Matahari semakin meninggi. Dia semakin gelisah, yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Sebentar dia berdiri, berjalan-jalan ke segenap ruang yang ada, memerhati jika masih ada yang tertinggal. Sudah dua tiga kali juga dia meninjau-ninjau ke sekitar rumah. Setelah benar-benar berpuas hati, dia duduk kembali di atas buaian kayu yang terletak di salah satu sudut beranda, menghadap aliran anak air yang jernih tak terusik.
Tumbuhan-tumbuhan hiasan yang terdapat di dalam rumahnya juga sudah dialihkan ke luar, diletakkan di bawah pohonan yang redup supaya tak melecur daunnya dimamah bahang matahari dan tak tumbang tubuh kecilnya jika disimbah hujan mencurah sementara ia membiasakan diri meliar tak dimanjakan.
Kebosanan, dia membuka komputer ribanya dan melayari apa-apa sahaja yang boleh mengisi waktu. Sambil itu dia mengemaskini lagu-lagu di dalam pemain MP3. Akhirnya, telefon bimbitnya berlagu meminta diangkat.
"Mana kau? Sempat naik semak semula jalan ke rumah aku ni tunggu kau sampai." Soal Yasmeen sebelum sempat pemanggil bersuara.
"Ahha. So sorrylah babe. Aku lupa jalan lah. Mana satu jalan nak masuk hutan simpan kau ni?" Sahut si pemanggil.
"Kau serius la bai." Mendatar jawapan Yasmeen, sukar dibaca nada itu sama ada marah, mengancam, atau tak ada perasaan.
Kedengaran suara pemanggil tertawa di hujung talian. "Ok ok jokes. Aku dah nak sampai ni. Get ready lah. Buat air panas sikit untuk aku please. Mengantuklah. "
"Banyak songeh kau ni." Talian dimatikan.
Dia lalu mengemas semula komputer riba dan memuatkannya di dalam beg galas. Setelah itu langkahnya di atur ke dapur. Sengaja suis pemanas air tidak dimatikannya lagi. Memang dia berniat untuk menghidangkan sedikit alas perut buat sahabatnya itu. Kabinet dapur dibuka, sebotol kopi dicapai dan di bawa ke atas meja. Yasmeen membancuh satu jug kopi pekat dengan gula yang sangat sedikit.
Ketika dia baru sahaja hendak menuangkan kopi itu ke dalam cawan, telinganya menangkap bunyi desiran batu-batu kecil bergesel dengan tayar diikuti deruan enjin pacuan empat roda yang semakin jelas sehingga akhirnya terhenti. Tidak lama kemudian kedengaran suara memberi salam.
'Oh no!' Jerit hati Yasmeen. Berat langkahnya menghala ke hadapan, namun salam dijawab juga. Suara itu cukup dikenalinya. Lain yang ditunggu lain yang tiba.
Melihat wajah jejaka yang berdiri dengan senyuman di hadapan pintu itu, Yasmeen mula terasa kehilangan nafasnya, serba tak kena. Namun hatinya dikuatkan juga, cuba membalas senyuman. Dalam getar suara, dia mempersilakan lelaki itu duduk di beranda.
"Hari ni agak panas. Duduk luar ni sejuk sikit, kebetulan angin kuat hari ni." Alasan untuk tidak memberi peluang lelaki itu masuk. 'Ah! Syad tolonglah cepat!', hatinya membentak. Sangat berharap agar sahabatnya itu segera tiba.
Lelaki itu hanya berdiam diri sedari tadi, matanya seolah-olah terpaku pada satu arah, sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Seketika dia berdehem, cuba memulakan bicara.
"Kau tengah tunggu siapa-siapa?" Soal Assaif, akhirnya bersuara sambil matanya melirik ke arah Yasmeen yang anggun dengan padanan blouse labuh dengan jeans dan berselendang kemas dan rapi.
Yasmeen hanya mengangguk, masih terasa agak tegang. Assaif turut mengangguk perlahan sambil pandangannya dialihkan semula ke halaman rumah yang dikelilingi hutan tebal namun terpagar berlapis-lapis dengan pagar kawat berduri juga pagar tinggi seperti pagar penjara. Tapi halaman rumah di dalam kawasan berpagar itu masih terlalu besar, dan dipenuhi tumbuhan-tumbuhan hutan semulajadi yang kemas terpelihara.
Senibina rumah ini juga mempunyai reka bentuk khas, dengan tidak mengganggu ekosistem semulajadi yang indah tersedia. Sungguh berbakat arkitek dan jurutera yang berusaha merealisasikan rumah yang kukuh dan mesra alam seperti ini. Rumah ini telah siap dibina oleh ibu dan bapa Yasmeen sebelum dia dilahirkan lagi, iaitu lebih kurang 25 tahun yang lalu.
"Aku buat air sekejap. Kopi 'O' atau kopi susu?" perlahan-lahan Yasmeen berdiri sambil memandang Assaif, menunggu jawapan. Assaif masih lagi diam, tersenyum ke arahnya, dan membuat isyarat tangan yang membawa maksud kosong.
"Ok, tunggu sekejap, kopi 'O' on the way" ujar Yasmeen dan berlalu sambil diperhatikan oleh Assaif sehingga susuk tubuhnya menghilang ke dalam rumah.
Mujur sahaja kopi 'o' tadi masih lagi panas di dalam jug. Yasmeen menuangnya ke dalam cawan, dan untuk lelaki itu, Yasmeen menambah sedikit gula. Tiba-tiba telefon bimbit yang terselit di dalam poket seluarnya bergetar dan berbunyi, 3 mesej pesanan ringkas diterima berderet-deret.
Mesej pertama dibuka. 'Meen,aku na cal ko ta dapat! aku sangkut tgh htn ni wey. Tyr pancit. Duwh'. Beralih ke mesej kedua, 'Babe, aku try tukar tyr sat'. Kemudian mesej ketiga, 'Babe demm tyr spare pun takde angin T_T'.
Yasmeen pantas menghubungi sahabatnya itu sambil tangannnya mencapai kunci pacuan empat rodanya yang tersangkut pada dinding di satu sudut ruang tamu.
Yasmeen pantas menghubungi sahabatnya itu sambil tangannnya mencapai kunci pacuan empat rodanya yang tersangkut pada dinding di satu sudut ruang tamu.
"Saif, aku kena pergi ambil Syahida sekejap. Tayar jeep dia pancit tengah jalan," Ujarnya ringkas.
'Syad, sabar k aku otw. Ko tgu dlm jeep taw' pantas jemari Yasmeen menaip mesej itu setelah usahnya menghubungi Syahida gagal.
'Ok.' pantas juga Syahida membalas. Ketika Yasmeen membuka pintu kereta, tiba-tiba tangannya ditarik.
"Biar aku drive" tegas suara Assaif seolah-olah memberi arahan. Yasmeen juga tidak membantah.
Laju kenderaan itu bergerak meninggalkan kawasan rumah. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Yasmeen terus berbalas mesej dengan Syahida untuk mengetahui lokasinya dan keadaannya.
"Jauh lagi ke?" Garau suara Assaif memecah kesunyian.
"Lebih kurang 13 kilometer lagi." Jawab Yasmeen ringkas. Suasana hening semula, hanya deruan enjin kereta yang mengaum naik dan turun bukit melalui jalan yang tidak rata, ada waktunya laluan ini mencabar juga terutama ketika merentasi laluan yang licin seperti jeram.
"Kau nak pergi mana?" Soal Assaif tiba-tiba.
Yasmeen sudah menjangka soalan ini akan diajukan. "Aku nak keluar hang out dengan Syad. Kenapa?"
"Oh. Keluar hang out kemana ye sampai berbeg-beg segala?" soalnya lagi. "Almari pun bersih," sambungnya perlahan, membuatkan Yasmeen terkedu.
"Wait, kau masuk bilik aku?" giliran Yasmeen pula bertanya dengan nada tegang.
"Tak perlu masuk pun, jendela bilik kau terbuka luas, almari pun terlopong je. Dari dalam kereta aku dah nampak."
"Tipu!" pantas Yasmeen memangkah kata-kata Assaif.
"Ok fine aku masuk tadi masa kau pergi dapur buat air. Ingat nak ambil baju kerja aku yang tertinggal. Tapi dah tak ada. Takkan kau angkut baju aku sekali kan?". Assaif tertawa sendirian.
Yasmeen menggetap bibir, sungguh dia rasa sangat marah. Tapi dia tahu, tak guna dia memarahi lelaki itu. Nanti hati dia juga yang sakit. Lalu dia hanya berdiam diri, diam seribu bahasa, tiada lagi layanan untuk lelaki itu, walaupun Assaif cuba memancingnya berbicara. Akhirnya mereka berdua diam.
Sejurus sampai ke tempat Syahida, merkeka berdua terus turun daripada kereta. Assaif menyapa Syahida yang terpinga-pinga, lalu terus mengeluarkan tayar spare yang dibawa Yasmeen dan membantu Syahida menukar tayar kenderaannya. Yasmeen masih membisu.
Seusai menukar tayar, mereka pulang ke rumah Yasmeen. Kali ini Yasmeen memecut kenderaannya membawa Syahida yang kelihatan kepenatan dan membiarkan Assaif memandu kenderaan Syahida.
"Bila dia sampai?" soal Syahida yang masih tidak tahu apa-apa.
"Tadi, awal sikit daripada kau agaknya. Tiba-tiba muncul. Sempat pula masuk bilik masa aku masuk dapur buat air." Jawab Yasmeen. Dia masih geram dan marah.
"Jadinya kenapa? dia suami kau kan?". Soalan itu hanya dijawab jelingan tajam mata Yasmeen.
"Ok aku rasa baik aku diam." Ujar Syahida perlahan. Dia takut tersilap bicara lagi.
"Ok aku rasa baik aku diam." Ujar Syahida perlahan. Dia takut tersilap bicara lagi.
Setibanya di rumah, Yasmeen terus mempersilakan Syahida duduk di ruang tamu. Masih tiada sepatah kata untuk Assaif. Dia berlalu ke dapur, memanaskan semula air yang telah dibancuh. Sambil itu dia mengintai di dalam peti, mencari sesuatu untuk dimasak buat makan tengahari.
Memandangkan dia mahu pergi jauh untuk jangka masa yang agak lama, bekalan makanan basah tidak lagi disimpan. Peti sejuk itu kosong. Yang tinggal hanya beberapa botol air, sedikit ikan bilis, dan beberapa biji telur.
Yasmeen memutuskan untuk menggoreng nasi, lalu nasi segera di tanak atas dapur supaya cepat masak.
Sementara itu, dia keluar menghidangkan kopi 'O' panas, yang pekat kurang gula untuk Syahida, dan tak dilupakan juga untuk Assaif dengan sedikit tambahan gula. Lelaki itu tersenyum.
"Syad, Meen ok tak?" soal Assaif sejurus kelibat Yasmeen hilang ke dapur.
"Tak tahu." Jawab Syahida sambil mengangkat bahunya.
"Oh. Dia tak ada cerita apa-apa?" Assaif bertanya lagi.
Syahida hanya menggelengkan kepalanya. "Tapi dia ada cerita kau masuk bilik dia." Syahida menjawab tenang. Kopi panas dihirup sedikit demi sedikit. Terasa segar sedikit tubuhnya.
Assaif terus diam dan termenung seketika, sebelum dia meminta diri untuk ke tandas. Syahida hanya mengangguk dan terus menikmati secawan kopi 'O' panasnya tanpa menyedari Assaif menuju ke dapur.
Yasmeen sedang leka menggoreng ikan bilis ketika Assaif menapak perlahan ke arahnya.
"Aisha Yasmeen, apa yang boleh I buat untuk buat you maafkan I?". Soalan yang tiba-tiba itu memeranjatkan Yasmeen, namun tidak dijawabnya. Otaknya ligat berfikir, jiwanya cuba dikuatkan. Dia dapat merasakan Assaif menghampirinya tapi dia cuba untuk tidak mempedulikannya. 'Come on Yasmeen. Kuatlah,' bisik hati Yasmeen.
"Please la jangan terus diam dan melarikan diri macam ni. I dah tak tahu nak bagi alasan apa kat mama bila dia call nak cakap dengan you." Rayu Assaif. Pertama kali dalam hidupnya, egonya dicampak jauh.
Sepantas kilat Yasmeen menoleh menghadap Assaif sejurus mendengar Assaif menyebut mama. Dia tahu Assaif memperkatakan tentang mamanya. Assaif telah menjadi anak yatim piatu sejak umurnya 15 tahun lagi. Namun Yasmeen masih mahukan kepastian. "Mama? Mama I?"

*bersambung sehingga cempaka ada mood dan waktu lagi..kalau belum baca part 1, sila click sini okies?*
No comments:
Post a Comment