rama-rama

Saturday, February 27, 2010

tour sinai - kesah2 yang aku kutip (part 1)

salam semua!!

Seperti yang dijanjikan dalam entri '21 tahun 16 hari' aku sebelum ni, aku start la cerita sikit-sikit about perjalanan 4 hari 4 malam menerokai bumi Sinai, salah satu tempat bersejarah, tarikan pelancongan di Mesir. 

Ada apa dengan Sinai? well, nama pun bumi Mesir, bumi anbiya', juge bumi firaun...so memang banyak berkaitan dengan sejarah mereka lah..

Dulu-dulu, kawasan Sinai ni telah ditakluk  Israel la'natullah..tetapi berjaya di rampas kembali oleh Egypt setelah berjaya menjatuhkan israel dalam peperangan ajaib..kalau nak tahu, tentera israel ni ada bina kubu bawah tanah yang sangat kukuh yang memerlukan masa 48 jam untuk meruntuhkannya..so tentera egypt memang tak sempat nak datang dekat, terus kena tembak dush3..

sehinggalah pada suatu hari, salah seorang sheikh al-azhar di Egypt ni bermimpi, lalu menyampaikan mimpinya kepada pemerintah Mesir waktu itu (kejap egypt kejap mesir aku ni..lantak lah..same je pun..huhu)..berdasarkan mimpi tersebut, sheikh tersebut mendapat petunjuk supaya menyembur air ke atas pasir-pasir di kawasan israel tersebut..

Itulah yang tentera Mesir lakukan, menyiram air sebanyak-banyaknya ke atas pasir-pasir sekitar kawasan itu..as kubu israel tu dibuat drpd pasir, bila kena air dia pun runtuhlah kan..

bile dah runtuh, tentera-tentera israel ni jatuh, tentera egypt terus tembak ke arah mereka dan kejar mereka sehingga ke sempadan mesir-israel..pastu ade la perjanjian blablabla antara mereka, mesir dapat sinai balik..

balik semula pada kisah kami, 1st day on trip, destinasi pertama adalah kubu tinggalan israel ni lah..lokasinya berhampiran terowong suez..tapi malangnya, kami tiba terlalu awal, pukul 6.30 am da sampai.. ammu (pak cik) guard tu belum bangun tidur lagi pun huhuhu sabar-sabar..

lalu kami pun meneruskan perjalanan, singgah ke Uyun Musa (telaga Nabi Musa a.s)..turun je bas, mak aih sejuk nyer menyesal pulak tak pakai glove..

 
 semua pun tangan dalam poket..haha..nasib baik la yang pegang camera mampu bertahan..


amek turn untuk terjun *gila kau nak terjun?!*

  
ni sekitar kawasan telaga tersebut

 
ada jugak pokok yang membentuk kalimah Allah kat kawasan ni, tapi sebatang dah patah..ape2 pun, kami tetap takjub dengan kekuasaan Allah..

 
kat tepi tu ada mak cik ni jual gelang dan rantai..cantik-cantik, harga pun boleh tahan, tapi kami semua tinggal duit dalam bas..maaf ye mak cik yang cantik..*siyes dia cantik*
okeh cukop..kembali kepada kisah Uyun Musa/ ayun Musa / telaga Nabi Musa ni..mengikut sejarah, terdapat 12 telaga semuanya yang telah dibina oleh para pengiukut nabi Musa, yang mana juga melambangkan 12 golongan pengikut nabi Musa a.s yang telah berjaya menyeberangi Laut Merah dalam peristiwa dikejar firaun..

*haaa, kalau nak tau, firaun zaman Nabi Musa ni dikatakan adalah firaun paling kejam antara beratus-ratus firaun tuh..tp tak sure lak apa nama dia..ada banyak pendapat dalam hal ni..aku takde ilmu bab ni, so no komen hahah*

ermm, tapi kan, antara 12 telaga tu, yang kami tengok kat situ ada 2 je..mana entah yang lain..huhu..lau nak tau jugak, korang google la sendiri ye..haha..

Setakat ni je entri kali ni..entri seterusnya Insya Allah aku akan cerita serba sedikit tentang asal-usul Nabi Musa, sejarah kelahirannya sehinggalah bagaiman baginda dipelihara oleh firaun..Bila dah tahu background sikit-sikit, barular senang sikit aku nak cerita perjalan hidup Nabi Musa a.s. yang seterusnya..so, nantikan ye..


p/s : kepada yg sudi membaca, sila lah beri maklum balas ye..aku tak pandai sngat nak bercerita ni so sila beri tunjuk ajar..terima kaseh! (^^,)V

3 comments:

zulaikhaablah said...

best la dpt gi jln2... kt mesir tu.
nk mintak souvenier la..
ngee~

whiteCempaka said...

huhu..saje nak manfaatkan winterbreak..

souvenir? haha..nak ape? pasir mesir ke? ekekeke ;p

Penulis Hingusan said...

bgus2! dpt tgk gambo2 jd dpt rasai yg kita ada kat sana pulak. ahaks.
teruskan ek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...