rama-rama

Wednesday, December 11, 2013

harus bagaimana aku?

Perhentian Kecil



akhir ini aku,
lelah dengan duniaku.
lemas dengan sekelilingku.

aku mahu sendiri.
aku perlu waktu untuk diriku.
aku perlu ruang untuk berlari dengan caraku.
aku perlu sedikit masa untuk mengatur nafasku.

ada ribut dalam jiwaku.
membentak. merusuh.

diam! 

kembalikan warasku.

apa yang aku perlu,
kembali pada hakikat.
inilah hidupku.
kehidupanku, beginilah.
terima.
redha.

mungkin memang benar,
aku perlu masa.
masa untuk tuhan pengatur segala.

sabar.
tuhan takkan biarkanku.







*untuk yg terdekat dihatiku, yang menerima segala tempias emosiku, terima kasih*



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...