rama-rama

Tuesday, March 16, 2010

abang lekas pulang

abang
lekaslah pulang
adik di rumah duduk tak senang
ke mana abang bila malam menghilang

abang
bukanlah adik mahu ambil tahu tapi adik bimbang
andai abang dirasuk iblis nanti abang sentuh yang sebarang
janganlah abang perlakukan yang terlarang
jangan abang sentuh yang terlarang

abang
doa adik tiada henti
jangan abang lupa Tuhan dah janji
'kau sentuh (perempuan) yang terlarang, kelak perempuan kau pula akan disentuh yang terlarang'
sedang bonda, kakak dan adik ini perempuanmu yang rapuh
jangan abang biar kami disentuh

abang
akhirnya abang pulang
senyum adik syukur tak terbilang
adik tahu abang takkan sebarang
moga tali-Nya Yang Satu terus utuh abang pegang


-whiteCempaka-

2 comments:

Cik Cinta said...

ni nak nyanyi ke.. nak syair ke.. nak sajak eyh? heheh

whiteCempaka said...

hahaha..pantun kena kerat kot..
;DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...