rama-rama

Sunday, November 21, 2010

Gatal nak kahwin eh?

salam alayk^^


Wah! isu kahwin! hawwttt! panasss!! haaarrrrr!! *ok stop. Tak adalah panas mana pun. Suam-suam kuku pun belum tentu.*huhu ^^,


Firstly, tahniah buat 4 pasangan pengantin yang melangsungkan walimah mereka disini 18/11/2010 ari tu..pasangan yang paling baru adalah my senpai Zaim Abdul Aziz dengan Husna Abdul Manaf aka kak una yang melansungkan pernikahan pada 17/11/2010..barakallahu lakum wabaraka alaykum wajama'a baynakum fil-khair..insya Allah dapat membentuk masjid yang penuh sakinah, mawaddah we rahmah ~ ameen~


bersama pasangan Zaim dan Kak Una *muka mereka sama kan?*

Bersama pasangan Firdaus dan Kak Asma *mereka sangat2 sweet oh*

Ok, dah lama aku tak mencoretkan isu yang serius, dan entri kali ini adalah sangat serius, dua rius, mungkin juga tiga rius..Dan coretan ini bakal menjadi panjang lebar..Tapi ini adalah ilmu yang penting, jadi sila rajinkan diri anda untuk baca..


Pernikahan di usia muda adalah fenomena yang biasa dalam kalangan pelajar di sini, tak tahulah pelajar kita di negara lain macam mana..Tapi kat sini, boleh dikatakan hampir setiap hari topik rumah tangga menjadi bahan perbualan..Tapi malangnya, tak semua ibu bapa, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, juga masyarakat kita faham tentang kepentingan bernikah awal ni dalam membentuk sosial yang sihat..


Aku nak share sesuatu yang baru aku baca di facebook tadi..
link : http://www.facebook.com/note.php?note_id=461606628393&id=642346545&ref=mf

Penjelasan nikah gantung oleh Ustaz Hashim Al-Maranji :


"Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA."

Demikianlah penjelasan beliau. Jika rajin, silalah klik link di atas tu dan baca comment-comment yang ada. Ada lagi penjelasan panjang lebar oleh ustaz ni. 


Pengumuman : Korang dah boleh stop baca dah. Bawah ni aku da start membebel bukan-bukan. Hehe.


Bagi aku sendiri kan, aku memang nak sangat bernikah awal. Aku faham si dia sendiri masih belum bersedia dari segi kemampuan untuk memberi nafkah, tapi perkara ini boleh dibincang. Aku masih boleh ditanggung oleh kedua ibu-bapa aku sementara dia menamatkan pengajian dan mendapatkan kerja. Ini lebih baik daripada aku berhubung dengan dia tanpa ada tiket yang halal. Mungkin sekarang kami berdua masih lagi kuat, masih lagi mampu menjaga diri. Tapi siapa tahu akan datang bagaimana? Syaitan iblis sekarang semua dah advance, pantang ada sedikit lubang pasti mereka akan cucuk jarum punyalah. Kan?


Aku sebenarnya, nak bernikah awal supaya aku tahu ada orang boleh menjaga aku. Aku nak bernikah awal supaya aku dan keluarga dan dia juga terhindar daripada fitnah. Aku nak bernikah awal untuk menyelamatkan imanku sendiri daripada melakukan perkara maksiat tanpa sedar. Aku juga mahu bernikah awal supaya aku dapat menghentikan couple yang boleh mendekatkan diri dengan zina tanpa sedar! 


Aku seorang anak gadis yang penuh kelemahan, hidup dalam dunia zaman sekarang yang kejam, setiap hari ada saja berita pembunuhan, gangguan seksual, rogol, zina, buang anak dan sebagainya. Aku takut! Ini adalah realiti.


Dan masyarakat, bolehkah kalian cuba memahami konsep nikah gantung dari sudut pandangan agama? Boleh tak hentikan label 'gatal', 'miang' dll jika anak-anak anda mengutarakan soal ini? Boleh tak cuba memahami dan membantu, daripada terus menghentam "belajar pun tak habis lagi, tak kerja, macam mane nak tanggung anak bini? nak bagi anak bini makan apa? pasir?" Boleh tak hentikan semua tu?? 


Memang bukan mudah dan bukan perkara main-main juga soal nikah ini. Tapi insya Allah, jika ibu bapa telah meyediakan anak-anak dengan ilmu agama yang sewajarnya, insya Allah anak-anak itu juga mampu membentuk keluarga yang diberkati Allah. Dan dengan barakah Allah s.w.t itulah yang memberi kekuatan dalam sesuatu rumahtangga itu, yang menghadirkan rezeki tak terduga, yang menyulam bahagia.


Bonda aku pernah juga mencadangkan aku bernikah awal *tak pasti sama ada gurauan atau serius*, tapi hanya jika pasanganku itu sama-sama belajar denganku di sini. Aduh, mak, saya mintak maaf tapi hati saya dah dicuri oleh seorang lelaki budiman yang sedang belajar di malaysia, bukan di egypt ni. 


Bagaimana saya boleh terjerat dengan ikatan tidak halal iaitu 'couple' ini, saya pun tak tahu. Tapi mengenali dia, buat saya rasa sayang, sebab sekarang susah untuk bertemu lagi dengan lelaki sepertinya, yang punya agama dan sentiasa berusaha mendalaminya, yang tidak meninggalkan solat, yang tidak merokok, yang mengutamakan keluarga, yang sangat bertanggungjawab dalam setiap amanah yang diberikan padanya, yang gigih berusaha untuk segera tamat belajar dan bekerja supaya dapat segera menikahi saya, dan yang paling penting, dia menerima segala buruk baik saya dan sanggup menjaga saya walaupun tahu keadaan kesihatan saya.


Dan ketahuilah bahawasanya saya rasa sangat bersalah setiap kali berhubung dengan si dia melalui facebook, sykpe, smartvoip, sms atau ym..Sedih, hubungan ini belum halal. Dan harus menunggu sehingga si dia tamat ijazah sarjana muda beberapa tahun lagi (sekarang baru tahun akhir diploma), juga harus menunggu si dia mendapatkan pekerjaan dan sumber kewangan yang stabil, dan harus juga menunggu si dia mengumpul wang untuk hantaran, kenduri dan sebagainya. Alangkah sukarnya mahu mendapatkan hubungan yang halal sekarang jika perlu mengikut adat segala. Dan siapa tahu, dalam tempoh itu, iman kita akan bertambah atau sebaliknya. Kan?


Alangkah baiknya jika dapat memilih jalan mudah yang disediakan agama....


Sekian, wallahu a'lam.

12 comments:

chenurulhusna said...

hihi.hanan kawen thn depan.!yeay!!

whiteCempaka said...

aaaa kak hus lah dulu ^^
yeay!!!

chenurulhusna said...

xmo.nak hanan dulu.hihihi.bile la cik abg amirul tu nk lamornya.hanan comey je kalo jd madam.kan da sedia tu:p

Unknown said...

kawen2,,,erm,,dah sampai seru nak kawen sat g,,,kawen la,,ngee

Sca Ndx said...

waa. nice info :)

nurulazham said...

alangkah bagusnya kalau semua remaja2 di luar sana sependapat spt cempaka.. ;)

whiteCempaka said...

kak hus : x nak langkah bendul ;p

whiteCempaka said...

iszieylyanziy : huhu insya Allah..

whiteCempaka said...

kak nurul : huhu segannye..tp betul lah, if penyelesaian mengikut kaedah agama macam ni diamalkan dan diterima pakai dengan baik, insya Allah masalah sosial yg makin menjadi2 skrg ni dapat dibendung..tapi dengan syarat ilmu tu nak kena ada lah kannn..

whiteCempaka said...

sca ndx : yup, indeed..tak ramai org yg terbuka tentang ini..thanx..

niagonia said...

ouh..terasa mahu kwen awal juga..=D

whiteCempaka said...

niagonia : jom kawen! haha ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...