat dalam hidup korang?

1) Meor Jr ;)
2) Miss Merah *tunggu ye, nanti bila mama dah pandai dan dah cukup duit, mama make up merah dengan gear best2 dan kita boleh beraksi merakam segala moment bersama, boleh ajak inche olympus baby babah tu sekali* ;D
3) Jam tangan *memang menangis kalau hilang*
4) Sikat rambut turun temurun *sebaya dengan aku kot sikat merah unik nih*
5) Selimut daripada zaman kanak2 mak jahit *siap bawak datang sini lagi, punya tak boleh berpisah..hihi*


nak tambah lagi..tapi lebih baik tak payah..sebab banyak..aku ni sentimental sikit bab barang-barang ni..hehe..

16. 5 lagu korang suka dan selalu dengar?


Alamak, 5 je ke? aku ni jenis cepat bosan, so playlist slalu kena tukar-tukar..tapi ni la antara yang selalu ada dalam tiap2 playlist, orang puteh kata, all time favourite..

1) Kau Ilhamku- Man Bai
2) Pada Senyummu - ROSIN
3) Nanti - Brannuendo
4) Teratai - Ramli Sarip
5) Suatu Masa - M.Nasir, Amy Search bawak pun best ;)


Semua pun lagu Melayu.. Tapi kita memang patut menyokong industri karya kita sendiri pun kannn..
Dan aku juga mempunyai koleksi lagu-lagu tradisional melayu yang pasti akan aku selang selikan dalam playlist aku..*tak percaya? tanya housemate2 aku..hihi*
bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee *Al-Fatihah buat arwah* 

"Kalau kita tidak semaikan muzik muzik tradisional asli ini di dalam dada anak2 kita, gusar di suatu hari muzik lain akan mengambil tempat, kerana dalam dada mereka itu kosong..tidak ada apa apa..sama juga macam kita mengajar anak kita pergi belajar ugama..walau bagaimanapun, dia pergi berapa tinggi pun, dia jarang hendak menukar ugama ..kerana ugama yang telah di ajar telah tersimpan di dalam dada dia .... begitu juga muzik, supaya muzik lain tidak boleh mempengaruhi jiwanya.."

17. Bila tarikh lahir korang dan korang sambut besday kat mana tahun lepas?

1 Februari 1989..tak sambut pun,masak, baca doa selamat dan makan dengan housemate kat rumah je..

18. 7 orang blogger korang nak tag?

cuba bagi idea sape yang patut aku tag? lau nak, tinggalkan comment kat bawah ni ye..nanti aku tag..bila tag maksudnya link kalian lah ;)

19. Cerita sikit pasal blogger pertama korang tag?

Bila dah ada calonnya nanti aku cerita ye =)

*kalau takde pun takpe, senang cerita..hehe*


cik diyana the tukang tag with her boyfie =)


khalass keda...harap cik Diyana sayang berpuas hati ya, walaupun lambat tahap hape da jawab nih..hehe..tapi at least aku jawab ok? peace peace ^^



sebahagian rakan sepasukan

 aku suke giler aksi ni..sebelum berangkat pulang ke KMPh setelah berakhirnya KAKOM '08

abang-abang botak kesayangan kami..hahaha ;)

 kami gadis ayu yang tidak layu ;DD

 the whole team ! geng kawat paling sempoi, tak berdisiplin, sengal, gila2, havoc, sporting *ape lagi?*

some of the girls, dengan jejaka2 basketball, juge seorang gadis emas badminton
 aku sangat rindu uniform..sangat-sangat rindu..sangat2 admire uniform =.='


Hahaha banyak pulak gambar tiba2..asalnya nak cari gambar cik diyana je, sambil2 tu layan perasaan lah ingat antara kenangan paling best time KAKOM tu..RINDU korang weyh !!!


sekian sahaja sesi mengenang kembali..ayuh berpijak semula di bumi nyata ! ^^




p/s : cuaca di mesir dan keseluruhan agak kurang baik 2-3 hari ni..sejuk beku..angin ribut..brrrrrrrrrrrrr buat lagi susah mahu berpisah dengan inche sara..hiyaaaaarkkk..


p/ss : Alhamdulillah ayahanda sudah selamat pulang daripada tanah suci..semoga cepat sembuh ye ayah..




-out-



Saturday, December 11, 2010

brrrrrrrrrr

salam alayk ^^

laporan kaji cuaca hari ini :



Biarpun tak sesejuk negara bersalji, tapi sebagai penghuni negara tidak bersalji, aku kesejukannnnn..brrrrrrrrr...

Oh, sekarang nak bersiap-siap..Sebentar lagi mahu ke istad (stadium), ada kejohanan bola tampar tertutup..Percubaan pertama kali buatku memberanikan diri berjumpa geng-geng photographer di Mansoura ni, dan berguru dengan pengalaman mereka, sambil mencuba-cuba menjinakkan cik merah ku itu :)

Ah, winter coat, selamat keluar daripada almari ye..Aku bakal memerlukanmu =)

Friday, December 10, 2010

kembali

dengan nama Maha Pencipta


tapak tegak lagi
tanda arah sendiri


destinasi ? 
cari diri


nafas semula
dongak semuka
langkah sedaya


lelah ?


nafas semula
dongak semuka
langkah sedaya






lebih baik layan batik cheesecake buatan sendiri daripada layan perasaan mendownkan diri
mari menggemokkan diri ! ho yeah ! 





p/s : terima kasih sahabat2 ku sekalian..tanpa korang, aku sure akan terus2 down..aku janji aku akan kembali kuat, aku nak berjuang bersama2 dengan korang semua..doakan aku =)

Terima kasih Ya Allah, kerana menghadirkan mereka dalam hidupku ♥



Monday, December 6, 2010

bermulanya episod baru

Salam alayk ^^

Selamat Tahun Baru 1432H

Salam Maal Hijrah !

Wednesday, December 1, 2010

entri tak berfaedah

salam alayk ^^


hello disember ! huuuu terasa cepatnya masa berlalu..


ok, entri kali ni agak macam orang membebel dengan muka yang tiada perasaan..Kalau nak baca silakan, kalau rase tak berminat pun tak ape je, hak saya untuk membebel, hak anda untuk membaca atau tidak..


Hari isnin baru ni, aku turun ke Cairo, ada sedikit urusan dengan JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah)..Bertolak daripada mansurah dalam pukul 7 lebih2, naik tremco, tiba2 tremco tu tak jadi bawak sampai ramsis..So terpaksa lah bayar teksi yang agak mahal untuk ke mohandisin yang agak jauh..sampai-sampai dah pukul 10 lebih2..Ramai orang,paling ramai lelaki..tak dapat nak duduk pun, tempat duduk penuh dengan lelaki =.='


Urusan terjemah keputusan peperiksaan dan pengesahan pengajian kawan aku selesai dalam pukul 2 petang lebih2 macam tu..naseb baik la sempat siap hari tu jugak..kalau tak, kena turun lagi minggu depan..bila dah settle semua, aku dengan kawan aku yang kelaparan tak makan ape2 dari pagi terus ambil teksi pergi ke city star..hajat hati lepas makan nak date dengan encik harry potter..sekali jalan jem daaa..sampai tertido-tido la aku dengan kawan aku, punya lah lama nak sampai kat city star tu..


Sampai-sampai, dah pukul 3 lebih..perut lapar sangat, kami pun pergi lah cari makan dulu..aku lak, bila dah lapar sangat, boleh jadi hilang selera makan, tak tahu nak makan ape..so kami pun pergi jelah kat asian corner..makan sikit, dah kenyang, sebab perut dah penuh angin kot..Then baru pergi tengok tiket wayang, ada pukul 7pm..layan jela..sweet popcorn jap je dah licin..haha..tau pun lapar..tapi aku mmg sangat suka popcorn kot sebenarnye ^^


Snap2 sementara tunggu Mr Harry *muka penat abes*

Keluar wayang dalam pukul 9 lebih2..pendapat aku pasal harry potter the deathly hallows part 1 ni, jalan cerita agak slow, bikin aku mengantuk, member aku pun sampai terlelap..haha..tapi boleh lah..cuma agak tak puas hati part 2 lambat sangat lagi..sempat aku lupe part 1 punya cerita..huhu..


Pastu aku dengan kawan jalan2, masuk macam2 kedai, of course la semua mahal2 so mampu pegang2 dan blah camtu je la..huhu..tapi kawan aku punya idea, dia pilih baju2 untuk aku, suh aku tukar kat fitting room, pastu snap2..hahaha..nak beli tak mampu, dapat melaram sesaat dua pun jadi la..


Ada tak sesiapa nak sponsor leather boot untuk saya?
p/s : penat2 pun nak melaram..pastu muka pun selekeh macam hape je =.='

Sedar tak sedar, berjam-jam jugak kitorang jalan2..kasut kawan aku pun sampai dah nak tercabut tapaknya, so kami pun pergilah cari kedai flops..dapatlah dia flop baru, terus pakai kat situ jugak..kasut lama? masuk plastik, belum buang lagi..huhu..


Seterusnya kami pun pulang, menaiki tremco daripada ramsis..Perjalanan pulang yang sangat panjang sebab termco tak dapat na pecut, kabus tebal sampai jalan tak nampak apa2 pun..memang gila..aku dengan kawan aku suspen je, doa2 selamat sampai, tambah2 lepas terserempak dengan eksiden antara dua lori yang boleh tahan dahsyat jugak la..dua2 lori terbaring melintang atas jalan, salah satu lori tu tayarnya tercabut sekali dengan pengandar, bahagian depannya entah mana, aku nampak body dia je..fuuuhhh..


Tapi alhamdulillah akhirnya selamat juga sampai Mansoura dalam jam 3am lebih kurang..Susah jugak la nak dapat teksi balik rumah..dengan sejuknya..memang sepanjang jalan tu berkabus, dan fenomena kabus tebal tu sampai ke pagi lah kot..pagi tu keluar rumah bercakap memang keluar wap..mungkin musim sejuk baru betul2 nak bermula, tapi agak pelik..Tahun ini masih tiada hujan batu..hurmmm..


Sampai rumah, aku memang lapar gila tapi kepala pening-pening dan badan pun terasa sakit..So buat air panas sikit, terus tido, esok pagi bangun tengok air dah sejuk tak berminum pun..hish..




P/s : Aku suke musim sejuk tapi aku tak suke musim sejuk..??


p/ss : Musim sejuk kat sini tak ade salji..tapi tetap sangat sejuk sampai ke tulang..huffftt..


p/sss : Bila sejuk, selalu saje lapar dan mengantuk dan sakit..haih..ujian =.='


p/ssss : oh winter break cepatlah bermula ! *haha lambat lagi kot* >.<


pesanan khidmat masyarakat : "hati-hati dalam menjaga hati, bukan saje hati sendiri tapi setiap hati disekeliling diri..sentiasa waspada dalam berbicara, sebaiknya jagalah budi bahasa dan akhlak mulia, tak kiralah dengan siapa jua, tapi terutamanya bila berurusan dengan yang lebih dewasa.."




-angkat tangan dari keyboard-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...