rama-rama

Sunday, February 28, 2010

tour sinai - kesah2 yang aku kutip (part 2)

Sebelum aku menyampaikan kesah nabi Musa yang telah disampaikan oleh Abg Din dalam bas sepanjang perjalanan, aku nak share dulu destinasi kedua kami selepas Uyun Musa..

Jauh jugak perjalanan, kami semua tidur je dalam bas termasuk la aku..Tapi aku ni bukan jenis yang tidur lena sangat dalam bas..bila terjaga aku tengok belah kiri gurun, belah kanan laut merah..itu la pemandangan sepanjang perjalanan..

Setibanya di sekitar hamam firaun, aku tercari-cari..mana tandas firaunnya? aku ikut jelar group ni jalan ke depan sikit..kebetulan masa tu ada lagi satu bas yang membawa pelancong arab..so agak ramai lah..erm, masa kat hamam firaun tu, pandangan aku tertarik pada kawasan kecil di persisiran pantai yang airnya berwap..dalam hati fikir, ni ke tandasnye?

 
nah tengoklar sendiri..nampak tak pantai tu berwap? abaikan jalan yang mcm 2012 tuh huhu..

Then bila jalan ke depan sikit, nampak pulak gua berasap! orang-orang arab semua tengah berkerumun..ada dua gua..satu di bawah dan satu di atas..mula-mula aku pergi usha gua yang bawah dulu, ish bau dia memang macam telur tembelang..itu baru drpd luar..aku dapat merasakan bau tu melekat dekat jaket aku huhuh..dalam hati aku fikir lagi, ini ke tandasnye?

aku nak pergi usha gua atas tapi crowded sangat lagi, gua kat atas tu nampak kecik jugak, tangga pun kecik..so aku pun pergilar explore pantai yang berwap tu dulu..

  

  
 air ni panas..masa sejuk sejuk-sejuk ni sedap je rendam tangan..tapi baunya agak kurang menyenangkan la..

Lepas tu aku pergi la explore gua yang di atas tu..Tapi gua yang atas ni tak berasap macam gua kat bawah tu pun..

  

 

Masuk-masuk, pintu dia kecik, dan agak curam ke bawah..Makin dalam makin gelap dan sempit..dah la tak bawak apa-apa bantuan pencahayaan pun..Tak sampai separuh jalan, kawan kitorang yang terlebih dahulu di hadapan kata tak ada apa-apa pun..So kitorang pun keluar balik..

turun bawah, aku pergi explore gua yang berasap tu pulak..

 
 
sory tak dapat bagi gambaran jelas gua bawah ni..ramai sangat orang berkerumun..

atas suggestion orang berpengalaman, aku pun buka jaket dan merangkak masuk dalam gua tu..Kena merangkak wey, gua tu kecik je..Tak pun berjalan itik..dah masuk dalam tu, fuhuuuh..memang sauna...sangat panas..tapi tak ada pulak bau apa-apa macam kat luar tadi..duduk dalam tu kejap je pun dah merah-merah muka berpeluh..

tapi seriously, memang sangat best..memang sauna semulajadi..Subhanallah..Bernafas pun rasa selesa je kat dalam tu..Maklumla, kat luar tu anginnya sejuk kaw-kaw..Bila dapat sauna macam ni memang rase tak nak keluar..Tapi mengenangkan kadar perpeluhan yang bakal semakin bertambah, juge perjalanan yang masih jauh, dan aku tak nak lah nanti berbau~ huhu..So aku pun keluar, jadi tukang pegang jaket dan harta benda kawan-kawan lain yg nak try juga..semua pun cakap best!

tapi still aku tertanya-tanya, mana tandas firaunnya?

Lepas tu barulah aku tahu cerita..
rupa-rupanya, hamam firaun ni bukanlah tandas firaun..hamam di sini tidak bermaksud tandas..Yang sebenar-benarnya, hamam ni adalah nama seorang tabib di zaman firaun tu..dan gua gua yang aku masuk tu sebenarnya tempat berubat penyakit rheumatism..
*dalam hati : oooooooo*

dari dulu sampai sekarang, wap semulajadi tu berkhasiat untuk mengubati penyakit ni..tapi sayangnya sekarang ni tinggal satu je, yang bawah sahaja masih berfungsi..Yang di atas sudah tiada lagi wap sauna berubat tersebut..Itulah makhluk Allah, pasti akan mati juga..Tak ada yang kekal melainkan Dia..*turn mode : insaf dan muhasabah huk2*

ermmm..hajat hati nak sampaikan kesah Nabi Musa a.s aku terpaksa tangguh lagi..suda ngantuk lah..cerita pun dah melalut-lalut dah ni huhu..esok aku ada kelas direct 8am-4pm takde gap >.<

Insya Allah malam esok aku sambung story mory okies..juga bakal menyusul perjalanan kami seterusnya ke Sharm el-Sheikh yang sangat terkenal di egypt ni..nantikannn~

4 comments:

joegrimjow said...

ok
akan pergi!

Mknace said...

:) :) :) sharing is power

wow.. mesti best kan tempat tu..

Anuar said...

mmg seronok mengembara ni.
terbuka minda kita.

white.cempaka said...

joegrimjow : ye sila2..

mknace : power ke? haha..erm,best2!

anuar : yup2..terbuka minda..berjalan, melihat dan mentafsir heheee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...