tadi baru dapat tugasan baru, kena set up booth untuk malaysian day kat kuliyyah asnan 17 march nanti..simple je plan nya, sebab budget nye tadak..huhuh..tapi for sure team gigi akan buat yang terbaekk insya Allah..
ok, kembali ke tujuan asal entri blog kali ni..mari mengenali Nabi Musa a.s..sebelum kelahiran Nabi Musa a.s ke dunia, firaun telah mendapat satu mimpi buruk, dan mimpinya telah ditafsirkan oleh nujum pada zaman itu..menurut pak nujum itu, terdapat seorang bayi lelaki yang akan dilahirkan dalam kalangan bani israel, dan akan membesar menjadi lelaki yang menentang dan mengalahkan firaun tersebut..Firaun ni pun terus memerintahkan agar setiap bayi lelaki yang baru dilahirkan dlm kalangan bani israel dibunuh..kejam kan? itulah firaun..
ouh boleh tak aku malas nak type panjang-panjang kat sini? sebabnya kisah Nabi Musa ni dah ada pun..[sila klik sini]..selamat membaca! nanti aku tambah-tambah la sikit-sikit kesah yang aku dapat beserta dengan gambar tempat-tempat yang aku pergi yang berkaitan sejarah Nabi Musa a.s ni..aci tak? aci kan? hihi..
now, aku nak melangsaikan hutang aku kat beberapa orang yang mintak aku cepat-cepat story abes-abes pasal tempat-tempat yang aku pegi..
so, jom ke Sharm El- Sheikh!
perjalanan daripada hamam firaun ke sharm el-sheikh memakan masa selama lebih kurang 4 jam jugak la kalau tak silap..setibanya di sharm, kami cari masjid terlebih dulu untuk menunaikan solat zohor dan asar secara qasar dan jama'..actually tak payah cari pun,ammu driver bas tu terus bawak kami sampai depan masjid je..hihi..pas solat, kami jalan-jalan dekat situ, jumpe satu corner dengan pemandangan yang cantik..Subhanallah~
seusai bergambar kat sini, kitorang pun naik bas semula menuju ke destinasi glass boat..boleh dikatakan tempat yg kami nak pergi ni is kawasan utama la kat sharm ni..
sampai-sampai je, pihak AJK terus menguruskan sewaan glass boat..sementara tu kami pun lepak-lepak berjemur tepi pantai sharm el-sheikh yang sememangnya cantik sambil bergambar dan bergumbira lagi..
boat macam yang warna kuning dan merah tu la yang kami nak naik..huhu..
apa yang istimewa tentang glass boat ni? Glass boat ni ada dua tingkat..tingkat bawah, lantainya dibuat drpd kaca yang membolehkan kita melihat hidupan dasar laut seperti batu karang dan ikan yang berwarna-warni..
tingkat atas glass boat ni pula terbuka, sesuai untuk menikmati pemandangan..dan bergambar lagi *ni jelar keje orang pergi jalan-jalan ye? huhu*
selain daripada aktiviti glass boat ni, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti banana boat, paddle boat, perahu layar dan macam-macam lagi..
habis saja aktiviti glass boat *yang bagi aku tak berapa bagus sebab menyumbang kepada kerosakan batu karang* ni, kitorang diberi sedikit masa oleh AJK untuk jalan-jalan sekitar sharm el-sheikh ni..kitorang pun jalan-jalan jelar..nak shopping, uish mahal giler..tapi bila cakap ammiy dengan diorang, dan selepas mengayat ammu-ammu tokey kedai tu sikit-sikit, dapat la discount..*biasanya kitorang kata kitorang ni pelajar azhar kaherah..hahaha..tak ada gaya langsung kowt*..hasil mengayat, kat sharm ni aku dengan kawan-kawan dapat beli arafat dengan harga LE10 satu..murah sangat dah tu..alhamdulillah..weeeehuuuu~
ok..overall, sharm el-sheikh ni bagi aku biasa je..tapi pelancong luar memang ramai benor lah kat sini..diorang suke lar berjemur bagai..huhu..sebab tu lah sharm ni boleh jadi antara sumber ekonomi utama mesir ni..semua pun mahaaaalll....
sejarah pun tak ada apa sangat..
jam 6pm, kitorang pun gerak ke Dahab...perjalanan lebih kurang satu jam setengah..
So lepas ni insya Allah aku cerita pasal Dahab pulak ye..Dahab best sangat!! ouh tak sabar nak share...nantikann~
No comments:
Post a Comment