salam sejahtera, salam maulidur rasul..
saje nak berkongsi..
baru-baru ni aku menghadiri program sambutan Maulidurrasul anjuran UPI PCM di dewan kamaludin..temanya, 'Muhammad the Chosen One'..masuk2 je dewan, aku dapat sekeping bookmark dengan sedikit terjemahan surah 2:119 dalam bahasa orang putih..aku kongsikan la kat sini..nak ulas lebih-lebih, bukan kepakaran aku la.. :
"indeed We have sent you (o Muhammad) with the truth (to be) a bearer of good tidings (for the believers) and a warner (to the disbelievers). And (after you have conveyed all those) you shall not be held accountable for those who are destined for hell."
~Al-Baqarah;119~
sambil menyelami ayat tersebut, aku mendaki tangga untuk mencari tempat duduk..Alhamdulillah, aku dan kak hana datang sedikit awal, jadi dapat la kami duduk di belakang sekali..Kerusi-kerusi di hadapan semua telah penuh..Makanya, sahabat-sahabat yang datang terlewat sedikit tu terpaksa duduk di atas tangga..Tak pernah-pernah lagi begitu ramai yang menghadiri program anjuran mereka ini sampai penuh dewan macam ni..tapi kali ni memang sangat penuh sampai ada yang terpaksa duduk bersila di mana-mana sahaja yang ada ruang..Hikmahnya, Insya Allah apa-apa program akan datang, pelajar-pelajar Malaysia akan diberi dewan yang lebih besar..huhu..ok cukuplah membebel..bawah gmbar2 ni banyak lagi cter nak share..
ramai kan?
yang duduk atas kerusi bertembung bahu, duduk atas tangga bertembung lutut, yang berdiri pun ramai..
mereka sanggup berdiri demi menerima ilmu~begitu cintanya mereka kepadamu,tapi masih jauh tak terbanding cinta para sahabat terhadapmu Ya Rasulullah~
dalam program semalam terdapat beberapa slot yang agak menarik..ermm, ucapan-ucapan tu tak termasuk la kot..hihi..apa yang menarik perhatian dan membuka minda berfikir semalam adalah tayangan satu video yang telah membangkitkan satu persoalan..lau kana bainana..lau kana bainana..seandainya rasulullah s.a.w bersama kita..hurmmm..fikir-fikir..
Pengacara majlis semalam sempat menyoal beberapa individu..seandainya kita ditaqdirkan dapat berjumpa Rasulullah s.a.w, adakah kita akan sanggup membawa Rasulullah ke rumah kita tanpa perlu apa-apa persiapan? Kalau yang perempuan pula, adakah layak menjadi isteri Rasulullah s.a.w? adakah layak??..pandai-pandaila fikir sendiri yerk..
pastu, ada sedikit syarahan oleh dr ahmad haikal,pelajar azhar,didatangkan khas drpd kaherah..tajuknya, 'mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w : peranan mahasiswa'..macam tu la lebih kurang tajuk dia kalau tak silap huhu..ok, muqaddimah syarahan dia, simple yet berat..tentang pengertian kalimah syahadah yang kita ucapkan sekurang-kurangnya 10 kali sehari tu..menurutnya, kalimah aku bersaksi itu, bukan sekadar kita meyakini Muhammad Rasul Allah, tetapi juga kita bersaksi bahawa kita akan mempertahankan Rasulullah s.aw dan sunnahnya..diberikan contoh sensitiviti umat Islam apabila Rasullah s.a.w dihina dlm karikatur..dan dihurai serba sedikit..
kemudian, dipaparkan satu gambar..bukan gambar sama dengan bawah ni tapi tak kisah la janji orang yang sama..
ok siapakah beliau? siapa tahu?bagi yang mengikuti perkembangan arena sukan antarabangsa mungkin sudah tahu, beliau adalah hassan shehata, coach untuk pasukan national egypt yang pernah membawa egypt menjuarai piala afrika..so, kenapa dengan beliau? apa kaitan dengan tajuk syarahan tersebut? hurm, menurut cerita dr haikal, masa pemain beliau beraksi di tengah padang pandang ke arahnya, beliau melaungkan something yg sgt bererti dan menaikkan semangat pemainnya..aku tak ingat the exact words yang beliau guna tapi lebih kurang beliau menyeru para pemain ingat perjuangan Rasulullah s.a.w..
itu satu cerita..Lagi satu cerita, ada 2 orang pemain berlatih dengan beliau..Zidan dengan siapa entah lagi sorang aku tak ingat..Dalam satu laporan akhbar, beliau menyatakan kesyukuran apabila zidan dan pemain lagi sorang itu sudah mula menyempurnakan solat..Sumber tidak pula dinyatakan oleh dr haikal ni..aku godek2 jumpe la site ni yang ada petikan kata-kata beliau..[klik sini..]tapi daripada kisah ini, kita dapat tahu bahawa beliau bukan sahaja melatih pemainnya beraksi dipadang, tetapi juga mengukuhkan benteng iman dan akhlak pemainnya..Hebat bukan? Jadi, beliau boleh dijadikan contoh terbaik kepada penerus rantai perjuangan Rasulullah s.a.w masa kini, dalam bidang sukan..
kalau nak kongsi isi-isi yang menarik yang penceramah ini sampaikan, berjela lagi la kot entri aku kali ni. So aku decide untuk terus ke point utama sahaja..
rantai perjuangan Rasulullah s.a.w : peranan mahasiswa..ada 3 point yg dikeutarakan oleh dr haikal, iaitu :
1) ta'lim ataupunn dengan kata mudahnya belajar..sebab kalau tak ada ilmu, bagaimana mahu beramal kan? dan bila dah berilmu tu haruslah mengamalkan juga menyampaikan..
2) tarbiyyah
3) tak ingat sama ada tansif atau tanzif tapi maksud dia lebih kurang pembersihan diri/hati/jiwa..sedangkan Rasulullah s.a.w juga mengalami fasa ini ketika kerasulan Baginda s.a.w melalui peristiwa malaikat datang membelah dada Baginda s.a.w dan mencuci hati Baginda s.a.w..jika kita, mungkin fasa ini datang dlm bentuk ujian seperti sakit dsb..
Dr haikal ada juga menyelitkan pengalaman hidup beliau sendiri, juga menyentuh soal perpaduan..
Seusai syarahan oleh dr haikal, kami semua bangun berselawat bersama..terasa lain auranya bila beratus-ratus ahli keluarga melayu mansoura berselawat bersama-sama berbanding bersendiri..Semangat memperjuangkan hak Rasulullah s.a.w. terasa begitu mantap..Ya Rasulullah, kami begitu mencintaimu..Selawat dan salam ke atas kamu..Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wabaarik wasallim..
Dalam hati terdetik, sungguh aku bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ini yang banyak menyegarkan kembali ingatan terhadap sirah perjuangan Baginda s.a.w..lau kana bainana~~~
*p/s : sekiranya terdapat kesilapan dalam entri kali ini, minta diperbetulkan..sebab aku bukan orang yang begitu arif agama..maseh begitu naif dan jahil..dan inilah padahnya bila hadir majlis ilmu tapi tak bawak kertas untuk menyalin..isk2..sampai bila entah nak terus lagha kan? huhu*
No comments:
Post a Comment