rama-rama

Friday, September 18, 2009

Menjelang 1 Syawal 1430...

Cepatnya masa berlalu..Sangat tak puas rasanya berpuasa di bumi Egypt ni. Memang sangat best lah. Ruh iman sungguh terasa, walau di mana pun.
Sekarang dah nak raya..jadi sementara ade sedikit kesempatan, sebelum aku lebih bz lagi lepas nie, aku susun sepuluh jari menzahirkan kemaafan yang ikhlas dari hati....

Kepada semua pengunjung blog ini, sama ada yang mengenali diri ini atau tidak, maafkanlah saya zahir dan batin..Atas segala silap khilaf saya, terlanjur kata saya, maafkanlah saya..Saya hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan kejahilan..Halalkanlah segala makan minum pakai saya, yang termakan, yang terminum..maaf zahir dan batin..
Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya drpd Allah, dan segala yg buruk itu juga datangnya dari Allah juga tapi terzahir melalui saya, atas izinnya..Kerana ma sya Allahu kan, wa ma lam yasha lam yakun..Segala yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah, dan jika Allah tidak mengkehendakinya, maka sesuatu itu takkan terjadi..Dan di sebalik tiap-tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya..Janji Allah itu pasti..Maka maafkanlah saya, maafkanlah sesama kita..Sedangkan Rasulullah s.a.w juga memaafkan ummatnya, apatah lagi kita..Alangkah lemahnya kita jika kemaafan itu menjadi sesuatu yang teramat berat..

Sempena Aidilfitri ini, marilah kita sama-sama doakan sesama kita, supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa guru-guru kita, para mujahideen, seluruh ahli keluarga kita, sahabat handai, kaum kerabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat, di setiap masa, di setiap tempat. sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi..Semoga Allah menjernihkan segala yang keruh antara kita, dalam kalangan kita..Semoga Allah menyatukan hati-hati kita di bawah lembayung rahmatNya, lembutkan hati-hati kita dengan ingatan kepadaNya, sinari hati-hati kita dengan nur hidayahNya..Ameen Ya Rabb..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Eid Mubarak aku ucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, handai taulan sekalian sama ada yang di malaysia atau di mana-mana benua, pengunjung-pengunjung setia blog ini, anda yang rajin menitipkan comment, dan semua yang membaca tulisanku ini..Semoga aidilfitri ini lebih membahagiakan drpd aidilfitri sebelumnya..
Nanti aku cerita sedikit sebanyak pasal puasa dan raya di sini k...Jangan lupa amalan-amalan sunnah sepanjang Syawal ini..Dan hidupkanlah ruh iman kita yang telah mekar dalam Ramadhan sepanjang bulan-bulan yang seterusnya..Ayuh kita sama-sama! huhu...

2 comments:

aLam maya said...

selamat hari raya! :)
semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan yg akan datang.

whiteCempaka said...

Insya Allah..Ameen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...