rama-rama

Wednesday, March 3, 2010

burrrppp...hamdalellah..*ooops ma3leish =.=*

salam..
maaf sekiranya title untuk entri kali ini agak kurang sopan..cuma bila aku sendawa *dengan perlahan* tadi, aku teringat satu perkara yang aku selalu terfikir..

aku seorang yang agak berangin, memang kerap sendawa..tak boleh ditahan sendawa tu, kalau ditahan nanti sakit kepala, sakit satu badan..tapi mujurlah ayahanda aku telah dengan tegasnya mendidik aku sejak kecil supaya menjaga adab sopan..

makan jangan pecap, sendawa jangan kuat, makanan dalam pinggan jangan berterabur apatah lagi terkeluar pinggan, jangan minum selagi belum habis makan, jangan menghasilkan sebarang bunyi yang ketara ketika makan (contohnya bunyi slurrpp masa hirup air atau kuah atau sup), jangan bercakap dengan kuat di meja makan, dan macam-macam lagi lah protokol terutamanya di meja makan, yang dulunya sampai menangis-nangis aku kena marah bila tidak menjaganya..*ayahanda aku sangat garang*..tapi aku akui, disiplin itu sangat membentuk peribadi aku apabila dah besar panjang ni..


tapi aku hairan, adakah semua orang berfikiran seperti ayahandaku? kerana sering sahaja aku terjumpa anak-anak dara yang tidak peduli dan selamba sahaja makan pecap, minum sambil makan, sendawa sekuatnya di tempat awam..kadang-kadang aku sendiri rasa tidak selesa, tapi tidaklah aku menunjukkan ketidakselesaan aku itu..kerana aku tahu, itu hak mereka, dan aku hormati..cuma kadang-kadang aku yang terasa malu apabila orang di sekitar memerhatikan kami..*aduh, jatuh saham aku*..




bagaimana pula dengan anda? jika anda perempuan, adakah anda juga mengambil berat soal etika di meja makan ini, atau terdidik supaya mengambil berat soal ini? jika anda lelaki pula, apakah pandangan anda? 

bukannya apa, sekadar mahu tahu pandangan orang lain berkenaan perkara ini sahaja..mungkin boleh dijadikan panduan bersama dalam membentuk personaliti yang lebih baik dan beradab serta bersopan santun juga beretika *semua nak, tamak betul*..hihihi..


**aku paling tak suka orang yang merokok di tempat awam, terutamanya tempat  makan..rasa macam nak lempang-lempang je..nak bunuh diri, lu bunuh diri sorang-sorang sudah la..tak pasal-pasal orang lain pun terhidu asap beracun tu sekali..huh >.<**

6 comments:

whiteCempaka said...

2nd..
hahaha..
takkan itu je kowt inche bilis?

nurulazham said...

akak pun selalu sendawa2..kenape ek mcm tu??kalo tahan nnt sakit kepala pulak..huh.

zahir adnan said...

slm..burrpp..

whiteCempaka said...

kak nurul : samelar kite..saya pun tak tahu kenapa..huhu..

Optimisham said...

owh, kuat sendawa ea ko nih.. aku nk sendawa gak.. leyh?? haha..

whiteCempaka said...

zahir : hahaha..comel je ko sendawa cam tuh..

optimisham : oit2..ko bukan mmg kuat sendawa jugak ke? hoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...