rama-rama

Sunday, June 27, 2010

physiology, jangan nakal-nakal please....

*Amaran :
Entri ini dibuat di kala otak penulis sedang sakit..(erkk? Otak sakit? ke sakit otak?? bahaye tuh..Err..Jangan report aku ke tampoi pulak ye? Masih dalam kawalan ni..huhu)

Sabar lah wey..Dua je lagi ni..Physiology dan Biochemistry..Wahai otak, tolonglah bertahan, tolonglah ingat apa yang aku hafal ni..Dua je lagi ni..

Wahai physiology, tolonglah jangan nakal-nakal..Bila disuruh masuk dalam otak, tolonglah masuk..Sekarang bukan masa untuk main cak-cak ok? Bila waktu untuk masuk, kau masuk lah..Bila waktu untuk keluar pun, kau keluarlah baik-baik..Tapi lepas tu masuklah balik..Ok? Ok? Ok? OK lah pleaseeeeeee.....




Ya Allah, ampunilah segala dosa kami..Bersihkanlah hati-hati kami supaya dapat menerima ilmumu..Kuatkanlah diri dan ingatan kami..Kurniakanlah ilham dan peringatkan kami apa yg kami terlupa..Lembutkanlah hati duktur-dukturah kami..Semoga kami semua, pelajar pergigian seluruh mesir, terutamanya pelajar pergigian Mansurah, berjaya naik tahun dengan jayanya..Ameen~



Saturday, June 19, 2010

Artikel yang mengingatkan aku perempuan-perempuan itu..

Salam alayk..


Hasil pencurian sedikit masa, kali ni nak share satu artikel yang agak best. Aku copy' je ni, daripada notes ustazah aku masa sekolah dulu..Sumber sebenar gagal dikenal pasti..selamat membaca!




Saya teringat kepada perempuan-perempuan itu...

Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan. Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. 


Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian. Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan.

Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengagungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?


Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini. 


Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, mereka inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.

Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.

1) Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. 


Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.



2)Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. 


Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.



3)Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. 


ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.



4)Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.



5)Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. 


Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.



6)Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. 


Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. 


Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?





7)Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. 


Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?





8)Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. 


Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.





9)Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.





10)Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. 


Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.





11)Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. 


Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”





Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? 


Oh lelaki, hari ini..perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.




Semoga bermanfaat..


*tutup lap top buka buku..Ada 4 paper lagi..3 paper yang dah lepas agak menakutkan..Tawakkal sahajalah..Semoga Allah melembutkan hati duktur-dukturah kami dalam pemberian markah..amiin..*


Monday, June 7, 2010

yes yes! GO Iran!!

Aku baru baca satu berita yang kedengaran agak best..hihihihi..
Satu lagi kuasa besar nak join hantar aid ship ke Gaza.. Oh yeah! itulah Iran. Selain daripada laluan laut, mereka juga nak hantar aid melalui udara ke Egypt, then transfer ke Gaza. So, mari kita beramai-ramai mengikuti perkembangan menarik ni. Nak tengok bagaimana pemimpin mesir ni memberi kerjasama dengan Iran. (tergelak aku). Mana taknya, Mesir kan lebih sayangkan hubungan diplomatiknya dengan musuh Gaza itu. (hu hu hu).

Berita selanjutnya, korang bacalah sendiri okeyh? 

http://gulfnews.com/news/region/palestinian-territories/iran-red-crescent-to-send-three-aid-ships-to-gaza-1.637922


Gaza is calling for help..Do help by Boycott, Divestment and Sanction on Zionist!

*Tettttttt..oops! masa dah tamat..Aku kena kembali menghadap nota..Yosh!*

Fifa World Cup (This one is cool!) - Palestine Version (damn inspiring!!)

Saturday, June 5, 2010

The Importance Of Correct Language on Israel/Palestine





It is, dear reader, important that when discussing the Middle East and the Israel/Palestine Conflict, that you always use the right language. For example, as you may be aware, Israelis are never terrorists Palestinians by contrast are, as Melanie Phillips explained, a terrorist population.

In the interests of fairness and according to the rules of POLITICAL CORRECTNESS the following guidelines have been drawn up. Please make sure you use them.

Tony Greenstein

Rule # 1: In the Middle East, it is always the Arabs that attack first, and it's always Israel who defends itself. This is called "Retaliation" .

Rule # 2: The Arabs, whether Palestinians or Lebanese, are not allowed to kill Israelis. This is called "Terrorism"

Rule # 3: Israel has the right to kill Arab civilians; this is called Self-Defense" , or these days "Collateral Damage".

Rule # 4: When Israel kills too many civilians. The Western world calls for restraint. This is called the "Reaction of the International Community".

Rule # 5: Palestinians and Lebanese do not have the right to capture Israeli military, not even a limited number, not even 1 or 2. This is called "Kidnapping" .

Rule # 6: Israel has the right to capture as many Palestinians as they want (Palestinians: around 10000 to date, 300 of which are children, Lebanese:1000s to date, being held without trial). There is no limit; there is no need for proof of guilt or trial. This is called "War on Terrorism".

Rule # 7: When you say "Hezbollah", always be sure to add "supported by Syria and Iran". this is called: "Axis of Evil"

Rule # 8: When you say "Israel", never say "supported by the USA, the UK and other European countries", for people (God forbid) might believe this is not an equal conflict. This is called "Helping our Friends".

Rule # 9: When it comes to Israel, don't mention the words "occupied territories" , "UN resolutions" , "Geneva conventions" . This could distress the audience and is called "Anti-Semitism" .

Rule # 10: Israelis speak better English than Arabs. This is why we let them speak out as much as possible, so that they can explain rules 1 through 9. This is called "Neutral Journalism".

Rule # 11: If you don't agree with these rules or if you favor the Arab side over the Israeli side, you must be a very dangerous anti-Semite. Please learn the proper terminology and use it appropriately to maintain your job; this is called "Equal Opportunity Employment"














Rachel Corrie lies on the ground fatally injured by the Israeli military bulldozer driver. Rachel’s fellow activists have dug her a little out of the sand and are trying to keep her neck straight due to spinal injury. Picture taken at 4:47PM on 16 March 2003, Rafah, Occupied Gaza. Photo by Joseph Smith. (ISM Handout)

Rachel Aliene Corrie (April 10, 1979 – March 16, 2003)
 was an American member of the International Solidarity Movement (ISM) who traveled to the Gaza Strip during the Second Intifada. She was killed when an Israeli soldier drove his bulldozer over her as she protested against the destruction of Palestinian homes by the Israeli Occupation Forces in the Gaza Strip.
 Israeli Occupation Forces murdered Rachel Corrie, but they couldn’t kill her spirit.
Sekarang, fikirkanlah di mana kita? Apa yang dah kita lakukan untuk rakyat-rakyat Palestin yang sangat memerlukan? (macam sessi muhasabah diri pulak..tapi memang lah, tujuan cempaka menceritakan perihal mendiang Rachel Corrie ni adalah untuk kita sedar, kita buka mata dan menilai diri kita, termasuk lah diri cempaka sendiri)

Ok, berbalik pada perkembangan MV Rachel Corrie..And ada jugak perkembangan Flotilla sikit..Silalah rajin-rajinkan diri anda untuk baca.....Jangan risau, inshallah link-link di bawah ni datangnya dari media yang boleh digunapakai (maksudnya tak dimanipulasi mana-mana pihak)

Make no mistake, the MV Rachel Corrie was illegally commandeered by the Israeli military. Act itself was violent even if no one was hurt..

Sila berhati-hati ya dengan sumber maklumat anda..Perang media sedang berlansung (sila rujuk perkongsian daripada saudara Ashwad, wartawan Astro Awani..link dah ada kat atas-atas tu) 
Ini saja buat masa ni..saja nak rehat-rehat sekejap sebelum sambung study..
*Hands off*

Friday, June 4, 2010

Asyik-asyik isu Palestin.. Apa penting sangat isu Palestin ni?

salam alayk..salam mujahadah..selamat membuka mata hati kalian...sedikit perkongsian ringkas..

astrangemuslim.blogspot_isu_palestin 

petikan artikel penulis ini :
 
"Pernahkah anda mendengar kisah bagaimana seorang khalifah mengugut untuk mengerahkan tentera sebanyak-banyaknya menyerang Rom kerana Rom telah menculik seorang wanita Islam? Inilah bukti praktikal tentang berharganya nyawa umat Islam."

"Tetapi sekarang? Jika seekor kucing diceritakan mati, mungkin dilanggar kereta, mungkin disepak, disiram air panas dan lain-lain, terlintas tak rasa simpati?"

"Tapi bila disiarkan dalam berita, sekeluarga Palestin terbunuh oleh serangan Israel.. Rasa apa-apa tak?"

"Bila hero sebuah drama dihina, ditindas, atau hero itu mati, berderaikah air mata kita? Terasa perit ke hati kita?"

"Sedangkan itu cuma kisah yang direka. 'Hero' itu sebenarnya sedang bahagia menikmati bayaran gaji hasil keuntungan lakonannya.. Tapi ribuan mayat di Palestin yang tidak bernama dan tidak berwajah? Mungkin tanpa kubur? Mereka ada keluarga? Ada anak? Ada ibu dan ayah? Ada sahabat yang menangisi ketiadaan mereka?"

"Bangkitlah dari mimpi wahai umat Islam.. Wahai umat manusia. Isu Palestin juga adalah isu kemanusiaan."


Siapa pun anda, sila baca post dalam link yang cempaka attach di atas ini sampai habis, walaupun jika anda non-Muslim..

kemudian, terpulanglah sama ada anda mahu click link-link di bawah ini pula atau apa-apa sahaja tindakan selanjutnya..







 




 klik untuk besarkan imej..betapa rakusnya Israhell menakluki Palestin


sila klik gambar untuk besarkan imej..bantuan anda amat diperlukan..mereka berhak menerimanya..


Sekadar perkongsian bersama..Semoga dapat disebarkan demi menaikkan semangat dalam diri..Maaf sebab cempaka tak dapat nak mengulas lebih lanjut..Tekanan oleh masa..

Wednesday, June 2, 2010

Transkrip perbualan Ashwad & Zaiful secara langsung jam 11:50 pagi, di Astro AWANI Today at 2:19pm

Zaiful :Ini berita terbaru yang kami terima tentang Misi Bantuan ke Gaza di mana wartawan Astro Awani dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Abdul Latip telah pun dibebaskan oleh Israel hari ini dan kedua-duanya dan seratus lagi dihantar pulang ke sempadan Jordan menaiki 3 bas menerusi pintu sempadan Allenby yang bersempadanan dengan Jordan.
Dan di talian sekarang ini secara langsung dari Jordan, kita bersama dengan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani. Assalamualaikum Ashwad
Ashwad, satu perkembangan, satu berita yang amat menggembirakan bagi kami di Astro Awani dan saya pasti seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti siaran ini secara langsung. Pertama sekali bagaimana, apa yang Ashwad dapat kongsikan bersama kami di sini.

Ashwad : Apa yang saya dapat kongsikan bersama penonton, pertama sekali saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Duta Malaysia di Jordan dan seluruh masyarakat antarabangsa sebenarnya yang banyak berusaha untuk pembebasan ini. Dan apa yang dapat saya laporkan kesemua 12 krew ataupun kesemua 12 wakil Malaysia yang dalam misi bantuan ke Gaza ini semuanya selamat, semuanya agak keletihanan dan dehydrated. Dan pada masa sama, mesej yang sama juga seperti yang saya katakan iaitu berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya dikhabarkan, semuanya membuat doa selamat dan mejalankan solat hajat semata-mata bagi memastikan keselamatan kami terjamin.


Dan sedikit sebanyak, apa yang dapat saya kongsikan, mesej saya pendek saja iaitu dalam masa 24 hingga 28 jam ketika berada dalam tahanan Isreal. Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik 6 dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionist dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita.


Dan ketika berlakunya rampasan kapal, mereka bertindak seakan berdepan dengan ketenteraan, padahal pada masa sama, kita hanyalah orang awam


Zaiful :Saya ingin tanyakan kali terakhir kita bersama ataupun kali terakhir Astro Awani dapat berhubung dengan Ashwad adalah ketika Ahad malam dan selepas itu, mungkin Ashwad dapat imbas kembali apa yang berlaku selepas itu


Ashwad :Ketika saya habis, saya berlintas langsung melalui siaran langsung untuk Awani 745, dan malam itu saya menghantar email kepada barisan editor kita di Astro Awani untuk bersiap sedia untuk Awani 745 keesokan harinya pada hari Isnin.

Tetapi pada jam 11 malam kami sudah bersiap sedia sepenuhnya di mana kami mendapat laporan tentera-tentera Israel dengan segala keperluan pertahanannya mengepung kami daripada sepatutnya 40 batu ke kawasan masuk ke kawasan perairan Israel tetapi mereka memperluaskan ke kawasan ketenteraan hingga 68 batu jadinya setibanya kami dalam kawasan perairan.
Israel mula mengepung 11 malam, 2 pagi Israel mula menghampiri dan 4.30 pagi mereka menyerang dari segenap pelosok , termasuk 14 bot kesemuanya 8 kapal tentera laut, 19 bot tentera navy dan juga komando, 3 helikopter Apache dan sebagainya turun dari dek atas dek tepi, kiri kanan di mana kawasan kita adalah kawasan NGO-NGO kita kawasan kerjasama NGO Malaysia dan Indonesia seramai 24 orang, 20 orang kesemuanya menjadi front liner dibahagikan tepi dek kapal dan mereka diserang bertubi-tubi dan alhamdulillah saya dan jurukamera Shamsul terselamat dari tembakan di mana peluru hidup digunakan.
Hanya di sebelah dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya. Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah Zaiful dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku dan saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami membawa orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan.

Zaiful : Ashwad, bagaimana dengan keadaan Shamsul?



Ashwad :Shamsul alhamdulillah dalam keadaaan sihat. Kami terpisah sebenarnya, saya dan Shamsul terpisah semenjak saya digari oleh fibre tight atau dalam bahasa Melayunya seakan-akan gari itu tapi diikat tangan kedua-dua belah tangan saya di mana Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu. Dan hari ini, kami masuk ke kawasan Jordan di sempadan Jordan Israel alhamdulillah di Jambatan Syem syem kami dipertemukan semula.


Zaiful :Baik pelbagai laporan dikeluarkan media antarabangsa dan juga kenyataan yang dikeluarkan Isreal sendiri, Israel mengatakan, menuduh terdapat senjata tajam dan sebagainya yang digunakan yang memaksa askar mereka untuk melepaskan tembakan dan sebagainya. Ashwad yang berada dalam kapal ketika itu, apa reaksi Ashwad pada kenyataan ini.


Ashwad :Bukan senjata tajam yang digunakan tetapi hanyalah air untuk mengelak mereka menyerang ke atas kapal. Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara. Jadi saya tidak nampak apa senjata tajam yang digunakan. Melainkan mereka sudah mula melepaskan tembakan, itulah senjata yang terpaksa mereka gunakan iaitu besi-besi yang terdapat di atas kapal bukan senjata berbentuk pisau, parang, pedang samurai dan sebagainya tetapi menggunakan pisau sahaja.


Zaiful :Mungkin Ashwad boleh kongsikan selepas ini apa perancangan dari pihak kedutaan kita di Jordan apa penerbangan, jadual penerbangan pulang dan sebagainya.


Ashwad : Itu kami akan mengadakan satu mesyuarat dan Datuk Malek sendiri akan memberi maklumat dan kami baru saja bertemu dan sebarang maklumat kami akan hubungi Kuala Lumpur.


Zaiful : Mungkin soalan terakhir dari kami di sini, layanan yang diterima Ashwad di Jordan kini dan mungkin pada waktu ketika di Ashdod dan sebagainya.


Ashwad : Layanan yang diterima Zaiful oleh pihak Israel maksud Zaiful?

Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik 6 dekad Palestin-Israel, bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam dan mesej itu saya harap para penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya

Zaiful : Terima kasih Ashwad, kami menanti kepulangan dan juga rakan-rakan yang lain. Sampaikan salam kami dan ucapan terima kasih dari kami di Astro Awani dan juga keluarga.


Ashwad : Zaiful, sampaikan juga salam kami, saya dan juga Shamsul Kamal pada ibu bapa kami. Cakap kami dalam keadaan sihat walfiat.


Zaiful :Ya, Insya Allah dan terima kasih pada kedutaan kita di sana kerana membantu rakan-rakan kita. Ashwad dan juga rakan-rakan kita NGO dan aktivis yang lain untuk dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Tuesday, June 1, 2010

of 31 May 2010

Whenever you read on the news that "Israelis were wounded" read this article :



Ini adalah perkara yang sangat serius! Tapi dipandang enteng oleh sesetengah daripada kita..kenapa??? sebab yang terkorban bukan ibu bapa kita? bukan kawan baik kita? bukan adik beradik kita? bukan anak-anak kita?


Warga Eropah lantang bersuara..Kita di mana? 


http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/06/20106133254496419.html 


Ada sesuatu yang kita mampu lakukan.. Ada pengajaran besar di sebalik peristiwa lautan berdarah 31 Mei 2010..Jom Baca apa yang tertulis di sini :




Dalam pada itu, Israel lahanat masih sempat menyebar video2 juga gambar2 propaganda..kami yang mengikuti Flotilla secara livestream dari atas kapal pastinya tertawa..Betapa kelakarnya Israel..Lawak pathetic, kaum terencat! Sememangnya raja putar belit, raja dusta, anjing gila juga lebih mulia daripada mereka



Adakah kita masih akan berdiam diri? Dalam hati kesian kesian kat orang Palestin..Adakah cukup dengan rasa simpati? Cukup menghulur derma? Ayuh kita sama-sama bersatu hati, bangun malam hari jangan terus blogwalking sebaliknya ambil masa untuk bertahajjud dan solat hajat! 

Salahuddin Al-Ayubi pernah berkata  kpd askar-askarnya yg tidak bertahajjud : 
"kalianlah punca kekalahan kita dimedan peperangan"
"kalaulah solat subuh seperti solat jumaat , Islam pasti menang"


Let us dont stop praying..Tak kira anda berbangsa atau beragama apa..Let us pray together for the sake of humanity!


And for Muslims, amalkanlah doa juga Qunut Nazilah..
Qunut ini dibaca saat umat Islam ditimpa kesusahan atau bencana..Doa dengan penuh pengharapan..Mudah-mudahan akan tiba pertolongan Allah..Insya Allah..


maksudnya :
"Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka.. Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kami ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa ,wahai Tuhan Yang Yang bersifat Murka, YaAllah (3x), wahai Tuhan Yang Menurunkan Al Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab ,kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.. Ameen~~"

- Boleh diamalkan di tiap2 solat fardhu ketika umat Islam di timpa bala..
dibaca selepas iqtidal selepas ruku' rakaat terakhir..-


Dan sebagai selemah-lemah perjuangan kita juga..Ayuh boikot!!
Makanan :

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.

Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.

Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.

Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.

Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California

Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya

Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.

Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.

Minyak Sayuran Rawabi, Fern

Makaroni Columbus, Hayo

Chipsy, Delta
------------------------------------------
Super Market, Sainsburry, Heiz, Edge, Tesco
------------------------------------------
Kedai Makan/Restoran : McDonalds,  Tikka, Kantis, Arby's, Pizza Hut, Chicken Tikka, Paradise, McBurger
------------------------------------------
Alat Pencuci dan Kecantikan :

Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.
Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.
Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri : Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga :
Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya., 
Syarikat Revlon Make-up, Syarikat East In Sambel, Syarikat Beverly Hills,  Syarikat Sitreen
---------------------------------------
Bahan Tenaga : Bateri Kenderaan Milestone, Bateri Kenderaan Powder,  Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready... dan sebagainya.
--------------------------------------
Alatan Sukan : Nike, Universal, Power, Paramount,  Youngers
--------------------------------------
Pakaian : Jean's Basic, Kelvin Klein, Levi's,  Basic , Ralph Lauren
--------------------------------------
Alatan Pejabat : Syarikat Delta Egypt, Parker Schiffer, Pen Schiffer, Higher
--------------------------------------
Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat : Mac, IBM, Intel , Uracel, Nokia , Motorola , Digital


Doakan juga saudara-saudara kita yang berani ini selamat..

Juga doakan perjalanan mereka ini selamat dalam meneruskan misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza..DO SUPPORT!!



Sesungguhnya cempaka sangat sedih bila hanya sedikit daripada kita yang mengambil berat soal ini...
Ketahuilah bahawasanya tidak sempurna iman sesorang Muslim itu melainkan setelah dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri..
Dan setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara! Mereka ini saudara kita!!

Dan sesiapa yang masih bergelar mahasiswa/wi, ada tanggungjawab penting yang harus kita laksanakan..Ilmu yang kita timba ini adalah milik-Nya..Suatu hari nanti, kita harus menyirami jalan-Nya dengan ilmu itu..
Allahu Akbar!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...