Salam semua...
Sedar tak sedar, kite dah pun berada di pertengahan Ramadhan Kareem..Agak tak terasa, begitu pantas waktu berlalu..Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang aku berpuasa disini..Pada awalnya, aku banyak menghabiskan masa di rumah..Sebabnya aku ada imtihan..So kenalah study..Kalau berkesempatan, aku sempatla juga memenuhi undangan berbuka oleh kakak-kakak senior di sini yang semuanya memahami..Sekarang ni aku cuma tinggal satu lagi paper, hari Ahad ni..Alhamdulillah, terasa ringan sikit kepala ni..Bolehlah aku menjalankan beberapa kegiatan yang dah lama aku nak buat tapi tiada kesempatan..
Ini Balqis, anak senior medic tahun 2 kalau tak silap..Gambar ni aku amek mase iftar jam'ie kat rumah Kak Qilah..Jeles kan muda-muda dah kawen dan dah ada anak sendiri? hurmmm..
Ni sekitar iftar jam'ie kat umah Kak Qila..Time ni kami dah sibuk nak balik, tengah tunggu musyrif datang amek..kelakar je tengok ramai2 berkerumun kat pintu..
Ni masa exam Organic Chemistry (Practical)..Sempat lagi snap gambar sementara tunggu Doctor datang bawak unknown salt..huuuu~
Hari Khamis ari tu (3/9/09), aku, Cik Qiela, Robex ngan Sara sempat join program berbuka puasa di masjid. Sebenarnya kami berempat terlambat. Sepatutnya kami ikut trip student medic pergi berbuka kat rumah orang Arab Mesir. Tapi kami lambat, kena tinggal...hahaha..Pastu dengan muka tak malunya kami pun join jelar group akak2 dirasat (student Al-Azhar-ustaz-ustazah), berhimpit jugak la naek tremco gi masjid..Sampai je Masjid, Bilal puwn azan. kami pun melangkah deras mendaki tangga ke dewan solat, berbuka dengan sebiji kurma dan seteguk air ihsan akak2 dirasat, solat maghrib jemaah then baru naik atas dan menjamu makanan Arab..(Sebenarnya ada gamabt=r mase kami makan, makanan Arab, tapi dlm camera Sara..Insya Allah will upload later..haaa..gambar yang kat atas tu mase kami dah kenyang, tengah tunggu tremco datang amek bawak kami balik ke Markaz (Dewan Banat-Utubis Gadid) dan di sana kami call musyrif untuk musyrifkan kami balik ke rumah naek taxi.
Colorful kan?? Haaa..Ni lah Mesir..malam yang same selepas iftar di masjid, aku, Qiela ngan Robex decided untuk berjalan-jalan di Galaa' Street..Cadangnya nak tengok lampu warna-warni, nak amek gambar Fanous(tanglung Mesir yang dinyalakan oleh orang-orang Mesir untuk meraikan Ramadhan)..Tapi malangnya dalam gambar jadi tak cantik (ataupun sebenarnya aku yang tak pandai setting..maklumla, amek gambar guna hp je..huhu)..pastu kami masuk kedai-kedai tudung sebab Robex nak usha tudung..tudung-tudung kat sini semuanya jenis selendang, ade pendek, ade panjang, ade besar, ade kecik..Tapi yang pastinya memang berwarna-warni lah..Tapi rasenya kalau ikut taste orang Malaysia, dekat Sikah lagi banyak choice kot..
Sorry gambar nie blur..Sebab mamat yang jaga kedai ni da pandang semacam je..Haha..Tapi aku nak tunjuk kat korang, tudung yang bercangkuk-cangkuk macam minah Mesir (tudung pink) pakai tu puwn banyak..Ade cangkuk, ade butang besar2, dan macam lagilah..Dan mereka sangat suke melilit tudung berlapis-lapis..
Ni Cik Robex nga mengusha-usha selendang..
Terasa kering tekak, kami puwn masuk kedai Asir (Jus)..Aku ngan Robex order Asob (air tebu), Cik Qiela lak order Manggo..Yang kat belakang kaunter tu is mamat yang buatkan pesanan kitorang. Nampak tak banyak2 kotak Boreo tu? Boreo tu is biskut, rase dye macam Oreo..Kat kedai ni ada buat Asir Boreo(Jus Boreo iaitu biskut Boreo yang diblend dengan halib(susu), pastu ada aiskrim..Rasenye memang sangat manis (Janganlah order mase kenyang, takot nnt tak terhabis)..Dan Asir Boreo ni telah diperkenalkan kepadaku oleh Abang Yeh, suami kak Nad (sepupu aku) mase diorang turun ke Mansoura dari tanta berjumpa aku, mase aku mula2 sampai Mesir dulu..Huhu..Gambar yang ade banyak buah bergantungan tu bukan kat kedai buah, tapi kat kedai asir tu la..
Sambil2 tunggu asir kami siap, sempat lagi aku curi snap gambar 2 orang minah arab ni..lau korang nak tau, ni la trend minah2 arab yang konon-kononnya moden sekarang..suke sangat pakai baju sendat, seluar sendat, pastu ade lak mini skirt..huhu..dan sebenarnya mereka sangat suka pakai baju warna striking2 contohnye baju purple seluar kuning tudung segala macam warna ade..Tapi Alhamdulillah, masih ramai lagi yang alim2 yang mengamalkan sunnah tutup semua kecuali biji mata..
Galaa' Street @ nite..
Kalau nak cari kasut and beg di Mansoura ni, rasenye Galaa' Street ni lah tempatnya..Banyak choice tapi semuanya made in China atau Vietnam lar..
Hari ni aku gi berbuka kat rumah Hana dan Siti (imarah AQ)..Sedap, diorang masak nasi ayam..Hari ni birthday Hana sebenarnya (juge birthday Jaa n Duan, n birthday sape tah lagi...Ramai birthday hari ni)..Sebelum gi rumah diorang tadi, sempatla aku pergi Baron beli kek..Gambar kek ade dalam camera Siti (nanti upload taw Siti)..Seperti biase, berbuka dengan buah kurma dan manis-manisan, then solat Maghrib berjemaah, then baru bersantap..huhu..Habes nasi n lauk semua kami makan..Alhamdulillah, rezeki..Lepas tu kami turun gi masjid terdekat (Al-Amin lau tak silap nama dia) untuk Isya dan Tarawikh..
solat tarawikh kat sini macam best..Cepat..Lepas solat Isya' takde doa2, terus bangun solat sunat, pastu Imam terus start tarawikh..tapi agak rindu la kat witir antara 2 rakaat tarawikh macam kat malaysia tu..kat sini tak ada..ermmm..pastu macam biaselah, antara 4 rakaat tu ada khutbah..Depends on Imam la, kadang2 khutbah pendek, kadang-kadang panjang..aku yang tak reti sangat amiyyah ni dengar macam tu jela, tak fahammmmm..huhuhu..Selesai 8 rakaat, terus je sambung dengan witir..aku paling suka doa Qunut yang imam tu baca masa Solat Witir..Syahdu, sayu je rase, menusuk qalbu, rase macam nak nanges puwn ada bila menghayati bait-bait rintihan yang antaranya "kau ampunkanlah kami Ya Allah, sungguh kami takut akan nerakaMu", "Kau bantulah saudara kami di Palestin dan Afghanistan Ya Allah.." dan banyak lagi bait-bait rayuan dengan nada yang mendayu-dayu..touching babe..
Ok lah..dah panjang berjela sangat entri aku kali nie..Sehingga aku mengupdate lagi..Selamat meneruskan puasa ye kawan2! Dan selamat menyambut Nuzul Quran..Hidupkanlah diri kita dengan Al-Quran~~