rama-rama

Tuesday, November 9, 2010

entri 1 minit (kali keberapa entah)

salam alayk! ^^


Entri ringkas kali ni, aku nak ajak diri sendiri, dan anda yang terbaca entri ni juge, untuk sama2 merenung dan tarbiyyah diri daripada ujian2 yang diterima..


Apa? tak pernah menerima apa2 ujian ke? anda pasti? maka kosong lah hidup anda tiada erti..


UJIAN ni kann..boleh datang dalam macam-macam bentuk..boleh jadi dalam bentuk rezeki, ada yang hidup susah melarat, ada yang senang lenang penuh nikmat..Dua-dua pun ujian..boleh jadi juga dalam bentuk kesihatan, ada yang sakit melarat, ada pula yang sihat tapi tak pandai memanfaat..Dua-dua juga ujian..
Kalau nak disebut satu2 bentuk ujian ni, memang 2-3 entry pun tak habis..




Satu je kesimpulan dari ape jua ujian..Allah sayang kita sebenarnya..Ujian yg kita terima tu pun untuk kita upgrade diri kita jugak..Lantas jadilah status FB aku hari ni "Ujian itu mematangkan dan membawa banyak pengajaran"..ada sambungan aku nak tambah kat sini, 'bagi mereka yang berfikir'..hihi..


Jadi,bersabarlah dan senyumlah pada apa pun yang mendatang! 



RAHMAT UJIAN ~ Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

p/s : buat sahabatku niaGonia, tabahkan hatimu, doa2 insan kesayanganmu sentiasa bersama kamu :)


-angkat tangan dari keyboard buka buku buat nota-

1 comment:

niagonia said...

ye..harus senyum sentiasa..
ujian Allah itu pasti cuma kita merasa dlm cara yang berbezakn?=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...