Hoyeah hey how how wohhow~!! Sudah habis exam, alhamdulillah, terasa sedikit ringan beban di kepala..
Tapi......
Tapi kan.....
Exam hall masa foundation dulu..which is actually a corridor ;DD
Aku tak nak cakap pasal exam lah..bikin sakit kepala saja..Benda dah lepas, so kita tawakkal dan doa banyak-banyak sajalah kan..kan? kan? *ok enough merapik ye cempaka*
Habisnya fasa exam akhir tahun, bermakna bermulalah cuti musim panas yang panjang..Tahun ni insya Allah akan pulang beraya di tanah air bersama keluarga terchenta..Tapi lambat lagilah nak balik..Banyak hal perlu settle dulu *banyak sangat ke? heeee*
Perancangan untuk memenuhi masa lapang sementara tunggu result ni :
1. Marathon movies dan series dan novels..
2. Main masak-masak *nyumnyum i loike!*
3. Menziarahi sahabat seperjuangan di rumah mereka sebelum masing-masing menghilang dalam kapal terbang *sambil-sambil tu
4. Dalam masa terdekat Insya Allah nak turun Cairo teman housemtae tersayang yang nak sangat tengok wayang cerita Toy Story 3 (3D)..
5. Dan mungkin akan ke Pasar Hussein (Cairo) untuk cari apa-apa yang menarik untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti..Dan, mungkin juga akan ke Alexandria merehatkan minda sambil window shopping juga..
Tak dilupakan, sikah gadidah we sikah adimah di Mansoura ini harus dilawati sebelum berangkat pulang..manalah tahu terjumpa shawl yang terkenan di hati, boleh pakai raye! heheh *yang sebenarnya, duit tak ada pun..Tapi saja nak jalan-jalan kenal kedai..Nanti kalau ade siapa-siapa datang sini nak shopping, bolehlah aku bawakkan dengan senang hati =)
6. Kemas bilik dan rumah sekemas-kemasnya *memandangkan sepanjang musim exam kekemasan agak terabai..teruk betul anak dara*
7. Blogwalking! huh aku sungguh rindu nak menyapa semua penghuni blog yang aku singgah atau tersinggah..hihihi..
8. Beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama saudara dan rakan-rakan melalui segala social network yang ada, terutamanya fb lah..Maklumlah, masa exam aku menyepi saja memanjang (....)
Oh insya Allah next week kanak-kanak gigi nak main netball ramai-ramai di istad gamaah..Sape mahu ikut angkat tangan?
9. Nak jumpa dentist nak check gigi dan buat scalling Insya Allah..Kata mahu jadi duktur gigi kan? So gigi sendiri kenalah jaga juga *market tuh*.. Hajat di hati nak pakai braces memandangkan gigi aku dah start crowded, tapi buat masa ni tak ada rezeki lagi.. Ada sesiapa nak sponsor tak? Nuffnang ke? huhu.. Lebih kurang rm2500 saja kalau buat kat egypt ni..murah kan? *tapi still duit aku belum cukup :( *
10. Oh ye, sekarang ni kan bulan Rejab.. Lepas tu Syaaban..Lepas tu dah masuk Ramadhan..Sekejap sangat rasa..Memandangkan Ramadhan dah dekat, apa kata kalau aku kembali membiasakan diri dengan puasa setiap hari, banyakkan bacaan al-Quran, dan berjinak-jinak dengan amal-amal kebaikan yang lain *palin penting is NO GOSSIPS around ok?!*..Korang pun boleh je join sekali..Nak tak? jom lah jom lah~~~~
kerinduan mahu bersengalan bersama keluarga tersayang :(
Ok lah, sekian sahaja update entri untuk kali ni..Nak siap-siap pergi Awadalla gadida jap, beli barang-barang dapur yang dah kering..
Jumpa lagi nanti ya........
No comments:
Post a Comment