Entri ni sekadar copy paste sahaja tapi biasalah, apa yang kita copy dan paste itu biasanya perkara yang baik lah kan..So, jom baca sajalah ok *wink*
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya.
“Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu.
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Subhanallah.
**MORAL :
1. Sebaik-baiknya fahamilah isi Al-Quran
2. Jika tidak mampu atau tidak sempat, jangan lah sampai tak baca atau kurang membaca Al-Quran.
3. Jom baca Al-Quran
(Gambar-gambar unedited fresh dari camera oleh saudara Imran Abdul Jabar, sekitar upacara khatam Al-Quran pada hari perkahwinan kakak cempaka)
p/s : sesiapa yang meminati photography dan photo editing, bolehlah dapatkan Ebook Kompilasi Teknik Photoshop yang best ni. Cempaka sendiri lau ada duit lebih nak sangat beli tapi tu lah, camera pun tak ada lagi kannnn..huhu..
So apa kata kalau korang beli buku ni? Serius best lah..
Boleh didapati di website Imran Abdul Jabar
7 comments:
tersentak sebentar...
insaf laa bc entry ni..
thanx 4 sharing..
patutlaa sy rasa mcm keras je hati 2-3 hari ni..
dah jarang bc quran..
thanx again
gaban morka : hihi..tersentak sebentar je ke? ;p
aanz : my pleasure..dah tak lame lagi na masuk bulan ramadhan dah..jom same2 khatamkan quran sebelum berakhirnye ramadhan nnt =)
houu~
cik hanan. bley cik faz share sket cite x?
mak sy dulu masa kecik2,
kena hafal al-quran + makna DULU
bru lah boleh khatam.
means, masa mengaji kena baca maknanya skali.
biarlah kita fhm maksud isi al-quran scr myeluruh.
itu cara pdidikan mak sy di indonesia dulu.
skdr bkongsi.
:)
cikfaz, terima kaseh atas perkongsian..menarik cerita tu..beruntunglah bonda faz ye..
yup di indonesia mmg agak strict..
dan sepatutnya macam tu lah..
macam hanan dulu, masa sekolah rendah, selagi belum baca al-quran dengan tajwid yang sebetul-betulnya, selagi itulah tak dikira dah khatam..
tapi, ramai yg tak tahu, Al-Quran ada 4 hak keatas kita, dan hak itu harus kita tunaikan..
antaranya, tadabbur..tadabbur ni adalah konsep penghayatan, dan kalau kita tak faham, mcm mana nak menghayati kn? sbb tu lah ramai org yg baca al-Quran, tp cara hidupnya masih jauh menyimpang..
lg 3 hak tu adalah tilawah, hafazan dan lagi 1 hanan tak ingat..huhu >.<
dan utk melaksanakan hak2 ini juga, haruslah ada ilmunya..supaya tak dicemarkan pemahaman oleh syaitan..
org skrg ni, ramai yang baca al-quran pun malas..apatah lagi nak bc makna..sesetengah tu quran tafsir pun takde =.=
hihi, bonda sy la yg bruntung.
sy kena tempias sj lah.
tp sy akui sangat2,
impak phayatan tu lg tinggi dgn phayatan makna.
btw, sy suka 4 hak al-quran tu.
mnarik!
:)
cantik isi dgn topic yg disampai kan
nice entry
Post a Comment