rama-rama

Friday, June 4, 2010

Asyik-asyik isu Palestin.. Apa penting sangat isu Palestin ni?

salam alayk..salam mujahadah..selamat membuka mata hati kalian...sedikit perkongsian ringkas..

astrangemuslim.blogspot_isu_palestin 

petikan artikel penulis ini :
 
"Pernahkah anda mendengar kisah bagaimana seorang khalifah mengugut untuk mengerahkan tentera sebanyak-banyaknya menyerang Rom kerana Rom telah menculik seorang wanita Islam? Inilah bukti praktikal tentang berharganya nyawa umat Islam."

"Tetapi sekarang? Jika seekor kucing diceritakan mati, mungkin dilanggar kereta, mungkin disepak, disiram air panas dan lain-lain, terlintas tak rasa simpati?"

"Tapi bila disiarkan dalam berita, sekeluarga Palestin terbunuh oleh serangan Israel.. Rasa apa-apa tak?"

"Bila hero sebuah drama dihina, ditindas, atau hero itu mati, berderaikah air mata kita? Terasa perit ke hati kita?"

"Sedangkan itu cuma kisah yang direka. 'Hero' itu sebenarnya sedang bahagia menikmati bayaran gaji hasil keuntungan lakonannya.. Tapi ribuan mayat di Palestin yang tidak bernama dan tidak berwajah? Mungkin tanpa kubur? Mereka ada keluarga? Ada anak? Ada ibu dan ayah? Ada sahabat yang menangisi ketiadaan mereka?"

"Bangkitlah dari mimpi wahai umat Islam.. Wahai umat manusia. Isu Palestin juga adalah isu kemanusiaan."


Siapa pun anda, sila baca post dalam link yang cempaka attach di atas ini sampai habis, walaupun jika anda non-Muslim..

kemudian, terpulanglah sama ada anda mahu click link-link di bawah ini pula atau apa-apa sahaja tindakan selanjutnya..







 




 klik untuk besarkan imej..betapa rakusnya Israhell menakluki Palestin


sila klik gambar untuk besarkan imej..bantuan anda amat diperlukan..mereka berhak menerimanya..


Sekadar perkongsian bersama..Semoga dapat disebarkan demi menaikkan semangat dalam diri..Maaf sebab cempaka tak dapat nak mengulas lebih lanjut..Tekanan oleh masa..

1 comment:

Muhammad said...

Assalamualaikum buat tuan empunya blog..

Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memaparkan link dari blog saya yang dhaif.. Semoga perkongsian ilmiah tersebut mampu membuahkan kesedaran yang lebih meluas dalam masyarakat pembaca.. Malah banyak lagi link yang berguna saudari paparkan, menjadikan artikel ini satu isu yang dapat dilihat dari pelbagai wajah yang luas. Jika saudari mendapati blog saya sepi selama hampir 6 bulan, insya-Allah kini blog saya sudah kembali digerakkan. Semoga Allah membalas segala kebaikan saudari. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...