rama-rama

Wednesday, March 31, 2010

Pemergian mereka

salam alayk..

dengan lafaz basmalah, aku mula mencuri sedikit masa untuk menconteng di sini kali ni..

aku ingat lagi, perkhabaran yang aku terima dalam bulan Ramadhan yang lalu..Berita perginya seorang sahabat seperjuangan ketika di bangku sekolah dulu..Arwah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, diambil nyawanya pada hari Khamis malam Jumaat itu..

Aku bukanlah teman rapat arwah..tapi masa aku di tingkatan 3, aku berpeluang menyelami hati budinya..Sungguh, arwah seorang yang baik..kemudian, kami terpisah semasa di tingkatan 4 (2005)..aku tukar sekolah..

Kali terakhir aku terjumpa arwah, kami berselisih di perkarangan Public Library Negeri Pahang yang antik di Kuantan tu..tahun 2007..kami bertanya khabar, tapi ridak dapat berbual lama sebab masing2 ada hal..Siapa sangka, itulah pertemuan terakhir..Kami tidak punya rezeki untuk berjumpa lagi..

Dan aku dapat tahu, arwah merupakan seorang guru KAFA sebelum pergi menghadapNya..Ya Allah..dia adalah mujaheed di hati kami yang mengenalinya..Semoga rohnya diangkat sebagai assyaheed disisiMu Ya Allah..*Al-Fatihah buat arwah Hafiz Ismail..Semoga rohnya terpelihara di sana*


Dan semalam..aku menerima perkhabaran lagi..seorang lagi sahabat kami dari sekolah dan batch yang sama telah dijemput olehNya dalam kemalangan di Batu Cave..Air mataku jatuh, terus aku menghubungi tunangnya yang berada di Morocco (juga sahabat baikku,dari sekolah dan batch yang sama) melalui facebook untuk menghulurkan takziah dan memberikan kata-kata semangat..


Mereka telah mengikat janji selama 6 tahun, terus cinta dan setia dalam hubungan jarak jauh..namun cinta Allah melebihi cinta mereka..

"DIA.. semoga termasuk dlm mrk yg beriman.. terima kasih pd semua kwn2 atas keprihatinan semua..tiada lain yg sy harap..doakan semoga dia selalu sejahtera pulang ke rumahnya yg abadi..:)" 

"Cinta yg bertemu di dunia..moga berakhir di akhirat yg abadi..cinta kita tak sampai secebis pun dibanding dgn Cinta Allah yang Maha Tinggi..semoga kau tetap tenang di sana..kau sentiasa sang mujahid n as-syahid di hatiku..:)"

Itulah status-status di FB tunang arwah..Aku jadi malu sendiri..Aku mahu menguatkan sahabatku itu, namun ternyata dia yang menguatkan kami semua..Subhanallah..

Dan arwah, Insya Allah perginya sebagai As-Syaheed..Arwah dalam perjalanan untuk mengajar mengaji sewaktu kemalangan itu berlaku..Sungguh Allah menyayanginya..Arwah merupakan pelajar AIKOL UIAM -syariah..Al-Fatihah buat arwah Mohd Firdaus Ismail..

 ini profile picture di FB arwah..Di sini juga arwah dimandikan dan dikafankan..
Semoga Allah melimpahkan rahmat atas rohnya..
  
Aku sempat singgah di blog arwah..[click sini kalau nak tengok]
semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama..


Ya Allah..
Dua sahabatku telah pergi..
Mereka pergi dalam kemuliaan..
Pemergian yang meninggalkan kesan dalam hati sahabat-sahabat..

Tapi aku yang masih di sini?
Pengakhiranku nanti masih belum pasti..

Semoga aku dan sahabat seperjuanganku yang lain mampu terus kuat..
Semoga kami kuat dalam perjuangan ini..
Semoga kami mampu menyambung perjuangan mereka yang telah terdahulu pergi..
Semoga kami tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran duniawi ini..
Semoga roh sahabat-sahabat kami tenang di sana..


اللهم اغفرله وارحمه وعافه وعف عنه واجعل قبره روضة من رياض الجنة

Allahumma ameen~~

*masa untuk kembali ke dunia nyata..Aku yang masih hidup perlu meneruskan perjuangan..Buku-buku terhidang depan mata minta dihadamkan..Ya Allah kuatkanlah aku ini.......*

Saturday, March 27, 2010

Who is Maher Zain??

Salam Alayk~


I'm sorry for I'm still in Maher Zain's concert fever..I know that most of you still wondering, who is Maher Zain? 


Maher Zain at AUC


I could still remember the first time I heard his name was a few months ago. I'm not sure exactly when or where but if I'm not mistaken I heard one of my housemate singing a very beautiful song. Then she introduced me to 'Insha Allah' by Maher Zain. 

Frankly speaking, I'm not so into nasheed because it's quite hard to find a nice one nowadays* but listening to Maher Zain's songs doesn't make me feel like I'm listening to any nasheeds. The lyrics are so meaningful and inspiring, and the music arrangements are great.

Last Eid Adha, one of my friends showed me a video clip 'Palestine Will Be Free'. Then I fall into Maher Zain's music deep more. And I became curious to know his background. So here i wanna share the biography of Maher Zain. (copied from Maher Zain's FB)

Maher's first musical inspiration came from his father, who was a singer himself, performing locally in the beautiful Mediterranean city of Tripoli - Lebanon (On his concert a few days ago, he said that he is from Turkey). Fascinated by the music and instruments, Maher got his first keyboard when he was only ten and ever since music officially became part of Maher's world. 

The family moved to Sweden when Maher was only 8, where he continued his schooling, and later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. With things changing around him, one thing remained the same - his strong passion for music. He would spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way. 

It didn't take him long to realize that music became an integral part of who he is. After being involved for a while in the music scene in Sweden as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a gifted music producer who was fast rising in the music scene in Sweden. 

Maher started working with RedOne with Swedish artists, and later moved with him to New York. For a few years he was in the middle of the hot rush of the NY music industry, working with chart topping artists such as Kat Deluna on her debut album which included smash hits 'Whine up' and 'Run the Show'.

Maher had what many would describe as a dream job for someone so young in such a glamorous business, but for Maher it felt like this was far from what he would call 'the dream',

"I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn't right". 

RedOne was on the verge of breaking into the big time, going on to work with artists like Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block, and Michael Jackson to mention just a few, and becoming one of the most sought-after music producers in the world. Maher however was restless and eventually decided that the music industry and all that surrounded wasn't the right place for him and he returned to Sweden. 

It wasn't until he met a group of brothers who were active in the Islamic community in Stockholm and he started regularly attending his local mosque that he felt like he'd reached' home'. Maher feels blessed to able to finally find the right way, and feels like it's his turn now to help others through his music to do the same: 

"If I had one thing I'd like to tell people out there it would be that it's so easy to see the right way if we just open our eyes and look properly; that's what happened to me." - Maher Zain 


Maher Zain's message :

"I believe that each and every one of us is born with something that he or she is especially good at, and that is one of the many gifts Allah has granted us.
Our responsibility is first to recognize that special gift, develop it, and use it for good and not for evil."

"I believe Allah gave me a gift of loving music. I misused this gift for a long time, but after a long journey through life i realized what I'm supposed to do with this gift, and finally I chose to use it in a way that I believe pleases Allah."

"We should never belittle ourselves or our talents; we all have that something that we're especially good at, we just need to find it, develop it and use it for the good of our society, use in in the way that pleases Allah.
May Allah always guide and protect us, Amin." - Maher Zain -


Now her is my message : If you haven't listen to any of his song yet, you should do so. Listen with heart, open your eyes and mind. You will feel refreshed.


Try this [click here]

Gedebuk!! *macam tu ke bunyi hati jatuh?*

 gambar muqaddimah-booklet free time konsert (sorry gambar teruk sebab amek gune hp saje)

Salam alayk~

wah kesian belog ini dah berhabuk..Tuan rumah sibuk sikit beberapa hari ni..
Tapi, sekarang aku tengah excited nak update story..hoyeah~!!

Tengok title atas tuh, aku rase tu bukan bunyi hati jatuh kan? Hati jatuh ade bunyi ke? haha..Tapi yang pasti hati aku dah terjatuh la..aku dah terjatuh hati? Aku hati jatuh? Ataukah hati jatuh aku?? NO NO NO ayat ape pening-pening ni? oh mumkin inilah dia effect demam tengok konsert semalam..konsert siapa pulak aku layan kat mesir ni kan?? haaaaaa...mari-mari tuan puan dengar cempaka nak berkesah *bahagia* =))


Tanggal 25 March 2010, lebih kurang jam 2pm, 2 buah tremco berkonvoi *konvoi ke? lebih kurang la* bertolak dari Shari' Hassan Sa'eed menuju ke Cairo..


Destinasi utama : Bassily Hall, American University in Cairo (AUC), New Cairo, Egypt.


Mood : tak sabar! excited! rase tak percaya! *mengantuk jugak duduk berjam2 dalam tremco* jakun! (bila dah sampai new cairo tengok banyak betul istana tersergam indah di kiri dan kanan fuuuuuh kaya-raya depa nih)



tengok betul-betul tiket konsert ni..eh eh? Maher Zain??? *weeeehuuuu lalalaaa~!!*


1st Malaysian group yang sampai..EXCITED lebih

Sebab sampai awal sangat, hall pun tak buka lagi, kami pun merayap-rayap..wahlamaaak..berpijak di bumi AUC ni buat aku rase macam ada kat Amerika, seriously..Takde gaya Egypt dah baik persekitarannya mahupun orangnya..pak guard pun speaking kau..


berlatarbelakangkan kawasan riadhah depa



laluan ke kelas..kat U korang ade McD tak? Dalam AUC ni ade McD, Subway, etc etc..aku dah tak boleh nak cakap apa dah..budak2 yang study sini konfem anak2 jutawan.


Inilah dia bangunan the Bassily Hall

Aku tak merayap merata sangat sebab aku tengok orang ramia dah duk berkerumun kat depan gate masuk tu. Memandangkan konsert ni free sitting, siapa cepat dia dapat, so aku pun menyelitkan diri di celahan mak pak mat minah arab..berjam jugak la duk beratur (beratur ke? berhimpit ada la) kat situ. 

Apa yang buat aku kagum, mereka telah melewatkan sedikit masa konsert untuk memberi laluan kepada Muslimeen dan Muslimat untuk solat terlebih dahulu sebab waktu tu waktu Maghrib. Masa tu pihak organizer siap cakap lagi..'Siapa yang belum solat boleh pergi solat di tempat yang telah disediakan' (dalam bahasa Arab la tapi)..Kat Malaysia (negara Islam) ada macam tu?

Pastu bila gate bukak, aku terus menyelit masuk..Alhamdulillah, dapat lah duduk tengah, 2nd row..Sebelum konsert start, mereka tunjuk dua video best ni..




Hamza Namira

Konserto bermula dengan artis Mesir keluaran the Awakening. Nama dia Hamza Namira, berasal dari Iskandariah. Pertama kali dengar nama beliau, pertama kali juga mendengar lagu beliau (dengar live pulak tu), aku terus jatuh hati. Walaupun lagu dia dalam bahasa arab kampung pekat punya, aku tak faham pun, tapi susunan muzik dia sangat gempak dan aku dapat merasakan bait-bait lirik dia penuh makna..oh aku suke!


Persembahan yang sangat bertenaga..Bravo alayk~!


Ada satu sajak yang dia lagukan, aku tak faham, tapi ditujukan untuk Israel..Dia dendangkan dengan penuh syahdu dan sayu..Berakhir dengan tepukan gemuruh audience..

Setelah beberapa lagu oleh Hamza Namira, akhirnya, yang ditunggu-tunggu pelajar Malaysia pun muncul atas pentas..

MAHER ZAIN!!!!!!!!


penuh penghayatan


orchestra yang mengiringi persembahan sepanjang konsert ni sangat best ok..aku tabik..serious..


tak pernah terbayang akan dapat menyaksikan dia perform live..Oh my brother Maher Zain..


Satu perkara yang membanggakan..Antara penyanyi latar yang mengiringi persembahan beliau, ada pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir ni! Pelajar Malaysia ni pernah buat cover lagu MZ yang bertajuk Open Your Eyes, mereka upload di youtube. MZ tengok dan suka. Lalu mereka dijemput untuk jadi back up singer..Congratz kumpulan Arraid! 



dia sangat hensem ok..GEDEBANG GEDEBUK bunyik hatiku jatuh tergolek2..(credit to Ammar Fadzil untuk photo ini)


haisssshh..sangat cair oh...tengok dia live sangat lah hensem..Yes, lebih hensem drpd yg korg tgk dlm gambar atau dalam video..Wajah yang bersinar penuh keimanan..awww~Mata dia sejuk je..aaaahhh serious caiiiirrrr~ (gambar ini juge credit to Ammar Fadzil)


Lepas habis konsert, kami cuba2 pergi ke belakang pentas..untuk cari Maher Zain! Dapatlah jumpa elhamdulillah..Tapi dia nampak penat..

jeles tengok mereka dapat bergambar macam ni

aku dan kawan2 dapat amek gambar ramai2 macam ni je..dah la gambar buruk arab amik..huh..tapi at least ade kenangan with him..oh ♥♥♥


Bagi peminat2 Maher Zain yang di Malaysia, sabar2 ye.. dengar kata (backup singer yang berpeluang borak2 dengan Maher Zain yang cakap ni, aku copy paste status fb dia je *mintak halal ye saudara Muawwidz*), "HE said..he will be in MALAYSIA SOON..thanx kpd yg datang tadi..support riuh rendah korang td mengkagumkan MAHER ZAIN..katanya..dia dah jumpa tempat untuk berhoneymoon,MALAYSIA :)"


p/s : oh Maher Zain..Please give me my heart back..because i think that my heart has fall into you~~~~~

~For the rest of my life, I'll be with you, I'll stay by your side, honest and true..Every night and everyday, never forget to say la Ilaha Illa Allah..So when the time gets hard, and theres no way to turn, as HE promised He will always be there..Lets raise our hands and make du'a, Like the prophet taught us, and with one voice lets all say..Palestine tomorrow will be free..Insha Allah..~

Wednesday, March 24, 2010

entri 1 minit

Salam..
sedikit perkongsian sambil mengisi masa yang dah sedia penuh..


Dari Abi Hurairah r.a, beliau mendengar Rasulullah bersabda, “ Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu  beriman, kamu tidak beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Adakah kamu hendak tahu perkara yang boleh membuat berkasih sayang sesama kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” 

itu sahaja buat masa ini..
ma'assalamah~

Tuesday, March 23, 2010

terima kaseh untuk award ini *blush2*

errr..aku dapat award? hahaha rase macam tak percaya blog picisan ini pun boleh dapat award..

ape2 pun aku sangatlah hepy dan berterima kaseh kepada pemberi dan penyampai award iaitu cik Iqa ..
Dan inilah dia award yang aku terima....tadaaaa~!!


Buat Cik Iqa, thanx a lot ya dear..sangat sweet~~
and sorry sebab baru sekarang nak jawab tag..hoho..buzzy meh..

so sekarang nak menyempurnakan syarat-syarat penerimaan award ni..*macam tauliah ape je an? haha*
 
Syarat - syarat nya ialah :

1.THANK & LINK THE PERSON THAT GAVE YOU AWARD
*Done! But nak thanks her once again..tenkiyu Cik Iqa~!!*

2. PASS THIS AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND
THINK ARE FANTASTIC 
*ouh ramainyer..ermmmm..mari kite lihat siapa yang bertuah itu..jeng3...
15- dah tak tahu nak tag sape..siapa2 yang rase dia nak, ambil jelah ye =))
3.CONTACT SAID BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE WON THE AWARD
*will be done*
4.STATE 7 THINGS ABOUT YOURSELF
*ouh 7 je ke? haha..*
 
 1- aku seorang gadis (perlu ke bagitahu ini? ye perlu sebab dah ada orang ingat aku ni lelaki..haisshhh pelik ituh)
 2- aku suke menulis..(dan blog ini sepatutnya tempat aku menulis tapi last2 jadi tempat conteng2 je..kenape ye? *sigh*)
 3- aku seorang yang unpredictable..(sangat)
 4- aku lah anak dara yang tak pandai masak..tapi setiap kali aku masak hentam2 resepi aku sendiri mesti menjadi je dan disukai ramai..(bakat terpendam agaknye hahaha *perasan di situ*)
 5- aim aku balik malaysia tahun ni nak beli camera sama tapi tak sure lagi sama ada compact atau dslr..(siapa2 ada suggestion sila angkat dagu ^^)
 6- aku seorang manusia bukan alien (dah takde idea..tak biase la aku nak cakap pasal diri sendiri ni..bukannye orang nak tahu pun kan?)
 7- apa-apa nak tahu pasal aku lagi dipersilakan bertanya..(hahaha ye aku tau memang takde orang nak tanye apa2 pun ;p)


*done now ~ akhirnye...fuuuh*


kepada penerima-penerima award yang tersenarai di atas, tahniah ye =))

Monday, March 22, 2010

suatu kesah (2)

Matahari semakin meninggi. Dia semakin gelisah, yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Sebentar dia berdiri, berjalan-jalan ke segenap ruang yang ada, memerhati jika masih ada yang tertinggal. Sudah dua tiga kali juga dia meninjau-ninjau ke sekitar rumah.  Setelah benar-benar berpuas hati, dia duduk kembali di atas buaian kayu yang terletak di salah satu sudut beranda, menghadap aliran anak air yang jernih tak terusik.

Tumbuhan-tumbuhan hiasan yang terdapat di dalam rumahnya juga sudah dialihkan ke luar, diletakkan di bawah pohonan yang redup supaya tak melecur daunnya dimamah bahang matahari dan tak tumbang tubuh kecilnya jika disimbah hujan mencurah sementara ia membiasakan diri meliar tak dimanjakan.

Kebosanan, dia membuka komputer ribanya dan melayari apa-apa sahaja yang boleh mengisi waktu. Sambil itu dia mengemaskini lagu-lagu di dalam pemain MP3. Akhirnya, telefon bimbitnya berlagu meminta diangkat.

"Mana kau? Sempat naik semak semula jalan ke rumah aku ni tunggu kau sampai." Soal Yasmeen sebelum sempat pemanggil bersuara.
"Ahha. So sorrylah babe. Aku lupa jalan lah. Mana satu jalan nak masuk hutan simpan kau ni?"  Sahut si pemanggil.

"Kau serius la bai." Mendatar jawapan Yasmeen, sukar dibaca nada itu sama ada marah, mengancam, atau tak ada perasaan.

Kedengaran suara pemanggil tertawa di hujung talian. "Ok ok jokes. Aku dah nak sampai ni. Get ready lah. Buat air panas sikit untuk aku please. Mengantuklah. "

"Banyak songeh kau ni." Talian dimatikan.

Dia lalu mengemas semula komputer riba dan memuatkannya di dalam beg galas. Setelah itu langkahnya di atur ke dapur. Sengaja suis pemanas air tidak dimatikannya lagi. Memang dia berniat untuk menghidangkan sedikit alas perut buat sahabatnya itu. Kabinet dapur dibuka, sebotol kopi dicapai dan di bawa ke atas meja. Yasmeen membancuh satu jug kopi pekat dengan gula yang sangat sedikit. 

Ketika dia baru sahaja hendak menuangkan kopi itu ke dalam cawan, telinganya menangkap bunyi desiran batu-batu kecil bergesel dengan tayar diikuti deruan enjin pacuan empat roda yang semakin jelas sehingga akhirnya terhenti. Tidak lama kemudian kedengaran suara memberi salam.

'Oh no!' Jerit hati Yasmeen. Berat langkahnya menghala ke hadapan, namun salam dijawab juga. Suara itu cukup dikenalinya. Lain yang ditunggu lain yang tiba. 

Melihat wajah jejaka yang berdiri dengan senyuman di hadapan pintu itu, Yasmeen mula terasa kehilangan nafasnya, serba tak kena. Namun hatinya dikuatkan juga, cuba membalas senyuman. Dalam getar suara, dia mempersilakan lelaki itu duduk di beranda. 

"Hari ni agak panas. Duduk luar ni sejuk sikit, kebetulan angin kuat hari ni." Alasan untuk tidak memberi peluang lelaki itu masuk. 'Ah! Syad tolonglah cepat!', hatinya membentak. Sangat berharap agar sahabatnya itu segera tiba.

Lelaki itu hanya berdiam diri sedari tadi, matanya seolah-olah terpaku pada satu arah, sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Seketika dia berdehem, cuba memulakan bicara.

"Kau tengah tunggu siapa-siapa?" Soal Assaif, akhirnya bersuara sambil matanya melirik ke arah Yasmeen yang anggun dengan padanan blouse labuh dengan jeans dan berselendang kemas dan rapi.

Yasmeen hanya mengangguk, masih terasa agak tegang. Assaif turut mengangguk perlahan sambil pandangannya dialihkan semula ke halaman rumah yang dikelilingi hutan tebal namun terpagar berlapis-lapis dengan pagar kawat berduri juga pagar tinggi seperti pagar penjara. Tapi halaman rumah di dalam kawasan berpagar itu masih terlalu besar, dan dipenuhi tumbuhan-tumbuhan hutan semulajadi yang kemas terpelihara.

Senibina rumah ini juga mempunyai reka bentuk khas, dengan tidak mengganggu ekosistem semulajadi yang indah tersedia. Sungguh berbakat arkitek dan jurutera yang berusaha merealisasikan rumah yang kukuh dan mesra alam seperti ini. Rumah ini telah siap dibina oleh ibu dan bapa Yasmeen sebelum dia dilahirkan lagi, iaitu lebih kurang 25 tahun yang lalu.

"Aku buat air sekejap. Kopi 'O' atau kopi susu?" perlahan-lahan Yasmeen berdiri sambil memandang Assaif, menunggu jawapan. Assaif masih lagi diam, tersenyum ke arahnya, dan membuat isyarat tangan yang membawa maksud kosong.
"Ok, tunggu sekejap, kopi 'O' on the way" ujar Yasmeen dan berlalu sambil diperhatikan oleh Assaif sehingga susuk tubuhnya menghilang ke dalam rumah.
Mujur sahaja kopi 'o' tadi masih lagi panas di dalam jug. Yasmeen menuangnya ke dalam cawan, dan untuk lelaki itu, Yasmeen menambah sedikit gula. Tiba-tiba telefon bimbit yang terselit di dalam poket seluarnya bergetar dan berbunyi, 3 mesej pesanan ringkas diterima berderet-deret.

Mesej pertama dibuka. 'Meen,aku na cal ko ta dapat! aku sangkut tgh htn ni wey. Tyr pancit. Duwh'. Beralih ke mesej kedua, 'Babe, aku try tukar tyr sat'. Kemudian mesej ketiga, 'Babe demm tyr spare pun takde angin T_T'. 

Yasmeen pantas menghubungi sahabatnya itu sambil tangannnya mencapai kunci pacuan empat rodanya yang tersangkut pada dinding di satu sudut ruang tamu.
"Saif, aku kena pergi ambil Syahida sekejap. Tayar jeep dia pancit tengah jalan," Ujarnya ringkas.

'Syad, sabar k aku otw. Ko tgu dlm jeep taw' pantas jemari Yasmeen menaip mesej itu setelah usahnya menghubungi Syahida gagal.

'Ok.' pantas juga Syahida membalas. Ketika Yasmeen membuka pintu kereta, tiba-tiba tangannya ditarik.

"Biar aku drive" tegas suara Assaif seolah-olah memberi arahan. Yasmeen juga tidak membantah.

Laju kenderaan itu bergerak meninggalkan kawasan rumah. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Yasmeen terus berbalas mesej dengan Syahida untuk mengetahui lokasinya dan keadaannya.

"Jauh lagi ke?" Garau suara Assaif memecah kesunyian.
"Lebih kurang 13 kilometer lagi." Jawab Yasmeen ringkas. Suasana hening semula, hanya deruan enjin kereta yang mengaum naik dan turun bukit melalui jalan yang tidak rata, ada waktunya laluan ini mencabar juga terutama ketika merentasi laluan yang licin seperti jeram.

"Kau nak pergi mana?" Soal Assaif tiba-tiba. 

Yasmeen sudah menjangka soalan ini akan diajukan. "Aku nak keluar hang out dengan Syad. Kenapa?"

"Oh. Keluar hang out kemana ye sampai berbeg-beg segala?" soalnya lagi. "Almari pun bersih," sambungnya perlahan, membuatkan Yasmeen terkedu.
"Wait, kau masuk bilik aku?" giliran Yasmeen pula bertanya dengan nada tegang.

"Tak perlu masuk pun, jendela bilik kau terbuka luas, almari pun terlopong je. Dari dalam kereta aku dah nampak."

"Tipu!" pantas Yasmeen memangkah kata-kata Assaif.

"Ok fine aku masuk tadi masa kau pergi dapur buat air. Ingat nak ambil baju kerja aku yang tertinggal. Tapi dah tak ada. Takkan kau angkut baju aku sekali kan?". Assaif tertawa sendirian.

Yasmeen menggetap bibir, sungguh dia rasa sangat marah. Tapi dia tahu, tak guna dia memarahi lelaki itu. Nanti hati dia juga yang sakit. Lalu dia hanya berdiam diri, diam seribu bahasa, tiada lagi layanan untuk lelaki itu, walaupun Assaif cuba memancingnya berbicara. Akhirnya mereka berdua diam. 

Sejurus sampai ke tempat Syahida, merkeka berdua terus turun daripada kereta. Assaif menyapa Syahida yang terpinga-pinga, lalu terus mengeluarkan tayar spare yang dibawa Yasmeen dan membantu Syahida menukar tayar kenderaannya. Yasmeen masih membisu.

Seusai menukar tayar, mereka pulang ke rumah Yasmeen. Kali ini Yasmeen memecut kenderaannya membawa Syahida yang kelihatan kepenatan dan membiarkan Assaif memandu kenderaan Syahida.

"Bila dia sampai?" soal Syahida yang masih tidak tahu apa-apa.

"Tadi, awal sikit daripada kau agaknya. Tiba-tiba muncul. Sempat pula masuk bilik masa aku masuk dapur buat air." Jawab Yasmeen. Dia masih geram dan marah.

"Jadinya kenapa? dia suami kau kan?". Soalan itu hanya dijawab jelingan tajam mata Yasmeen.


"Ok aku rasa baik aku diam." Ujar Syahida perlahan. Dia takut tersilap bicara lagi.

Setibanya di rumah, Yasmeen terus mempersilakan Syahida duduk di ruang tamu. Masih tiada sepatah kata untuk Assaif. Dia berlalu ke dapur, memanaskan semula air yang telah dibancuh. Sambil itu dia mengintai di dalam peti, mencari sesuatu untuk dimasak buat makan tengahari. 

Memandangkan dia mahu pergi jauh untuk jangka masa yang agak lama, bekalan makanan basah tidak lagi disimpan. Peti sejuk itu kosong. Yang tinggal hanya beberapa botol air, sedikit ikan bilis, dan beberapa biji telur.
Yasmeen memutuskan untuk menggoreng nasi, lalu nasi segera di tanak atas dapur supaya cepat masak. 


Sementara itu, dia keluar menghidangkan kopi 'O' panas, yang pekat kurang gula untuk Syahida, dan tak dilupakan juga untuk Assaif dengan sedikit tambahan gula. Lelaki itu tersenyum.


"Syad, Meen ok tak?" soal Assaif sejurus kelibat Yasmeen hilang ke dapur.


"Tak tahu." Jawab Syahida sambil mengangkat bahunya.


"Oh. Dia tak ada cerita apa-apa?" Assaif bertanya lagi.


Syahida hanya menggelengkan kepalanya. "Tapi dia ada cerita kau masuk bilik dia." Syahida menjawab tenang. Kopi panas dihirup sedikit demi sedikit. Terasa segar sedikit tubuhnya. 


Assaif terus diam dan termenung seketika, sebelum dia meminta diri untuk ke tandas. Syahida hanya mengangguk dan terus menikmati secawan kopi 'O' panasnya tanpa menyedari Assaif menuju ke dapur.


Yasmeen sedang leka menggoreng ikan bilis ketika Assaif menapak perlahan ke arahnya.


"Aisha Yasmeen, apa yang boleh I buat untuk buat you maafkan I?". Soalan yang tiba-tiba itu memeranjatkan Yasmeen, namun tidak dijawabnya. Otaknya ligat berfikir, jiwanya cuba dikuatkan. Dia dapat merasakan Assaif menghampirinya tapi dia cuba untuk tidak mempedulikannya. 'Come on Yasmeen. Kuatlah,' bisik hati Yasmeen.


"Please la jangan terus diam dan melarikan diri macam ni. I dah tak tahu nak bagi alasan apa kat mama bila dia call nak cakap dengan you." Rayu Assaif. Pertama kali dalam hidupnya, egonya dicampak jauh.


Sepantas kilat Yasmeen menoleh menghadap Assaif sejurus mendengar Assaif menyebut mama. Dia tahu Assaif memperkatakan tentang mamanya. Assaif telah menjadi anak yatim piatu sejak umurnya 15 tahun lagi. Namun Yasmeen masih mahukan kepastian. "Mama? Mama I?" 


*bersambung sehingga cempaka ada mood dan waktu lagi..kalau belum baca part 1, sila click sini okies?*

Saturday, March 20, 2010

oh oh adrenalin!

aku dah lama hanyut termimpi-mimpi melayan karma adrenalin superhero ni..naaaaaaaaakkkkkkkkk sangat layan album terbaru faizal tahir ni tapi apalah nasib tak terdapat di pasaran mesir ni.. T_T

tapi....
uncle yang lemak berkrim disukai ramai ada buat satu contest yang buat hatiku berbunga-bunga..


 bak kata uncle, 
nampak tak gambar di atas?
jika anda peminat tegang Faizal Tahiaq (slang utara sat nooo ahhaha)
inilah gambar yang anda nanti-nantikkan
gambar dari muka depan CD terbaru beliau
yaaa CD..!!! uncle nak kasi CD free !!!!
di ulang..
CD Free..!!!!!
 
*ayat baek punye aku copy from uncle*
yeah~!! dan aku dengan penuh semangatnye join..sebab seriously aku memang naaaaaaaaaaaaaak sangat adrenalin ni..memang plan nak beli bila balik malaysia nanti tapi aku balik malaysia lambat la lagi bulan 8 nanti...huuuu..kalau ada ong boleh dapat free2 from uncle, kan uncle?
 

kawan mencerminkan kita?

cubaan suara satu dua satu dua tiga..
ehem2..
dengan lafaz basmalah aku buka langkah menarikan seni silat jari-jemari atas keyboard..hihi..

salam semua..hopefully semua yang membaca contengan2 ku disini sihat2 seadanya..

semua orang yang jengah sini pastinyalah pandai membaca kan? so bila baca title untuk entri kali ni mesti dah tau persoalan apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni kan? kalau tak faham takpe, buat-buat faham je ok?


aku ni kan, bila tiba2 hilang mood nak study, aku suka tengok gambar2 family dan kawan2..rase terubat rindu sikit..malam tadi tengah aku membelek gambar kawan2 tu, aku terfikir..orang selalu kata, kalau nak tau diri kita macam mana, kita tengok kawan2 dia dulu macam mana..macam mana kawan dia, macam tu lah kita..betul ke? macam tu ke? praktikal ke petua tu?


cuba tengok gambar kawan-kawan aku kat bawah ni..


























































ok ini baru sebahagian kecil..ade ramai lagi kawan2 yang aku tak simpan gambar dlm laptop ni..ada jugak yang gambarnya sensitif tak boleh ada dalam mana2 laman maya..

persoalannya, bila tengok antara gambar kawan2 aku ni, boleh ke nak judge and label personaliti aku terus macam tu je?


orang selalu kata, pilih kawan baik2..cari kawan yang baik2..yes, tapi macam mana kita nak tahu orang tu baik or tak if kita tak kawan dengan dia dulu?


kalau perasan antara gambar tu ada gambar kawan aku yang macam mat rempit..agak2, kalau korang terserempak aku tengah borak2 dengan dia, ape yang korang fikir? adekah korang akan terus label aku rosak? huhu..(walhal mase tu aku tengah membebel2 kat dia suh potong rambut..kalau aku balik malaysia nanti tengok rambut dia panjang macam tu lagi for sure aku amek gunting and kerat kat situ jugak)

ade jugak kawan aku yang bertudung labuh, berniqob..kalau orang tengok aku dengan mereka, adekah orang akan label aku ustazah or bakal ustazah?

ade juge antara kawan-kawan aku yang lebih tua daripada aku..bile aku lepak2 dengan mereka, ape agaknya orang fikir? mungkin kalau perempuan same perempuan orang tak kisah sangat..tapi pernah aku lepak dengan jurulatih2 aku..masa tu aku jalan2, terserempak dengan diorang, pastu diorang belanja aku mkn2 sambil borak2 ambil tahu perkembangan kawan2 seangkatan..dan mereka yang dah lebih berpengalaman tu banyak lah bagi nasihat sedikit sebanyak..tapi korang tau la kalau komando ni kadang2 cakap lepas..itu pun orang dah pandang semacam..apa agaknya dalam fikiran orang yang pandang kami tu?


ada jugak kawan aku yang jenis pergi mana-mana pun mesti ada bawak buku..bila aku keluar dengan dia, adekah orang akan label aku ni ulat buku or nerdy?


kalau aku keluar jalan2 dengan kawan2 aku yang lembut2 dan sopan2, adakah aku pun akan dilabel lembut? (awwww lembutnya aku~terharu..hahaha)


cuba kalau semua jenis kawan2 aku ni berkumpul same2..agak2 boleh lagi ke orang nak judge aku berdasarkan kawan2 aku? hahaha..


ok2 dah..yang sebenarnye aku tak tau entri ape nak buat untuk kali ni..tu yang duk merepek meraban je..

nanti aku buat entri bermanfaat sikit k?
sekian~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...