rama-rama

Saturday, November 14, 2009

RINDU

Hembusan bayu rindu menyapaku...
Mak..
Ayah..
Wan..
Along..
Angah..
Abang De..
Kak Teh..
..
AKu rindu saat duduk semeja makan bersama sesekali berjenaka ceria tertawa penuh suka..


Nor Aqilah Huda
Mohd Alfi Rohmi
Nor Azra Fakhirah
Mohd Amsyar Nabil
Qisya Sofea


Aku rindu memanjakan mereka..suara kecil mereka memanggilku untuk melayani mereka maseh begitu jelas..aku mahu peluk mereka erat..


Mohamad Amirul


Aku rindu kata-kata semangat dan perhatiannya..


 Aku rindu Nurul Nadhrah, dialah yang begitu memahamiku...
Aku rindu Nur Mashidah, dia sangat mengenaliku..
Aku rindu Haji Mohd Ariff, dialah yang melentur sikapku..
Aku rindu Mohd Hanif, dia begitu sabar melayani karenahku dulu..
Aku rindu Saiyid, dia setia berkongsi cerita denganku..
Aku rindu Tengku Myra, Jaja, Azlee, Nadia Hanim, mereka tak pernah buatku rasa terasing..

Juga aku rindu sahabat2 sejatiku yang masih setia menjadi sahabatku sehingga kini. 
Aku rindu saatku belajar erti mematangkan fikiran di zaman sekolah menengah..
Aku rindukan suasana belajar bersama rakan2 yang sentiasa membina..Aku rindu akan sahabat2 yang sentiasa menegurku bila aku tersalah,memberiku peringatan saatku terleka, memberiku semangat saatku lemah, bersorak untukku saatku sedang berusaha, berkongsi pandangan saatku perlu..Aku rindu sahabatku yang telah menerima diriku seadanya..Aku rindukan sahabat2 yang sentiasa mahu berjaya bersama, hingga waktu itu aku tidak kisah kesekolah awal pagi dan pulang ke rumah hanya pada malam harinya demi kerjasama menjayakan usaha tanpa putus asa..Aku rindu akrabnya persahabatan kita dulu..


Aku juga rindu rakan sepasukan ku di kolej..Aku rindu berlatih bersama mereka tidak kira siang malam..Aku rindu keluhan2 penat dan sakit apabila kaki melecet..Aku rindu mereka yang begitu mengambil berat akan rakan sepasukan..Aku rindu kita membina semangat bersama..Aku rindu saat kita berkampung untuk bertanding..Aku rindu segala yang kita lalui untuk membuktikan bahawa kami juga mampu sedang tiada yang percaya..Aku rindu senyuman tatkala kita semua menerima pingat itu..Aku rindu setiap saat bersama mereka..

Sungguh aku rindu setiap saat yang kulalui bersama setiap ahli keluargaku, setiap sahabatku, Aku turut rindu perjuangan tahun pertamaku bersama sahabat2 disini..Percaya atau tidak, aku juga rindu saat di lab dan bilik kuliah tadi bersama sahabat sekelasku..haha..
sesekali layan rindu..
adessssssss...

3 comments:

anaklaut said...

salam..


Kerinduan tanpa batas menghantui hari-hariku menembus
alam dimensi fikiran ku…….
Kerinduan tanpa batas membawaku jatuh ke garis titik nadir
kehidupan ini…

Sepatah kata rindu yang terucap dari suara hati ku terbawa oleh angin malam dalam mimpi indah mu…..
Semakin berulang kali kata rindu terucap dalam benak ku,
semakin aku terbangun memikirkan mu….

Rasa rindu ini berkecamuk dalam sanubari ini membuat raga ini tak berdaya melawan bayang – bayang wajah mu yang selalu mengikuti ku….
Semakin hari rasa kerinduan ini merusak sayap-sayap patahku, Semakin aku terbang jauh ke langit ketujuh lalu jatuh terhempas kehadapanmu…

Sebuah kata rindu yang tidak dapat dilukiskan oleh seribu bait-bait syair seorang pujangga tanpa nama….
sebuah kata rindu yang tidak dapat diukir oleh seribu pahatan seorang seniman tanpa nama……………

biarlah senandung kisah rindu ini menemani khayalan ku…..
saat aku berbicara pada dinding – dinding kamar menyebut nama mu selalu……

r h h m said...

xde pun nama aku..ishk2.

whiteCempaka said...

ila R.H.H.M...sorry tak terletak name semua...
tp ni siape ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...