rama-rama

Saturday, August 29, 2009

MERDEKA @ RAMADHAN (Luahan Hati Seorang Puteri Merdeka)





Sunyi..
Tak terdengar semboyan ketibaannya
Lima dekad dua tahun bagai angin berhembus mulus
Terasa tapi tiada rasa
Bererti tapi tiada erti
Sedang hadirnya dibulan mulia
Alasannya hadirnya di bulan mulia



Apa salah menghayati ertinya di bulan ini?
Memang salah!
Salah jika pengertiannya adalah pengertian kamu yang tidak mengerti


Kamu yang selama ini menghayatinya dengan gaya kamu
Kononnya menghayati
Pengahayatan dengan leka
Rakus menoda erti merdeka


Apa salahnya kita menghayati ertinya di bulan ini?
Tidak!
Kita tiada terkinja-kinja
Kita tiada leka
Bahkan kita harus sedar bahawa inilah merdeka yang sebenar!
Yang bebas dari jajahan minda
Bebas dari jajahan nafsu


Bilang tahun kita berkumpul
Ambang merdeka disambut meriah
Untuk apa?
Baik anak muda mahupun warga emas
Semuanya menagih hiburan yang tersaji
Persembahan demi persembahan
Asyik
Leka lah mereka
Bertepuk tangan suka hati
Bergoyang mengikut irama tari
Merdeka kah bangsa kita?

Sedang yang derita dahulu adalah nenek moyang kita
Yang ramai terkorban jiwa raga itu nenek moyang kita
Yang meratap tangis tiada terbela itu nenek moyang kita!
Betapa jerih perih mereka begitu mudah dilupakan
Hanya dengan gemersik angin hiburan yang melalaikan



Kini
Bangsa kita kian goyah
Ancaman oleh makhluk-makhluk yang tiada sedar
Dahulu mereka tali barut
Siapa yang memaafkan?
Nenek moyang kitalah
Dahulu mereka telah mengancam keharmonian
Siapa yang memaafkan?
Nenek moyang ibu bapa kita jugalah

Andainya merdeka kita adalah sebenarnya merdeka
Andainya persekutuan kita adalah sebenarnya penyatuan
Andainya sejarah negara benar-benar diteladani


Tiadalah perlu kempen Satu Malaysia segala..
Kerana kita tahu siapa yang telah memperjuangkan merdeka kita
Nenek moyang kita!


Ramadhan ini sesungguhnya membawa sejuta pengertian
Mengertilah kau wahai anak bangsa
Pengorbanan nenek moyang kita bukan sehari dua
Maka merdeka di Ramadhan ini
Tuluskanlah hati mendoakan pejuang-pejuang bangsa
Semoga roh mereka tenang disampingNya
Semoga merdeka yang mereka perjuangkan
Sampai kepada maksudnya
Dihayati dan dihargai anak bangsa
Terpelihara tanpa setitik pun noda


Noda hitam palitan penjajah
Bangkitlah anak bangsa
Usah terus terbuai leka
Pahatkan jiwa merdeka
Semoga merdeka ini lebih bermakna


Selamat Hari Merdeka





















2 comments:

tinta kasturi said...

patriotik. hubbul watan. sangat molek dan manis. demi negara tercinta. bangun diri untuk kita. buang aku tanam kami. minggir ananiah cipta nahniyah. untuk kita semua. anak jati malaysia. di mana saja berada. mardhotillah. :D

whiteCempaka said...

huhu..syukran...same2 lah kite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...