rama-rama

Saturday, August 15, 2009

Tentang SAHABAT.... dedicated 4 all my bestfriends

lihat bintang
begitu banyaknya
pilihlah satu
cari yang paling istimewa
kerlipannya paling cemerlang
kerana itulah selayaknya
buat kamu sahabat

kita pernah sama berjalan
berlari
jatuh
bangun semula

kini kita terpisah
oleh benua
oleh masa
oleh layar yang kita bentang
kemudi bahtera di haluan sendiri

tetapi sahabat
setiap langkah yang kita orak bersama
setiap bicara madah kata antara kita
setiap nafas semangat yang kita hirup dan hembus
lakarannya sepenuh tinta lautan
seluas maya fada
begitu bermakna

hadirmu sahabat
menjadikan yang hidup lebih hidup
meredupkan silau hari
mewarnai kelam malam
aku jatuh, tangan kau hulurkan
aku hanyut, tali kau campakkan
kau senjata kaulah perisai
kau racun kaulah penawar

gemawan kelabu kau tiup pergi

untukmu sahabat
kutitipkan doa berpanjangan
hanya itulah penghargaan mampu kuberikan
terima kasih sahabatku
semoga mekarlah bunga persahabatan ini
hingga ke syurga
di bawah lembayung rahmat-Nya



..untuk teman2 seperjuangan daripada SRAI,SMAI,SMART,KMPH..
~Mashi, Nadhrah, Tg.Myra, Hanif, Ariff, Balqis, Ieja, Mira, Yan dan semua~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...