rama-rama

Saturday, July 24, 2010

balik kampung!

perjalanan jauh tak kurasa
 kerna hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata
nun menghijau gunung ladang dan rimba
langit nan tinggi bertambah birunya
deru angin turut sama berlagu
semuanya bagaikan turut gembira


ooo balik kampung!!
ooo balik kamping!!
ooo balik kampung!!
hati giraaaaannnggg~!!


hihihi ok dah2 la tuh cempaka. better stop melalak sebelom hujan turun (sekali dengan ribut petir). huhu..


Malaysia, nantikan kepulanganku. Akanku jelajah seluruh pelusuk kota untuk mencari semangat baru (ok ni tipu.tp part nak cari semangat baru tu tak tipu.)


Perasaan sekarang : Masih ada rasa sedih. Tapi dah cool. Kami seramai 20 orang pasti akan terus kuat semangat dan bangkit semula. Dan agak gembira sebab dapat puasa dan beraya dengan keluarga tahun ni insya Allah. Juga excited, insya Allah dapat sambut kelahiran 2 orang anak saudara baru..hihi..(Along dan Angah, nanti Hanan teman korang berpantang ok? saye sangat suke makan makanan orang dalam pantang..hihi..)


Apa2 pun, terima kaseh buat semua yg menitipkan kata2 semangat dan doa..Insya Allah aku takkan pernah putus asa, biiznillah..


Untuk kak Aini Salim, terima kaseh bagi message kat YM :


"Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan bukan menolak dengan alasan….kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian…letakkan harapanmu pada Penciptamu, dan bukan pada ciptaanNya.."



26/7/2010 - 3.05pm(jam egypt) - Cairo ----> Bahrain.
26/7/2010 - 8.30pm(jam bahrain) - Bahrain ----> Kuala Lumpur.
27/7/2010 - 9.25am(jam malaysia) - MALAYSIA!! 

Sunday, July 18, 2010

EMOsi


sekarang kawan sekelasku semua senyap..
kenapa?
aku sendiri pun senyap..
kenapa?
semua terkejut..
kenapa?
semua takut..
kenapa?
semua kecewa..
kenapa?
semua bersedih..
kenapa?


Kali ini aku sangat berharap agar keputusan ini adalah tidak benar..
Berharap agar ada keajaiban, pertolongan dariNya..
Ya Allah, biarlah kami semua dapat naik tahun bersama-sama.......


Kawan-kawan, semoga kita semua terus diberikan kekuatan dan ketabahan, juga saling menguatkan seperti selalu..
Kita tahu kita dah usaha sehabis baik, tapi mungkin Allah nak bagi kita peluang untuk belajar lebih banyak lagi.. Seperti biasa, hanya keluarga pergigian mansoura sahaja yang mampu faham..


Satu perkara yang aku terkilan, ada yang cuba membandingkan pencapaian kami dengan pencapaian warga pergigian universiti lain sekitar mesir. Sistem kami sangat berbeza. Jadi janganlah bersikap tidak adil dalam menilai. Kami bukannya tak berusaha.....


Lagi beberapa hari sebelum berangkat pulang ke tanah air, namun hati dah lama tiada disini..Aku mahu pulang.........sesegera mungkin aku mahu pulang dan peluk erat bonda.


Mak, Ayah, dan semua yang berharap dan mendoakanku selama ni, maafkan aku andainya aku tak berjaya kali ini..Aku masih tak putus harap, masih tetap juga berdoa dan berdoa, semoga keputusan rasmi yang bakal keluar nanti mampu mengembalikan senyuman dihati kami......

Tuesday, July 6, 2010

Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tak faham isinya?

Salam alayk =)


Entri ni sekadar copy paste sahaja tapi biasalah, apa yang kita copy dan paste itu biasanya perkara yang baik lah kan..So, jom baca sajalah ok *wink*




Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. 
“Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. 

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Subhanallah. 

**MORAL :
1. Sebaik-baiknya fahamilah isi Al-Quran
2. Jika tidak mampu atau tidak sempat, jangan lah sampai tak baca atau kurang membaca Al-Quran.
3. Jom baca Al-Quran





(Gambar-gambar unedited fresh dari camera oleh saudara Imran Abdul Jabar, sekitar upacara khatam Al-Quran pada hari perkahwinan kakak cempaka)


p/s : sesiapa yang meminati photography dan photo editing, bolehlah dapatkan Ebook Kompilasi Teknik Photoshop yang best ni. Cempaka sendiri lau ada duit lebih nak sangat beli tapi tu lah, camera pun tak ada lagi kannnn..huhu..
So apa kata kalau korang beli buku ni? Serius best lah..


Boleh didapati di website Imran Abdul Jabar

Saturday, July 3, 2010

untitled *aci tak macam ni?*

Salam alayk!


Hoyeah hey how how wohhow~!! Sudah habis exam, alhamdulillah, terasa sedikit ringan beban di kepala..
Tapi......
Tapi kan.....


Exam hall masa foundation dulu..which is actually a corridor ;DD


Aku tak nak cakap pasal exam lah..bikin sakit kepala saja..Benda dah lepas, so kita tawakkal dan doa banyak-banyak sajalah kan..kan? kan? *ok enough merapik ye cempaka*


Habisnya fasa exam akhir tahun, bermakna bermulalah cuti musim panas yang panjang..Tahun ni insya Allah akan pulang beraya di tanah air bersama keluarga terchenta..Tapi lambat lagilah nak balik..Banyak hal perlu settle dulu *banyak sangat ke? heeee*


Perancangan untuk memenuhi masa lapang sementara tunggu result ni :


1. Marathon movies dan series dan novels..


2. Main masak-masak *nyumnyum i loike!*


3. Menziarahi sahabat seperjuangan di rumah mereka sebelum masing-masing menghilang dalam kapal terbang *sambil-sambil tu bergossip  sedut-sedut la movies or series baru yang best-best mereka ada..


4. Dalam masa terdekat Insya Allah nak turun Cairo teman housemtae tersayang yang nak sangat tengok wayang cerita Toy Story 3 (3D)..


5. Dan mungkin akan ke Pasar Hussein (Cairo) untuk cari apa-apa yang menarik untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti..Dan, mungkin juga akan ke Alexandria merehatkan minda sambil window shopping juga..


Tak dilupakan, sikah gadidah we sikah adimah di Mansoura ini harus dilawati sebelum berangkat pulang..manalah tahu terjumpa shawl yang terkenan di hati, boleh pakai raye! heheh *yang sebenarnya, duit tak ada pun..Tapi saja nak jalan-jalan kenal kedai..Nanti kalau ade siapa-siapa datang sini nak shopping, bolehlah aku bawakkan dengan senang hati =)


6. Kemas bilik dan rumah sekemas-kemasnya *memandangkan sepanjang musim exam kekemasan agak terabai..teruk betul anak dara*


7. Blogwalking! huh aku sungguh rindu nak menyapa semua penghuni blog yang aku singgah atau tersinggah..hihihi..


8. Beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama saudara dan rakan-rakan melalui segala social network yang ada, terutamanya fb lah..Maklumlah, masa exam aku menyepi saja memanjang (....)
Oh insya Allah next week kanak-kanak gigi nak main netball ramai-ramai di istad gamaah..Sape mahu ikut angkat tangan? 


9. Nak jumpa dentist nak check gigi dan buat scalling Insya Allah..Kata mahu jadi duktur gigi kan? So gigi sendiri kenalah jaga juga *market tuh*.. Hajat di hati nak pakai braces memandangkan gigi aku dah start crowded, tapi buat masa ni tak ada rezeki lagi.. Ada sesiapa nak sponsor tak? Nuffnang ke? huhu.. Lebih kurang rm2500 saja kalau buat kat egypt ni..murah kan? *tapi still duit aku belum cukup :( *


10. Oh ye, sekarang ni kan bulan Rejab.. Lepas tu Syaaban..Lepas tu dah masuk Ramadhan..Sekejap sangat rasa..Memandangkan Ramadhan dah dekat, apa kata kalau aku kembali membiasakan diri dengan puasa setiap hari, banyakkan bacaan al-Quran, dan berjinak-jinak dengan amal-amal kebaikan yang lain *palin penting is NO GOSSIPS around ok?!*..Korang pun boleh je join sekali..Nak tak? jom lah jom lah~~~~ 




kerinduan mahu bersengalan bersama keluarga tersayang :(


Ok lah, sekian sahaja update entri untuk kali ni..Nak siap-siap pergi Awadalla gadida jap, beli barang-barang dapur yang dah kering..


Jumpa lagi nanti ya........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...