rama-rama

Tuesday, September 29, 2009

bayan halah...junior...

dah lame tak menyonteng di sini..dilanda kesibukan..menguruskan bayan halah yang maseh juge belum selesai..since raye keempat ari tuh lagi kami dah berulang alik ke gamaah semata2 mahu meguruskan hal ini...mudah-mudahan esok da siaplah bayan halah kita tu, boleh terus turun cairo gi translate, n scan, email tu my sis...Insya Allah...sabaw jelar ye zumie...dan thanx a lot hana sebab sudi teman kami berulang alik dari asnan ke idarah amah...juge tak terkira berapa kali kita turun naik tangga mencari tuan punya tandatangan...kalau tak kurus jugak tataw la kan? hurmmm..last2 tak dapat jugak siap sebab tiba-tiba kahruba takde...sabar lagilah hanan dan zumie..juge hana yg setia menemani..lagi pun tadi kita tak boleh tunggu sebab ada yang sedang menunggu kita..adik2 C5 dan C6...mereka pelajar baru di sini..dan kami sebagai musyrifah mereka haruslah bertanggungjawab menolong adik2 nie menyesuaikan diri di sini...banyak jugak ujian hari nie..tapi takpe, akhirnya kami pulang dengan senyuman jugak..bak kata Dato' Jamil, semuanya bermula dengan niat...Niat nak tolong adik2..seronok! lusa nanti jumpe mereka lagi, bwk adik2 dentist yg dah sampai ke gamaah, tunjukkan maktabah2, gi wekala, dan kalau sempat Insya Allah petang tu ke souq dirasat..kami merancang, Allah yang tentukan..semoga Allah permudahkan segala urusan kami...

*sorry posting ini borink, tadew ape2 gambar..tapi saye memang sgt penat dan saat ini hanya ingin baring dan pejamkan mata*

ape2 puwn, kami sangat mengalu2kan kedatangan adik2 junior baru mansoura...jgn homesick taw...ape2hal, call saje...Insya Allah kakak2 yg baek hati tu sume akan membantu selagi terdaya..~~

Tuesday, September 22, 2009

Channel Tarbiyyah dan Lambaian Syawal 1430

raya di perantauan...best taw! 


malam raya kami terisi dengan channel tarbiyyah yang gempak...walaupun senja tu kami same menangis, tapi malamnya kami sudah mampu calling molling family kat malaysia tuh..tak nanges puwn! hebat tak? hihi...


now tgk la sendiri senyuman2 kami X)))

makanan puwn macam-macam ada..Alhamdulillah..
 

ade kad raye...

awal pagi 1 Syawal lak, na dijadikan cerita, aku Hana ngan Ct terbangon lewat..yelah, malam raya tu kami tidur sangat lambat..huhu..Aku ingat lagi jeritan Hana pagi tu.."EH!  PUKUL BERAPA DAH NI?!" terkejut kami bila tengok jam dah pukul 7am..hahaha..Tapi Alhamdulillah, kami masih sempat mengikuti takbir pagi raya, Solat Sunat Aidilfitri, Khutbah raya dsb di Beyt Hikmah...Meriah lambaian Syawal di sini..Siap ada tayangan filem lagi..hihi...Jom tengok senyuman pagi raya kami lak.. X)))



Siti, Haizumie, Hanan dan Hana..kami jelar dak gigi pempuan yg tak balik raye..




Antara rezeki kami di pagi Syawal..mee rebus, nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, kuih raya, rendang, cheese cake dan macam-macam lagi..



Kad raye besar



 
kami pelajar perubatan cawangan mansoura mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin



Dan gambar-gambar yang laen ni tak lain tak bukan gambar-gambar sengal kami..kikikiiii~




Ok lah..ini saja kali ni...Selamat berziarah, bermaafan, mengganti puase dan berpuasa 6...huuhuu~

Friday, September 18, 2009

Menjelang 1 Syawal 1430...

Cepatnya masa berlalu..Sangat tak puas rasanya berpuasa di bumi Egypt ni. Memang sangat best lah. Ruh iman sungguh terasa, walau di mana pun.
Sekarang dah nak raya..jadi sementara ade sedikit kesempatan, sebelum aku lebih bz lagi lepas nie, aku susun sepuluh jari menzahirkan kemaafan yang ikhlas dari hati....

Kepada semua pengunjung blog ini, sama ada yang mengenali diri ini atau tidak, maafkanlah saya zahir dan batin..Atas segala silap khilaf saya, terlanjur kata saya, maafkanlah saya..Saya hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan kejahilan..Halalkanlah segala makan minum pakai saya, yang termakan, yang terminum..maaf zahir dan batin..
Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya drpd Allah, dan segala yg buruk itu juga datangnya dari Allah juga tapi terzahir melalui saya, atas izinnya..Kerana ma sya Allahu kan, wa ma lam yasha lam yakun..Segala yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah, dan jika Allah tidak mengkehendakinya, maka sesuatu itu takkan terjadi..Dan di sebalik tiap-tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya..Janji Allah itu pasti..Maka maafkanlah saya, maafkanlah sesama kita..Sedangkan Rasulullah s.a.w juga memaafkan ummatnya, apatah lagi kita..Alangkah lemahnya kita jika kemaafan itu menjadi sesuatu yang teramat berat..

Sempena Aidilfitri ini, marilah kita sama-sama doakan sesama kita, supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa guru-guru kita, para mujahideen, seluruh ahli keluarga kita, sahabat handai, kaum kerabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat, di setiap masa, di setiap tempat. sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi..Semoga Allah menjernihkan segala yang keruh antara kita, dalam kalangan kita..Semoga Allah menyatukan hati-hati kita di bawah lembayung rahmatNya, lembutkan hati-hati kita dengan ingatan kepadaNya, sinari hati-hati kita dengan nur hidayahNya..Ameen Ya Rabb..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Eid Mubarak aku ucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, handai taulan sekalian sama ada yang di malaysia atau di mana-mana benua, pengunjung-pengunjung setia blog ini, anda yang rajin menitipkan comment, dan semua yang membaca tulisanku ini..Semoga aidilfitri ini lebih membahagiakan drpd aidilfitri sebelumnya..
Nanti aku cerita sedikit sebanyak pasal puasa dan raya di sini k...Jangan lupa amalan-amalan sunnah sepanjang Syawal ini..Dan hidupkanlah ruh iman kita yang telah mekar dalam Ramadhan sepanjang bulan-bulan yang seterusnya..Ayuh kita sama-sama! huhu...

Tuesday, September 15, 2009

Bulan sudah mahu pergi

Adakah aku bercinta dengan bulan ini?
Atau apakah aku bercinta dengan Pemiliknya?
Semoga Pemiliknya lah yang aku cinta
Supaya walaupun bulan sudah pergi, aku masih mampu teguh
Waaaaahhhh...Dah nak syawal pun..Kami mula busy..Busy dengan aktiviti kami untuk mengisi hari2 terakhir ini..Memang sedih..
Kami juga busy dengan persiapan pengisian untuk menyambut Syawal disini..
Paling penting, persiapan untuk sambut junior2..Bakal2 dentist..Bakal2 doctor..Gigihnya mereka mengejar cita..Walaupun yuran pengajian mereka telah meningkat, namun mereka masih berusaha untuk menimba ilmu dalam lapangan perubatan di Universiti Mansoura ini..Selamat datang ya adik2..Semoga kita semua sama berjaya..
Dan buat sahabat2 yang masih belum pulang dari bercuti, cepat2 la balik sini.....Rindu...huhuuuu~
Sehingga aku mencoret lagi.......

Tuesday, September 8, 2009

mengenang kembali

Kecil kita....
Bahu siapakah yang kita paut, kita peluk?
Siapa yang melayani karenah kita?
Siapa yang menyuap kita makan...membersihkan sisa makanan pada mulut kita...

Siapa yang menjaga kita siang malam? menimang, memandikan, menyapukan minyak saat perut kita kembung, memakaikan baju....
Siapa yang mengajar kita berjalan, bercakap, menegur apabila kita nakal, menyokong kita..
Siapa yang bersusah payah mencari sesuap rezeki untuk membesarkan kita, menyekolahkan kita, menyediakan makan pakai keperluan kita, sehingga ada yang sanggup berhutang untuk menampung perbelanjaan atau pelajaran kita...

Siapa yang mengandungkan kita, bertarung nyawa melahirkan kita, azan atau iqamah di telinga kita, mendoakan kita....
Siapakah mereka yang tidak terhitung jasanya? tak tersenarai apa yang telah mereka lakukan, korbankan untuk kita?

AYAH dan IBU..

Saturday, September 5, 2009

Sejenak....

Salam semua...
Sedar tak sedar, kite dah pun berada di pertengahan Ramadhan Kareem..Agak tak terasa, begitu pantas waktu berlalu..Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang aku berpuasa disini..Pada awalnya, aku banyak menghabiskan masa di rumah..Sebabnya aku ada imtihan..So kenalah study..Kalau berkesempatan, aku sempatla juga memenuhi undangan berbuka oleh kakak-kakak senior di sini yang semuanya memahami..Sekarang ni aku cuma tinggal satu lagi paper, hari Ahad ni..Alhamdulillah, terasa ringan sikit kepala ni..Bolehlah aku menjalankan beberapa kegiatan yang dah lama aku nak buat tapi tiada kesempatan..




Ini Balqis, anak senior medic tahun 2 kalau tak silap..Gambar ni aku amek mase iftar jam'ie kat rumah Kak Qilah..Jeles kan muda-muda dah kawen dan dah ada anak sendiri? hurmmm..

Ni sekitar iftar jam'ie kat umah Kak Qila..Time ni kami dah sibuk nak balik, tengah tunggu musyrif datang amek..kelakar je tengok ramai2 berkerumun kat pintu..
 

Ni masa exam Organic Chemistry (Practical)..Sempat lagi snap gambar sementara tunggu Doctor datang bawak unknown salt..huuuu~
 


 Hari Khamis ari tu (3/9/09), aku, Cik Qiela, Robex ngan Sara sempat join program berbuka puasa di masjid. Sebenarnya kami berempat terlambat. Sepatutnya kami ikut trip student medic pergi berbuka kat rumah orang Arab Mesir. Tapi kami lambat, kena tinggal...hahaha..Pastu dengan muka tak malunya kami pun join jelar group akak2 dirasat (student Al-Azhar-ustaz-ustazah), berhimpit jugak la naek tremco gi masjid..Sampai je Masjid, Bilal puwn azan. kami pun melangkah deras mendaki tangga ke dewan solat, berbuka dengan sebiji kurma dan seteguk air ihsan akak2 dirasat, solat maghrib jemaah then baru naik atas dan menjamu makanan Arab..(Sebenarnya ada gamabt=r mase kami makan, makanan Arab, tapi dlm camera Sara..Insya Allah will upload later..haaa..gambar yang kat atas tu mase kami dah kenyang, tengah tunggu tremco datang amek bawak kami balik ke Markaz (Dewan Banat-Utubis Gadid) dan di sana kami call musyrif untuk musyrifkan kami balik ke rumah naek taxi.

Colorful kan?? Haaa..Ni lah Mesir..malam yang same selepas iftar di masjid, aku, Qiela ngan Robex decided untuk berjalan-jalan di Galaa' Street..Cadangnya nak tengok lampu warna-warni, nak amek gambar Fanous(tanglung Mesir yang dinyalakan oleh orang-orang Mesir untuk meraikan Ramadhan)..Tapi malangnya dalam gambar jadi tak cantik (ataupun sebenarnya aku yang tak pandai setting..maklumla, amek gambar guna hp je..huhu)..pastu kami masuk kedai-kedai tudung sebab Robex nak usha tudung..tudung-tudung kat sini semuanya jenis selendang, ade pendek, ade panjang, ade besar, ade kecik..Tapi yang pastinya memang berwarna-warni lah..Tapi rasenya kalau ikut taste orang Malaysia, dekat Sikah lagi banyak choice kot..
 
Sorry gambar nie blur..Sebab mamat yang jaga kedai ni da pandang semacam je..Haha..Tapi aku nak tunjuk kat korang, tudung yang bercangkuk-cangkuk macam minah Mesir (tudung pink) pakai tu puwn banyak..Ade cangkuk, ade butang besar2, dan macam lagilah..Dan mereka sangat suke melilit tudung berlapis-lapis..
 

Ni Cik Robex nga mengusha-usha selendang..

 
Terasa kering tekak, kami puwn masuk kedai Asir (Jus)..Aku ngan Robex order Asob (air tebu), Cik Qiela lak order Manggo..Yang kat belakang kaunter tu is mamat yang buatkan pesanan kitorang. Nampak tak banyak2 kotak Boreo tu? Boreo tu is biskut, rase dye macam Oreo..Kat kedai ni ada buat Asir Boreo(Jus Boreo iaitu biskut Boreo yang diblend dengan halib(susu), pastu ada aiskrim..Rasenye memang sangat manis (Janganlah order mase kenyang, takot nnt tak terhabis)..Dan Asir Boreo ni  telah diperkenalkan kepadaku oleh Abang Yeh, suami kak Nad (sepupu aku) mase diorang turun ke Mansoura dari tanta berjumpa aku, mase aku mula2 sampai Mesir dulu..Huhu..Gambar yang ade banyak buah bergantungan tu bukan kat kedai buah, tapi kat kedai asir tu la..


Sambil2 tunggu asir kami siap, sempat lagi aku curi snap gambar 2 orang minah arab ni..lau korang nak tau, ni la trend minah2 arab yang konon-kononnya moden sekarang..suke sangat pakai baju sendat, seluar sendat, pastu ade lak mini skirt..huhu..dan sebenarnya mereka sangat suka pakai baju warna striking2 contohnye baju purple seluar kuning tudung segala macam warna ade..Tapi Alhamdulillah, masih ramai lagi yang alim2 yang mengamalkan sunnah tutup semua kecuali biji mata..

 

Galaa' Street @ nite..
Kalau nak cari kasut and beg di Mansoura ni, rasenye Galaa' Street ni lah tempatnya..Banyak choice tapi semuanya made in China atau Vietnam lar..

Hari ni aku gi berbuka kat rumah Hana dan Siti (imarah AQ)..Sedap, diorang masak nasi ayam..Hari ni birthday Hana sebenarnya (juge birthday Jaa n Duan, n birthday sape tah lagi...Ramai birthday hari ni)..Sebelum gi rumah diorang tadi, sempatla aku pergi Baron beli kek..Gambar kek ade dalam camera Siti (nanti upload taw Siti)..Seperti biase, berbuka dengan buah kurma dan manis-manisan, then solat Maghrib berjemaah, then baru bersantap..huhu..Habes nasi n lauk semua kami makan..Alhamdulillah, rezeki..Lepas tu kami turun gi masjid terdekat (Al-Amin lau tak silap nama dia) untuk Isya dan Tarawikh..

solat tarawikh kat sini macam best..Cepat..Lepas solat Isya' takde doa2, terus bangun solat sunat, pastu Imam terus start tarawikh..tapi agak rindu la kat witir antara 2 rakaat tarawikh macam kat malaysia tu..kat sini tak ada..ermmm..pastu macam biaselah, antara 4 rakaat tu ada khutbah..Depends on Imam la, kadang2 khutbah pendek, kadang-kadang panjang..aku yang tak reti sangat amiyyah ni dengar macam tu jela, tak fahammmmm..huhuhu..Selesai 8 rakaat, terus je sambung dengan witir..aku paling suka doa Qunut yang imam tu baca masa Solat Witir..Syahdu, sayu je rase, menusuk qalbu, rase macam nak nanges puwn ada bila menghayati bait-bait rintihan yang antaranya "kau ampunkanlah kami Ya Allah, sungguh kami takut akan nerakaMu", "Kau bantulah saudara kami di Palestin dan Afghanistan Ya Allah.." dan banyak lagi bait-bait rayuan dengan nada yang mendayu-dayu..touching babe..

Ok lah..dah panjang berjela sangat entri aku kali nie..Sehingga aku mengupdate lagi..Selamat meneruskan puasa ye kawan2! Dan selamat menyambut Nuzul Quran..Hidupkanlah diri kita dengan Al-Quran~~

Wednesday, September 2, 2009

Haruman Award Pertamaku from Emotional Dumpster ...(Mmmmm..wangie...=))


Pertama : Appreciate this award, copy it and paste in my blog.....

So, inilah dia award harum yang telah aku terima...
Well...Thanx ya Cik Mashi.....Aku taw aku memang awesome orangnye dari dulu lagi...,(hohoho)...
Ok, now let me continue feeding your joy...


1 - 5 fakta menarik tentang pemberi award.....
Honestly sayang, aku terpaksa berfikir dengan sangat lama untuk cari points yang menarik tentang ko..Thats why la aku lmbt reply...n_n

1) 50% mature n 50% immature....sometimes she acts like a big sis, but sometimes she still acts more like a child...But that's what makes her "special" among us friend..cewwah!!

2) Appreciative....very2 appreciative...She aprreciates everyone and everything around her especially her family, her sayang, her friends n semua-semua laaa..
3) A big bully...(ouh, I think that everyone already knew this fact)...Tapi nilai dia sebagai seorang kawan jauh lebih besar compare to her evil side...
4) Addicted to microphone : dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang, suke sangat ber'kero'...tapi kalau part kena tarik-tarik suara tu,,,,"eh, ko tolong sambung part tinggi nie eh?"...>.<
5) Is a human...hahaha..ermmm..sbenarnya nak cakap, dia sangat comel whenever dia cuba nak cover her clumsiness..XDDDD (forgive me Mashi!)


2- Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima awards yang seterusya
Ø£ - Aku seorang yang amat sukar dijangka...Boleh jadi baik, boleh jadi nakal, boleh jadi ayu, boleh jadi ganas...Tapi aku budak baek je...Kan kan kan?
ب - Prinsip aku dalam pergaulan ialah sentiasa hormat dan berlapang dada...Aku tak akan layan makhluk yang tidak pandai mengormati makhluk lain....
ت - Aku suka menulis...Biarlah orang nak kata aku jiwang atau apa...Yang penting, aku suka menulis terutamanya sajak..Tapi aku ni bukan lah seorang yang berbakat dalam penulisan sebenarnya..Saja-saja menulis untuk diri sendiri..
Ø« - Penyabar dalam banyak perkara...Tapi kesabaran pun ada hadnya...Dalam diri aku ni ada semangat singa yang bila-bila masa saja boleh mengaum dan menerkam jika diganggu...Silap2, orang boleh menangis dengar aku naik suara masa hangin...(budak lelaki yang kena tengking ngan aku tu puwn terdiam and pucat..haha)

ج - Aku seorang yang sentimental...Barang-barang aku kebanyakannya ada nilai tersendiri dalam hidupku..Contohnya, sikat rambut yang aku pakai sekarang ni usianya menjangkau lebih 20 tahun,Mak aku beli untuk kakak aku masa diorang belasan tahun lagi..sekarang umur kakak aku dah melepasi angka 30..Dan sekarang memang tak terjumpa lagi di mana2 sikat macam tu..sebab tu aku syg sgt...lagi barang2 sentimental is selimut, beg, jam tangan, mangkuk, dan mcm2 lagi..
Ø­ - Aku anak bongsu tapi aku tak manja puwn dengan family..Aku lebih manja dengan kawan-kawan sebab kawan-kawan sentiasa memahami..huhu..(ada beza antara manja dengan mengada-ngada ok? Dan aku bukanlah kategori yang mengada-ngada itu, Insya Allah)

Ø® - Paling suka aktiviti masuk hutan..Panjat-panjat, abseiling, lepak2 kat air terjun yang tinggi-tinggi..Lagi mencabar lagi best and lagi susah untuk aku lupa perasaan tu..

د - Aku suka berkawan tetapi aku susah memulakan...biasanya, first impression orang terhadap aku is 'sombong'..Tapi, kalau da betul-betul kenal aku, tahulah aku ni macam mana sebenarnye..Dan aku sangat sayangkan kawan-kawan aku, kerana mereka lah aku masih mampu teguh berdiri...
Ø° - Mengumpat?? No way!!! Jangan ajak aku...Aku tak suke mengata orang belakang-belakang seperti mana aku tak suke orang mengata aku belakang-belakang..Kalau ada apa- apa khilaf aku, tak puas hati ngan aku ke apa ke, please tell me ok? Tak kisah la nak bagi surat layang ke apa ke..Tapi kalau boleh, tegur tu biarlah beradab..Semua orang pun ada buat salah kan?
ر - Outgoing! Insya Allah, kalau ada masa, ada rezeki, dengan izin parents aku, aku akan habiskan banyak masa bersama kawan-kawan, join apa-apa game or program...Dan aku sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan..Sebab tu di sebalik jubah atau baju kurung, pasti ade tersarung seluar...Lagi satu, pakai high heel tak semestinya tak boleh melompat menyeberang parit atau berlari main kejar-kejar..huhu..





3- Anda perlu memilih 10 penerima awards seterusnya dan describe tentang mereka
Fay Fayeen : Sungguh sempoi orangnye >.<

Cik Qiela : "Cik Nann...tolong gegar pintu bilik kite pkol 12 nnt eh?" 
Kinah : Kucing lagi nakal lagi best kan?
Hana : Pakar lilit tudung..
Ct : Peminat siti dia nie..
Jann : Suaranya jarang didengar tapi sebenarnya byk cerita..
Fazrina : Sentiasa bersemangat
Sya : Tak boleh duduk diam,,ade je projek dia
Puan Hawa : kakak paling sporting
Aina : sukarelawan asnanians batch kami yang dedicated


 Khalastu.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...