Salam alayk ^^
Aku ni kan, masa awal-awal layan blog ni dulu rajin la jugak main tag ni, tapi dengan kawan-kawan la.. seronok! Sekarang, masa agak kurang mengizinkan ah..huhu..Maaf ye kalau ade mane2 tag yg aku terlepas pandang tuh..
Kali ni, sesi menjawab tag oleh cik Diyana ..
Cik Diyana ni adalah si gadis comel manis *oops sudah berpunye !*, salah seorang rakan sepasukan aku masa mewakili Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) , kitorang join pertandingan kawat kaki Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2008..Dapat jugak pingat kategori kawat tongkat, alhamdulillah..
Ok, terus kepada soalan :
1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
benda hidup dan teknologi ;D
2. Benda terakhir korang beli guna duit korang sendiri?
beyti burtuqal (air oren lazat)
3. Dimana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
kat rumah je..tema belum decide lagi, yang sederhana2 saje
4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
harus mencintai supaya diri dicintai
5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selama dia menjaga cinta Pemilik cinta *haih kan berbelit tuh,senang cerita, selagi agama ada padanya*
6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
dalam hati (jauuuhhhhh susah jumpa)
7.novel/buku/majalah terakhir korang beli?
Cinta Sufi - Ramlee Awang Mursyid
8. Apakah nama penuh korang?
Hanan Amirah
9. Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?
Mak !
10.Namakan orang yang betul-betul kamu nak jumpa dalam hidup?
Mak jugak ! hehe rindu rindu..
11. Adakah korang basuh baju sendiri?
washing machine washing machine *kecuali baju2 mahal kena basuh tangan*
12. Dimana tempat yang betul-betul korang nak pergi?
alamak, banyak dalam list ni..tapi suka tempat yang cantik =)
13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk ! musim sejuk ni sedap berbungkus dan peluk inche saratoga dan inche Meor Jr *saratoga = selimut tebal, Meor Jr = teddy bear kesayangan*
14. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang?
1) comel muka baik tapi lincah tak reti duk diam
2) garang oh jangan main2 sama dia..eh jap, takdelah garang mane pun..hehehe..
3 ) Juga seorang puteri sepertiku, sebab nama dia pun ada ameera, Nurdiyana Shakina Ameera, *winks*
15. 5 benda korang sayang sangat dalam hidup korang?
1) Meor Jr ;)
2) Miss Merah *tunggu ye, nanti bila mama dah pandai dan dah cukup duit, mama make up merah dengan gear best2 dan kita boleh beraksi merakam segala moment bersama, boleh ajak inche olympus baby babah tu sekali* ;D
3) Jam tangan *memang menangis kalau hilang*
4) Sikat rambut turun temurun *sebaya dengan aku kot sikat merah unik nih*
5) Selimut daripada zaman kanak2 mak jahit *siap bawak datang sini lagi, punya tak boleh berpisah..hihi*
nak tambah lagi..tapi lebih baik tak payah..sebab banyak..aku ni sentimental sikit bab barang-barang ni..hehe..
16. 5 lagu korang suka dan selalu dengar?
Alamak, 5 je ke? aku ni jenis cepat bosan, so playlist slalu kena tukar-tukar..tapi ni la antara yang selalu ada dalam tiap2 playlist, orang puteh kata, all time favourite..
1) Kau Ilhamku- Man Bai
2) Pada Senyummu - ROSIN
3) Nanti - Brannuendo
4) Teratai - Ramli Sarip
5) Suatu Masa - M.Nasir, Amy Search bawak pun best ;)
Semua pun lagu Melayu.. Tapi kita memang patut menyokong industri karya kita sendiri pun kannn..
Dan aku juga mempunyai koleksi lagu-lagu tradisional melayu yang pasti akan aku selang selikan dalam playlist aku..*tak percaya? tanya housemate2 aku..hihi*
bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee *Al-Fatihah buat arwah*
"Kalau kita tidak semaikan muzik muzik tradisional asli ini di dalam dada anak2 kita, gusar di suatu hari muzik lain akan mengambil tempat, kerana dalam dada mereka itu kosong..tidak ada apa apa..sama juga macam kita mengajar anak kita pergi belajar ugama..walau bagaimanapun, dia pergi berapa tinggi pun, dia jarang hendak menukar ugama ..kerana ugama yang telah di ajar telah tersimpan di dalam dada dia .... begitu juga muzik, supaya muzik lain tidak boleh mempengaruhi jiwanya.."
17. Bila tarikh lahir korang dan korang sambut besday kat mana tahun lepas?
1 Februari 1989..tak sambut pun,masak, baca doa selamat dan makan dengan housemate kat rumah je..
18. 7 orang blogger korang nak tag?
cuba bagi idea sape yang patut aku tag? lau nak, tinggalkan comment kat bawah ni ye..nanti aku tag..bila tag maksudnya link kalian lah ;)
19. Cerita sikit pasal blogger pertama korang tag?
Bila dah ada calonnya nanti aku cerita ye =)
*kalau takde pun takpe, senang cerita..hehe*
cik diyana the tukang tag with her boyfie =)
khalass keda...harap cik Diyana sayang berpuas hati ya, walaupun lambat tahap hape da jawab nih..hehe..tapi at least aku jawab ok? peace peace ^^
sebahagian rakan sepasukan
aku suke giler aksi ni..sebelum berangkat pulang ke KMPh setelah berakhirnya KAKOM '08
abang-abang botak kesayangan kami..hahaha ;)
kami gadis ayu yang tidak layu ;DD
the whole team ! geng kawat paling sempoi, tak berdisiplin, sengal, gila2, havoc, sporting *ape lagi?*
some of the girls, dengan jejaka2 basketball, juge seorang gadis emas badminton
aku sangat rindu uniform..sangat-sangat rindu..sangat2 admire uniform =.='
Hahaha banyak pulak gambar tiba2..asalnya nak cari gambar cik diyana je, sambil2 tu layan perasaan lah ingat antara kenangan paling best time KAKOM tu..RINDU korang weyh !!!
sekian sahaja sesi mengenang kembali..ayuh berpijak semula di bumi nyata ! ^^
p/s : cuaca di mesir dan keseluruhan agak kurang baik 2-3 hari ni..sejuk beku..angin ribut..brrrrrrrrrrrrr buat lagi susah mahu berpisah dengan inche sara..hiyaaaaarkkk..
p/ss : Alhamdulillah ayahanda sudah selamat pulang daripada tanah suci..semoga cepat sembuh ye ayah..
-out-
1 comment:
ok sngt hodoh ya gmbr org n fit.. hahaha... thx hanan.. sngt best part bwh yg ada gmbr2. sngt merindui saat manis itu.. wah ayat.. en kasim eh en karim la.. haha.. best gile kakom.. havoc gle.. wlau en adam n en karim penng dgn sikap kita.. sbb 2 botk je diorg x tmbh2 rmbt.. hahaha
Post a Comment