Nak update, tapiii...Later2 lah..
Sekarang cuma entry copy paste saje ok..Petikan daripada hadith 40..
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Antara intipati hadith :
1) Sebab keluar hadith ; kisah penghijrahan Ummu Qais (lau nak tau alkesahnye, google sendiri *wink*)
Uhuhu takdelah..kesahnye yang aku bace macam ni lah lebih kurang..Para ulama’ cerita bahawa ada seorang sahabat ni yg berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah bukan kerana menyahut seruan ALLAH s.w.t dan rasulNya, tapi sebab nak kahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais..Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah lau nak kahwin dengan dia..Drpd peristiwa tersebut, sahabat itu di kenali sebagai muhajir ummu qais yg bermaksud ‘orang yg berhijrah kerana ummu qais’.
2) Apa pentingnya niat?
-untuk membezakan antara ibadah atau adat.
-untuk tentukan adakah amal tersebut kita buat kerana Allah atau lain2.
Cewaah terasa macam ustazah pulaks entry kali nih *batuk2 sikit*..
Oh tapi...Tapi...Apa antara pengajaran yang boleh kita ambil disebalik hadith ni ye? Lai lai baca aku dah tempek dah kat bawah ni ;)
Niat adalah teras segala amalan..Ape2 amalan pun, kalau amalan baik mesti disertakan niat yang baik.. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah pun walaupun dilakukan dengan niat yang baik.. Demikian jugalah amalan baik, jika diniatkan bukan kerana Allah, contohnye kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah..ok?
Ulama ada berkata: "Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya"
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah..Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya..
Walaupun hijrah dah takde lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala...
Wallahu a'laam~~
Demikian sahaje entry 5 minit daripada cempaka..Macam entry sempena maal hijrah pulak kann~? haha takpelah da dekat da pun bulan 12 nanti dah awal muharram dah (oh oh demi masa!)
-angkat tangan dari keyboard-
No comments:
Post a Comment