kelu
bisu
tanpa punca
tanpa cara
hilang gaya
hilang suara
aku mahu ke taman itu
aku mahu ke taman itu
mana kunci ke taman itu?
taman yang menyaksikan hitam putih hidupku
di situ aku melayang di awan rerama
di situ aku berenang di lautan bebunga
ingin aku kembali ke taman itu lagi
menyanyi di puncak pelangi
menelusuri dunia warna warni
mengamati tiap hati seni
aku rindu taman itu
taman yang sudi mendengarkan aku
gelak tawa
esak tangis
laung cita
bisik jiwa
semua aku pentaskan di taman itu
taman yang setia mendengarkan aku
aku perlu kunci ke taman itu!
kunci yang namanya ilham
ilham, di mana kau?
*comot tulisanku tanpa kau ilham*
No comments:
Post a Comment