rama-rama

Wednesday, November 24, 2010

kaannn dah kena.....

salam alayk^^


dah lama tak maen tag2 ni..haha..tetibe kena tag..tag2 yg dolu2 pun ada yang tak berjawab lagi..uhh bukan tak menghargai tapi.. wrong timing, tag masa aku sibuk (ke menyibuk?), so lama-lama dah lupa (alasyannn)..maaf ye..


so memandangkan tiba-tiba kena tag yang datang sekali pakej dengan award ni, dan kebetulan aku rajin nak menjawab (yg sebenarnya nak update tapi tak ada idea), so (berapa banyak so dah?) aku pun jawab lah yang ini...jeng jeng jeng..



hellloooooo~ award ini datangnya daripada si gadis manis Whitelover ..Macam mana dia boleh tag aku nih? alasyan, depan nama aku ada 'white' jugak..haha sweet kan?

ok, 7 things about me atau dalam bahasa melayunya tujuh perkara tentang aku (aaaaaaaa jap kena fikir..ape ye?) :

1 - suka makan coklat dan aiskrim bila stress (sebab tu tembambam kot?)
2 - suka bidang psikologi (sebab tu selalu terasa macam salah bidang sekarang =.=')
3 - suka memerhati dan menganalisa (sebab tu selalu diam kot?)
4 - suka men'degil'kan diri (sebab tu sakit tak baik-baik kot?)
5 - suka tengok senyuman (sebab diri sendiri pun suka senyum *eh ye ke?*)
6 - suka jalan-jalan (hanya jika ada budget)
7 - suka warisan melayu Islam


eh? dah habis? rasa macam tak puas pulak..haha..teringat baru-baru ni tiba-tiba kena interview survey pasal solat berjemaah..seronok jugak sekali sekala jawab soalan-soalan macam ni..oh, kalau ada sesiapa nak bertanyakan apa-apa, aku tak layan formspring, tapi boleh je tanya terus direct kat sini *wink2*


ermm patutnya kalau dapat award ni kena tag 10 orang yg lain..tapi aku malas,eh silap bukan malas tapi kurang rajin je..ehee.. boleh tak? haha..




p/s : aku memang nak kahwin awal, istilahnya nikah khitbah, serious, tapi realitinya berkahwin dalam masyarakat kita tak semudah itu :(


p/ss : sekarang aku ada isu yang lebih besar daripada soal kahwin dalam fikiran, perlu membuat keputusan yang sangat penting, berkaitan masa depan..doakan aku agar Allah mempermudahkan jalan yang terbaik untukku.


p/sss : petanda musim sejuk = lapar lapar lapar 


p/ssss : mansoura sedang panas dengan pilihanraya ajkt pcm. tarikh mengundi jatuh pada 26/11/2010 untuk semua fakulti (perubatan, pergigian dan farmasi). Buatlah istikharah supaya tidak tersalah pilih. Aku undi siapa? sudah pastilah Azizi dengan Kak Nada =) *oooppss.. undi bukan rahsia ke? ah, takpe, aku nak undi diorang jugak sebab diorang best!*


p/sssss : inche Mohamad Amirul baru balik dari guangzhou. sekarang dalam perjalanan pulang ke kuantan. semoga dia selamat sampai. oh rindu.  


-out-

1 comment:

pikapie said...

ehh,sekarang kat mansoora? hehe.ada kawan kat sana. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...