rama-rama

Saturday, March 13, 2010

the blablabla

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

salam..
ermmm, sedikit update untuk entri yang aku post sebelum ni, arwah meninggal dunia pada pukul 11 malam di tempat kejadian kerana terjatuh dari tingkat 4 balkoni rumah kawannya di iskandariah..Namun hasil siasatan polis, tiada unsur jenayah berlaku dan hanya berpunca daripada  kecuaian..
wallahu a'lam..

dan pada hari ini arwah dikebumikan di kaherah mesir..Semoga ruh arwah mendapat rahmat dan maghfirah dariNya..ameen..*al-fatihah*

ok now aku nak story mory sikit lah..
ye, aku tau aku sgt jarang update sekarang..nak buat macam mane kalau dah berlambak-lambak nak kena study..@_@

tapi aku tau je hal2 semasa yang berlaku..haisshh bila difikir2 dunia memang dah mcam2 sekarang..bukan sekarang je, dari dulu lagii..haha ok enough membebel bukan2..

kepada yang baru dapat result, tahniah semua..jika anda dapat apa yang anda impikan, tahniah, bersyukur lah pada Yang Memberi Kejayaan tersebut..


kepada yang resultnya kurang memuaskan, janganlah korang kecewa or bersedih hati, jauh sekali berputus asa..once korang putus asa, maka korang memang orang yg gagal..but if korang bangkit semula, korang akan lebih berjaya nanti..percayalah~!

buat pilihan yang bijak mase pilih course dan tempat belajar nanti ye..jangan fikir minat je, tapi fiir juge peluang kerja nanti..tapi paling penting is minat korang dalam bidang tu sebab itu akan mempengaruhi determination juga usaha korang..

ade je my friend yang dah half way dah wat degree, but then dia quit bukan sebab tak boleh bawak tapi dia tak ada jiwa dengan course tu..now dia kerja dan belajar 'menerokai kehidupan sebenar' yang tak ada dalam mana2 buku sebab pengalaman seseorang tu memang berbeza-beza..insya Allah nanti dia akan sambung belajar dalam bidang yang betul-betul dia minat..yes i'm talking about my best buddy nick-named Mashi..of coz she is very brave n daring dalam buat keputusan but dia jenis yang always tahu apa yang dia nak dan akan berusaha sampai dia dapat apa yang dia nak..agak-agak, korang ada tak seberani tu? huhu..


ok done membebel pasal tu..now masuk topic laen pulak (byk2 skali nak membebel sbb bz ssh na dpt chance nak membebel da huuu)


baru-baru ni jiran aku (dak melayu jugak, duduk tingkat atas sekali..umah aku tingkat bawah) jadi mangsa kecurian buat kali kedua..1st time dulu, perompak tu follow dia sampai depan pintu rumah tapi dia tak perasan, bila dia toleh belakang, tengok-tengok ada pisau terhulur..dia mulanya nak melawan jugak, tapi bila pisau tu diacu, kecut jugak la perut, tambah2 dia perempuan..so dapat la kat perompak tu sebiji handphone dan duit LE5(nasib baik la dia tak bawak byk duit masa tu)..pastu perompak tu lari, kawan aku kejar sambil jerit 'harami' yang bermaksud pencuri..tapi tak berjaya tangkap  pun..ok itu cerita beberapa bulan yang lepas..


kes kedua berlaku semalam..aku duk sorang kat rumah..masa aku kemas-kemas rumah tu, aku terfikir nak selak pintu so aku pun selak la pintu tu pastu aku buka lagu dan menjalankan operasi pembersihan..masa aku tengah cuci dapur, aku dengar bunyi orang berusaha nak buka pintu (dapur kitorang sebelah pintu depan je, so memang boleh dengar la if ade orang ketuk pintu biasenye melainkan kalau telinga tersumbat dengan headphone hihi)..so aku pun pergi la kat pintu, seperti biase tidak semudah itu untuk buka pintu macam tu je..

"min?" soalan ini wajib ditanya..
"qila", jawabnye, so aku pun bukalah selak pintu dan buka pintu untuk dia, then meneruskan aktivitiku di dapur..


dah selesai semua, aku pun rehat-rehat dalam bilik..tiba-tiba qilah panggil aku..dia tanye, ada tak dengar orang lain ketuk pintu sebelum dia? aku pun ingat-ingat balik, tak ada pun..pastu aku tanyelah kenapa..pastu dia pun ceritala apa yang diceritakan oleh jiran kitorang iaitu anis tentang apa yang berlaku pada housematenye diana and sakinah..


sebelum qilah balik umah tu, sakinah terserempak dengan sorang lelaki arab yang tak dikenali depan umah aku, tak tahulah laki arab tuh buat apa..pada masa yang sama, diana rushing turun tangga nak pergi gamaah(university)..pastu laki arab tu cakap dia nak mintak tolong, mak dia sakit..dia nak pinjam telefon..yang kinah dan diana ni pulak baik sangat, pegi bagi pinjam..mula-mula diorang tolong dialkan tapi tak dapat..entah2 nombor tu memang tak wujud pun..

pastu laki tu mintak hp tu dan dial sendiri depan budak2 ni..then dia cakap2 dlm hp tu, sambil2 cakap tu laki tu berjalan keluar n blah..pffft selamatlah sudah hp tersebut dicuri..tapi kinah dengan diana ni sangatla baik, mereka masih boleh fikir positif dan tak kejar pun laki arab tuh..haisshhh..pastu boleh lagi sakinah cakap, takpe, nanti dia pulangkan lah hp tu kot..
aku nak marah diorang tak sampai hati..
masalahnya mende ni dah banyak sangat jadi..siap persatuan da bagi warning lg pasal taktik pencuri ni..memang sebijik taktik yg mamat tak gune tuh gune..

semalam aku bincang-bincang dengan housemate aku..nampak sangat la pencuri tu dah tau rumah kitorang so kitorang perlu lebih berhati-hati..jangan mudah percaya pada arab2 yang tak dikenali..dan buat baik pun biarlah berpada-pada..sebenarnye sgt tak logic mat arab tuh nak mintak tolong org nak pinjam telefon sbb mak dia sakit..macam la kat luar tu takde org arab lain yang tengah jalan2..plus, umah kami dekat sangat dengan hospital..

so if korang tak kenal arab tu, tak payah la memandai-mandai nak bertegur sapa dan beramah mesra..buat-buat tak faham n tak reti cakap arab sudahla..lain la kalau korang ada apa-apa urusan penting yang perlu deal dengan arab contohnya jual-beli..


hari tu masa aku pergi cairo pun ade drebar teksi tu nak tipu kitorang..mase tu kami bertiga (aku, alia n suhana) nak pergi city star from embassy..dapat teksi, 20 LE, ok lah sebab jauh jugak city star tu..duit 20 LE tu alia pegang..otw tu memang byk kali la kitorang mengucap n istighfar, dreabar tuh drive dgn cara yg sangat merbahaya di celah2 kesibukan jalan raya..


pastu sampai kat satu simpang, dia stop..agak jauhla daripada city star tu..dia cakap sory dia dapat hantar sampai situ je, kami tanye kenapa, dia pun bg la alasan blablabla..kami malas nak layan, alia pn bayar 20 sekeping tu dan kami keluar drpd teksi..tiba2 drebar tu hulurkan sekeping duit 1LE..kami pun pelik, mula-mula fikir pak cik tuh nak bg discount..so kitoang pun amekla duit LE1 tu..pastu tiba-tiba drebar tuh marah kitorang, dia kata kitorang tak bayar lagi LE20 tu sebaliknya kitorang bg dia LE1 je..ada pulak macam tu?


kitorang pun apa lagi pertahankan lah hak kitorang, bergaduh2 dengan drebar tu..alia yang pegang n bayar duit tu dah menangis dah..aku dengan suhana yang deal dengan drebar penipu tu..bergaduh panjang la jugak dengan drebar tuh..suhana ada tanye dia, '"wallahi?" debar tu jawab wallahi..berani betul dia bersumpah macam tu..then aku teringat, ade org pernah ajar aku, kalau nak sumpah yang lebih kuat perlu disertai dengan atas nama nabi..pastu aku tanye drebar tuh " wallahi? wannabiyyi???" hah! tak terjawab drebar tuh..muka kitorang pulak diludahnya..ingat kitorang takut agaknya bila dia buat macam tu, sorilar drebar tak gune, ko dah salah orang..makin tinggi suara aku dengan suhana '"haram alaik!" ..
kalau ikut hati nak je aku jerit "enta hayawan!!" tapi aku malas lah jatuhkan standard aku..yela, drebar arab tuh dah takde adab, takkan aku pun nak hilang adab jugak kan? kalau aku mencarut-carut nanti level aku akan jatuh same dgn drebar tak gune tu..so aku sabar dan istighfar banyak-banyak..


pastu ada sorang pak cik arab datng dekat kitorang, tolong tenangkan keadaan..then drebar teksi tuh blah macam tu sambil membebel ape tah..yelar, dah kalah dan malu kan..lantak engkaula drebar, pandai-pandai la engkau jawab kat akhirat nanti..


aku terfikir, cuba kalau kejadian ni berlaku kat junior or sesapa yang lemah lembut tak reti nak bergaduh dengan arab yang sememangnya kasar, macam manelah agaknya..moralnya, lain kali keluar dulu teksi baru bayar dan sahkan bersama kawan-kawan kita yang kita dah bayar amount yang me ncukupi..kalau drebar tuh mintak lebih2 melampau, maka kita perlu pertahankan hak kita..*disinilah pentingnya kefasihan berbahasa arab, kalau tak reti cakap macam mane nak gaduh?*


hurmmmm..arab ni memang suke sangat ambil kesempatan atas budi bahasa kita (orang melayu)..mereka tahu kelemahan orang melayu adalah mudah bersimpati dan tak suka bergaduh..huh geramnye..


sebenarnye kita sendiri perlu sentiasa berhati-hati walau di mana pun..amalkanlah doa, kerana hanya Allah yang mampu membantu kita..doa lah sentiasa dalam susah mahupun senang, kerana bila-bila masa saja kita akan berdepan dengan perkara-perkara yang memerlukan bantuanNYa..
hasbunallahu wani'mal wakil..


sekian entri untuk kali ini..
ma'assalamah~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...