Aku, bercakap daripada pengalaman sendiri, sangat memahami situasi mangsa banjir ni..Rumah ayah bonda aku kat sungai isap damai kuantan pahang tu boleh dikatakan tiap2 tahun mesti naik air..Banyak kali jugak la aku merasa tidur kat pusat penempatan mangsa banjir, dalam kelas di sekolah-sekolah, makanan atas ihsan kebajikan..Ade sekali tu tumpang kat tadika, aih comel je siap ade playground lagi..huhu..
Banjir paling teruk yang paling aku tak boleh lupa adalah pada hujung tahun 2001..Waktu tu aku baru 12 tahun, sedang buat persiapan untuk masuk ke tingkatan satu..Mase tu musim tengkujuh, musim hujan, dan musim air pasang besar juga..Tapi kami yang dah biase dengan banjir tiap2 tahun ni buat persiapan macam biase je la..Bila air dah penuh longkang, kitorang angkat barang2 ke tahap ketinggian yang selamat berdasarkan pengalaman banjir yang sebelumnya..Biasanya lebih kurang satu kaki air masuk dalam rumah..
Dalam minggu tu, air dah beberapa kali naik dan turun..masa air laut pasang, penuh la air kat porch depan rumah..Bila air laut surut, air pun penuh longkang je..Pelik, perumahan kami sangat jauh daripada laut tapi masih sangat terkesan daripada pasang surut air laut..Tapi yang memberi kesan lebih teruk terhadap banjir kat umah tu, air daripada sungai lembing..
Berdasarkan pengalaman, ade cara nak bezakan banjir kat umah au tu berpunca daripada air laut atau air sungai..kalau cuma air laut, air yang naik adalah jernih..Tapi kalau air sungai, warnanya kekuningan macam air tanah..
dan once air sungai tu dah naik dan dah surut, kitorang akan lega and terus cuci rumah..Demikianlah yang terjadi pada tahun tu, air sungai dan laut dah naik and dah surut, dan kami pun da siap basuh rumah, cuma belum turunkan barang je..
Tapi tiba-tiba,, malam tu, air macam tiba-tiba naik dengan mendadak..Kitorang yang tengah lepak-lepak terkejut..Eh, lain macam laju air naik ni..Lantas jiran-jiran diberitahu..Ada jiran tu, anak lelakinya dah tidur dalam air dah, tak sedar air masuk dalam bilik..Semua orang pun panik, terus kemas-kemas barang untuk berpindah ke pusat penempatan banjir serta merta..Jam sembilan air mula naik, jam sebelas air dah paras lutut dalam rumah..Mujurlah kereta dah hantar awal2 ke jalan yang tinggi kat bukit rangin..kalau tak, memang sangkut..
Aku dan keluarga menyelamatkan kucing kitorang dulu, ade kawan abang offer untuk jagekan..Kitorang tak berani nak tinggalkan sebab malam tu air banjir macam sangat garang, dan kucing aku tu pulak ade anak kecik dua ekor..Mase keluar rumah, Ya Allah Tuhan saja yang tahu bagaimana sukarnye berjalan melawan arus air deras paras peha..Dengan bawak barang2 penting, terhuyung-hayang menegapkan diri supaya tak terjatuh..
Dan malam tu juge kitorang hilang arah, pusat penempatan mangsa banjir dah penuh, tak terjangka malam tu air akan naik sampai rumah-rumah yang selama ni terselamat pun kena jugak..Terpaksa lah cari hotel2 budget..sabor jela..
Esoknya, air masih tak surut2..Kami tak dapat masuk, lau nak masuk kena naik bot..Kalu masuk pun tak dapat buat ape2..Cuma abang aku yang masuk redah air dengan kawannya awal pagi tu untuk cuba alihkan barang2 elektrik mcm tv dgn radio ke tempat yg lebih tinggi..Masa dia masuk tu, air dalam rumah paras dada dia katanya..Lau abang aku yang tinggi tu paras dada, aku??
Kitorang tengok berita, adelah keluar kawasan rumah aku tu,in fact memang nampak rumah aku la..nampak bumbung je..ade bot lalu pun boleh capai bumbung umah dengan tangan je dah..3 hari lepas tu baru air surut..Aku dengan keluarga balik sebelum air surut sepenuhnya, sebab senang nak cuci rumah mase tu, lumpur2 belum kering, dan boleh gunakan air banjir tu jugak untuk tolak lumpur keluar rumah..Memudahkan nak cuci rumah bila air dah betul2 kering nanti, jimat mase,n jimat air bersih jugak..
Tapi yang aku nak citer la kan, perasaan masa mula2 masuk rumah pas banjir tu..Aduh..Menangis! Kitorang 5 beradik terdiam..Masing2 mata berair..Kesan air dalam rumah melebihi paras kepala aku, lebih kurang paras leher ayah aku n abang aku la..Barang2 tak payah cakap..Memang semuanya habis..Almari yang tinggi jatuh, kalau yang buatan chipboard dgn plywood tu memang runtuh..Tong gas yang asalnya ade kat dapur terapung-apung di ruang tamu (walhal dapur dgn hall umah aku tu jauh). Dan baunye.....perggghhh tak payah cakap la..
Buku2 yg aku sayang habis, barang2 lain semua tunggang terbalik dan penuh lumpur.. Ish tak reti aku nak gambarkan mcm mane horrornye keadaan rumah mase tu, sampai nak mula kemas rumah drpd mane pun kitorang tak tau..Untuk clearkan rumah, terpaksa buang banyak barang..
Luar pagar rumah dah jadi macam library, buku2 yg banyak koleksi family kitorang abes tak dapat diselamatkan..Itupun ade jugak yg kitorang cuba kutip n keringkan..Baju2 semua kena basuh semula, air kecik pulak tu..Basuh kena rendam dan berus dengan tangan dulu sebab semuanya berlumpur..Sampai melecet-melecet la tangan kakak-kakak aku yang kulit sensitif2 tu..Tak masuk lagi koleksi pinggan mangkuk cawan gelas mak aku..anak2 ular pun banyak jumpe..oh, ikan yang aku bela kat luar rumah tu pun memang dah merdeka la ikut air entah2 terlekat kat mane2..
Percaya atau tidak, kitorang amek mase dekat setahun untuk bagi rumah betul2 clear seclearnye..Penatnya tak payah cakap lah..Tak ada lagi perabot sofa yg cushion lembut2 tu kat ruang tamu..Kesan level banjir kat dinding pun biar dulu sbb nak bagi org tgk..hish memang dahsyat betul mase tu lah..
Sekarang ni dah dekat 10 tahun peristiwa tu berlalu, tapi still aku tak boleh lupe..And rumah kuantan tu pun masih lagi menerima banjir hampir tiap tahun tapi takdelah teruk macam tahun 2001 tu dah..Paling2 pun paras betis lah..
And sekarang rumah tu pun ayah aku dah naikkan sikit, so lau setakat banjir biase2 je, Insya Allah air tak masuk umah dah..Lau masuk pun dapur je..So takdelah penat sangat ayah bonda nak kemas..Mereka pun tinggal berdua je dah sekarang n dah berusia..Ayah dah 62, bonda dah 60..
gambar hiasan (ke?)
*takziah buat mangsa2 banjir di malaysia, juga mangsa tsunami di sumatera, juge mangsa merapi di indonesia..Bersabarlah kalian, kerana sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya yang taat dan sabar..Dalam tiap2 kesulitan itu, ada kemudahan..Ambillah iktibar dan tarbiyyah dari tiap2 sesuatu itu..*
**nota kaki wangi : aku pernah kena masuk wad 3 hari dan kena pakai hard collar pas jatuh terlentang masa cuci rumah lepas banjir..Hujung tahun 2006..haha..
2 comments:
bersama2 lah kte yg kelapangan ini membantu kepada mereka yang amat memerlukan...smoga mereka lebih sabar & tabah menghadapi ujian Allah ini...
nana : ameen~
yup2 betul tu..paling tidak pun, doakan mereka kan? thanx ya ^^
Post a Comment