rama-rama

Monday, March 1, 2010

tour sinai (part 4) - oh hatiku tertinggal di Dahab!

salam alaik!

entri kali ni nak cerita pasal Dahab yang best..Dahab ni termasuk dalam wilayah Sinai jugak..dah nama pun tour sinai kan? huhu..
Abg Din (ustaz yang tak penat-penat bercerita sepanjang jaulah ni) cakap, pantai dahab ni la tempat firaun lemas..betul atau tak, aku pun tak tahu..sebab gagal mengesan intonasi masa dia bercerita..

tak kisah la ape pun yang penting dahab best. apa yang best?


malam pertama
malam pertama?? huhu..sebelum salah faham berlaku, baca dulu kesah ini..
ini kesah aktiviti kami sejurus sampai di dahab pada malam itu..alkesahnye..
petama sekali semestinya check in hotel..kami nak save budget, jadi kami menyewa hotel budget sahaja..iaitu auski camp..tapi hotel ni macam hampeh jugak sebenarnya, so korang kalau nak pergi dahab tak payah duduk sini ok? 

tapi sebab semua dah kepenatan setelah sepanjang hari berjalan dan duduk berjam-jam dalam bas, kitorang daoat katil tu pun dah bersyukur sangat la..dah letak barang dalam bilik semua-semua, kami pun menguruskan diri..mandi, solat, kemudian keluar berkumpul di satu tempat lepak depan bilik dan makan makanan yang dimasak oleh Abg Nan..Lazat sekali nyum2..sambil makan sambil berdiskusi, nak buat aktiviti apa esok hari..ada yang nak snorkelling, ada juga yang nak quadbike safari..kesimpulannya, buat dua-dua..weeehuuuu~

Lepas tu, kami memulakan operasi tinjau-tinjau cuci mata, sambil survey-survey harga barang-barang yang dijual..sperti biasa, kalau pandai cakap ammiy boleh lah dapat discount..heeee~

pastu balik ke sarang masing-masing, borak-borak sampai masing-masing senyap, belayar suda..



hari pertama
panjang sangat nak story..tengok la sendiri ye?


snorkelling at blue hole
 
 masih di sekitar kawasan blue holes

  
persisiran pantai dahab

  

  
 banyak cafe sepanjang pantai sangat meriah di malam hari dengan aroma makanan laut yang di bakar

  
 shopping

 
 spices

  
'the world is electric star in the fog'  



aktiviti yang kami nak buat tapi tak boleh sebab tak ada lesen ~ scuba diving

tunggu turn nak meronda dengan basikal tapi tak sempat..malam tu baru dapat main basikal..*kat mesir ni, kalau perempuan naik basikal mereka pandang pelik, bagi mereka kurang sopan..tapi kat tempat-tempat pelancongan macam ni mereka tak kisah..mentaliti mungkin?*

quadbike safari by atv

aku tak pernah bawak motor, tak reti pun..tapi bila dapat merempit dengan atv kat kawasan gurun macam ni, aku rasa lagi best daripada merempit dengan motor..seriously..


masuk kawasan gurun..menuju ke tempat untuk minum-minum teh badwi bersama arab badwi


dah sampai..

berehat sebentar bersama teh badwi yang pekat dan berkhasiat berharga LE 3 tak penuh gelas selepas diskaun

kami diajak panjat bukit, tapi tak tahu bukit apa..main ikut je..*training naik sinai agaknya*

baek punya susunan parking atv2 kami

sambung safari..kali ni aku pula pegang camera, kawan aku bawak atv..tapi bila lalu jalan tak rata, aku kena simpan camera dan panjangkan tangan ke depan untuk tolong dia control handle..ala-ala balak ajar awek bawak motor la lebey kurang haha..bila jalan rata dan steady, aku keluarkan camera semula dan snap gambar kawan-kawan yang berada di belakang..


singgah sebentar di blue lagoon..kemudian sambung perjalanan semula..cantik kan sunset? Subhanallah..'aazim..*giliran aku bawak atv semula*



senja tu kitorang balik dengan kepuasan..hari yang sangat penat tapi best!!

malam kedua
kami jalan-jalan lagi sementara menunggu BBQ siap..
ada yang ambil peluang ber'henna'..


sebelum menikmati jamuan BBQ, AJK jaulah telah menganjurkan pertandingan spontan bertemakan percutian..kumpulan paling kreatif dikira pemenang..dan kumpulan aku lah yang menang! hahaha..*macam mane persembahan kami yang entah apa-apa tu boleh menang? biarlah terus menjadi rahsia antara peserta jaulah ni..hihi*

hari kedua
pagi itu aku dan kawan-kawanku lapar..jadi, kami pergilah jalan-jalan buat kali terakhir sambil cari makan dan mengabadikan kenangan dalam gambar lagi..
*sangat terasa macam nak duduk di dahab ni je..sangat senyap dan aman dan menenangkan juga membahagiakan..jauh berbeza dengan mansoura tempat aku belajar yang sangat bising dan banyak sampah juga penduduknya yang kurang beradab tapi nasib baik perempuannya cantik-cantik..kalau nak cari gadis-gadis mesir yang cantik-cantik, sila lah ke mansoura ya..hihi..*
 

  
salah satu hotel di tepi pantai dahab

  

  

 
 bila dah nak bertolak ke sinai barulah terjumpa ammu ni yang menawarkan kuda sewa murah, LE 30 je untuk 1 jam..sebelum ni kami cari paling pun LE 40..mungkin tak ada rezeki kuda tu nak bawak kami jalan-jalan..

Lepas jumpa kuda ni, kami pergi makan..then balik hotel kemas barang terus naik bas bila bas sampai..

selamat tinggal dahab..nanti ada rezeki insya Allah aku datang lagi tapi dengan duit poket yang lebih banyak untuk shopping..huhu..
Perjalanan diteruskan ke Sinai, destinasi utama percutian kami kali ini..penuh dengan cerita sejarah yang menarik..
Nanti aku sambung cerita ye? nantikannn~

2 comments:

q-nizam said...

wah....seronoknya ke negara org

white.cempaka said...

huuuu..seronok lagi di negara sendiri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...