gambar inche dan ma inche google
seringkali kita dengar orang memperkatakan tentang hubungan jarak jauh terutamanya dalam kalangan anak-anak muda yang lebih kurang sebaya tukang conteng blog ni (aku lah tu)..huhu..banyak pendapat yang aku dengar, hubungan jarak jauh (LDR) ni sangat susah, ramai yang sangkut tengah jalan, tak bawa ke mana, blablabla...tapi ade je yang sampai ke jinjang pelamin kan?
aku ni tiba-tiba nak bercakap pasal ni kenapa ye? oh, sebabnya hati yang di mansoura egypt ni sedang rindukan hati yang di arau perlis sane..kami dah lama tak dapat borak2 lama2..mane taknya, jadual asyik clash je..
perbezaan masa antara egypt dgn malaysia adelah 6 jam (winter) atau 5 jam (summer)..kalau sekarang ni kat egypt ni pukul 1 pagi, kat malaysia dah 7 pagi dah..dia exco mpp, so memang meeting jelar kerjanya..
aku pun banyak extra class jugak..plus2 exam final kitorang dah dekat..dia start 21/4..aku lak around tu jugak kowt tapi jadual tak keluar lg..yang pasti tempoh exam final aku sangat panjang, dari bulan 4-7 biasenye..maka panjang jugelah tempoh depression aku..hahaha..time tu jugaklah homesick gile2 vavi punye (ok ini case lain..heee)
ilustrasi aku sedut from google
dalam sibuk2 tu, kitorang akan try jugak paling-paling kurang 1 msg sehari..bukannya apa, cuma untuk bg salam dan bertanya khabar je..at least kite tahu yg dia sihat, dan dia pun tak susah hati bila tau kita sihat2 je..kalau tak skype, fb jadi saluran..
kalau tak dapat nak online, mesej la gune line sekeping dua..mahal..kadang-kadang tak dapat nak contact langsung..nasib baiklah dah biasa sebab dulu masa dia masuk kem plkn pun memang sangat susah nak dapat contact..
dan masa aku kerja part time kat watsons PBD dulu pun susah jugak nak contact (masa tu store kekurangan pekerja so aku jd lar macam pekerja sepenuh masa siap kadang-kadang tuh lebih-lebih masa lagi)..haha..dah tak heran dah..
tapi kesimpulannya komunikasi itu tetap sangat penting ok..
gambar inche dan ma inche google lagi
hurmmm..sebelum dia dengan aku, dia couple dengan sorang chinese girl yang comel, sama sekolah dengan dia..3 tahun lebih dia couple dengan amoi tu, so dari situ aku tau dia setia..diorang seperate pun cara baik, n boleh berkawan baik sampai sekarang..so aku tau dia takde masalah dalam perhubungan insya Allah..
dan aku, aku pun masih berkawan baik dengan ex aku sebab kitorang pun bertemu dan berpisah cara baik..alhamdulillah, takde perang2..hihi..
oh wait, apa point aku cerita benda2 ni? hihi..sebenarnya aku pun tak tau..tapi nak bagi tau, dalam sesuatu hubungan tu, walau jauh walau dekat (terutama yang jauh la), perlu ada persefahaman..dan untuk memahami dengan lebih baik, kita perlu matang..matang? ye, berfikiran secara matang..
contoh, kau dah tau dia busy, kau pun busy, takde banyak masa nak spend together, hargailah masa tu sebaiknye untuk hepy2..kalau ada masalah pun share je terus, jangan nak moody2 dulu, nak merajuk tarik muka senget sane sini dulu, nak tunggu dia pujuk dulu..haissh mengada-ngada betul nak merajuk macam budak kecik..
kalau nak merajuk manja-manja pun, pandai-pandaila tengok timing..jangan sampai membebankan dia..jangan buat sesuatu hubungan tu complicated sedangkan kita boleh memilih untuk bahagia..(bertuah meor dapat aku yang tak suke merajuk..haha..tapi kesian jugak dia sebab kadang-kadang dia merajuk aku tak reti nak pujuk..*ketawa berdekeh-dekeh*).
well, pernah jugak aku merajuk dengan dia..masa tu rasa nak membebel sikit kat dia tapi tak sampai hati..pastu aku diam dan menangis (ini la yg pasangan paling tak suke sebenarnya so jangan dibuat lagi!)..haha..menangis dia pujuk aku..tapi tak lama..malam tu aku menangis dan tidur..pagi esok bangun dah ok..bincang-bincang dengan dia terus settle..tenang di jiwa eceeeh..*gelak gedik2*
hurmmm..dalam hubungan ni, aku dengan dia ada pegang 3 key penting..
1- cinta -
cinta ni is satu perasaaan yang hadir sendiri je, tak boleh nak define tapi boleh rasa pahit manisnya, boleh dipupuk, boleh bertambah, boleh juga berkurang dan hilang macam tu je..
macam pokok, perlu disiram, perlu dibaja (jangan sampai terlebih baja nanti melecur pokok tu), perlu dicantas sikit2 untuk bagi mekar berbunga, tanahnya juga perlu digembur sekali-sekala untuk pertumbuhan akarnya, pasunya juga perlu ditukar kepada yang lebih besar bila akar dah penuh supaya pasu tak pecah, parasit-parasit yang merosakkan batang pokok dan daun perlu dihapuskan..tapi bila kita abaikan dia, layulah pokok tu dan akhirnya matilah ia kekeringan..
macam tu jugaklah cinta..kita perlulah ikhlas menjaganya..tapi ingat, 'tidak sempurna iman seseorang itu melainkan setelah dia mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada ibunya, bapanya, keluarga dan siapa-siapa sahaja yang lain yang berhak dicintai' (peringatan daripada Rasulullah s.a.w)..
maka cintailah dia sepenuhnya dengan ikhlas tapi berpada-pada jangan sampai buta mata hati, tumpul iman, hilang akal..
2- setia -
ini paling essential oh..takde ni tak jadik la weyh..sape2 yang tak faham apa itu setia, sila bukak kamus dewan edisi ke empat muka surat berapa aku dah tak ingat..tapi serius la, kalau kau sorang je setia bagai nak rak kabinet dapur semua tapi dia tak, harap maafla, nombor bahagia yang anda dial tiada lagi dalam perkhidmatan..orang, kalau betul2 serius dalam sesuatu hubungan tu, automatically dia akan setia dan komited..
ermm, normal la, setiap orang pasti ade kelebihan dan kekurangan masing-masing..dia ada kelebihan dan kekurangan dia, macam tu jugak aku..tapi jangan terlalu memikirkan kekurangan tu sampai buat kita fikir nak cari yang lain..paling penting, jangan jadikan jarak yang yang jauh sebagai alasan untuk berjauh hati dan nak cari yang lain yang lebih dekat..takde maknenye..
hargailah dia seadanya seperti mana dia menghargai kita seadanya..mana ada orang yang serba-serbi perfect..tapi sepasang manusia yang bercinta boleh jadi perfect bila mereka mempertimbangkan buruk baik mereka bersama dan hidup saling melengkapi..
percayalah, bila kita meghargai pasangan kita, kita takkan terfikir pun nak cari lain..setakat pandang tu, biasela *wink2* tapi jangan sampai lebih2 pulek..hihi..
3- percaya -
ini pun essential dalam LDR ni, pakej sekali dengan setia..percaya pada satu sama lain..aku ni jenis ramai kawan..dia pun sama..dan kami mudah mesra dengan siapa2 pun..jadi amat pentinglah untuk aku dengan dia saling percaya supaya tak terjadinye kes cemburu buta cinta huru hara jiwa duka lara.
daripada mempersoalkan percaya atau tidak ni, aku lebih suka fikir, adekah dia bahagia dengan aku? setiap hari, kalau boleh tiap saat aku akan buat dia rasa cukup dengan aku sorang je..aku tak mahu dia cari lain so aku jaga hati dia sebaiknya..dia ramai peminat, aku memang patut risau, tapi aku percaya dia pandai jaga diri..besides, dia dah bawak aku jumpa family dia, dan dia pun dah berkenal-kenalan dengan family aku..so aku tau dia serius..
jangan berahsia..dia paling tak suke kalau aku berahsia..kalau ada apa-apa yang jadi, berita baik atau berita buruk, dia tetap nak tahu..aku pun same jugak sebenarnye..sebab sangat tak best rasenye if kite dapat tahu something2 tentang dia drpd orang lain, kan2?
dan jangan sekali-kali mempersiakan kepercayaan yang diberi..once percaya tu hilang, merana lah kau nak dapat balik..
tapi percaya ni pun ada batasnya..jangan terlalu percaya pada janji-janji manis si dia sampai sanggup menggadai iman maruah segala, setan pun dah risau sebab takut hilang kerja, tak payah buat kerja anak adam dah bermacam2..muda-mudi sekarang ramai kot yang buat cinta ni nampak begitu murah..hisshh..minta dijauhkan..
aku dengan dia, walaupun jauh berbelas ribu batu, tapi tak pernah terasa jauh pun..kenapa ye? mungkin sebab dia pegang hati aku elok2, dan aku pun peluk hati dia erat2..so terasa lah dekat..dan LDR ni sangat menguatkan cinta kitorang..bila salah sorang drpd kitorang terasa lemah semangat, mesti sorang lagi dapat rase, terus contact dan brainwash bg kuat balik..huhu..
quotes ni aku petik from inche google
bak kata saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah :
"kadang-kadang yang jauh itu lebih dekat daripada yang dekat..dan kadang-kadang yang dekat itu lebih jauh daripada yang jauh"..
ada benarnya mutiara kata beliau..kalau aku balik cuti kat malaysia pun bukan main susah lagi nak jumpa dia sebab aku jarang lekat kat rumah..banyak je hal ke sana-sini..dia pun biasenye tak cuti mase tu, so tunggu weekend je..weekend kadang-aku lak busy excort bonda aku..haha sabar jelar..tapi itu tak pernah jejaskan hubungan kitorang pun, Alhamdulillah..sebarang rasa tak puas hati boleh dibincang dan diadjust..pasti ade cara..*senyum positive*
aku dalam bab cinta ni sebenarnya aku sangat takut..aku dah tengok pengalaman kakak-kakak aku..salah sorang drpd kakak aku, couple tujuh tahun, tak pernah gaduh besar, tiba-tiba putus di tengah jalan macam tu je..laki tu kawen ngan girl lain, kakak aku pun kawen dengan laki lain..tapi sebelum kawen tu, aku tengok je kakak aku punye hidup dengan hati kontang dia..disaster..nasib baik la dapat kat abg ipar aku yang baik hati lagi sporting tu..kakak aku pun selalu la remind aku, jangan jadi macam dia..
kesimpulan untuk keseluruhan entri aku kali ni, kalau kita betul2 cinta satu sama lain, jarak tu tak jadi masalah..yang penting hati tu, tulus tak dalam hubungan ni?
dan, sedalam mana pun cinta kita, bagaimana cara pun kita usaha, setulus mana pun kita doa, akhirnya kita tetap perlu bertawakkal padaNYa yang menentukan pengakhirannya..Jodoh kita dah ditentukan sebelum kita hidup dalam kandungan ibu kita lagi..
Ingatlah janji Allah, attayyebuun littayyebaat..perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..
ni gambar aku tak tau sumber mane tapi cik HanaBanana pernah tag aku kat fb so aku sedut je ;p
2 comments:
agak r..
lagi2 gambar komik enche gugle.
huhu..
ape yang agak r tu?
Post a Comment