rama-rama

Tuesday, February 19, 2013

bertatih semula

Salam alayk ^^

Oh, kekok rasanya bila dah terlalu lama tidak menconteng disini.
Dua tahun jemari ini bercuti.
Banyak yang ingin dikongsikan,
tapi tak tahu mahu bermula dari mana.

Dah taip-taip, separuh jalan, delete semula.

Demikian lah berkali-kali.


Padan muka diri sendiri,
pena dah tumpul,
lama sangat dibiar tidak berasah.

*diam*

Tak apa, perlahan-lahan.
Nanti ok lah ni :)

Sunday, February 17, 2013

Bertemu kembali

Assalamualaikum, hello, hai !

Sedar tak sedar, dah lama sangat penghuni blog ini menyepi. Lama sangat-sangat. Sepanjang musim menyepi ni, banyak yang Cik White Cempaka lalui *masih cik ya disitu :p*.

Ada satu keputusan yang besar yang telah dibuat, satu major turning point dalam hidup, yang telah menempatkan aku dimana adanya aku sekarang.

Setelah berbulan-bulan perbincangan dengan yang rapat, berbekalkan tawakkal atas istikharah bermalam-malam, akhirnya aku disini.

Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
Tahun dua.
Bachelor (hons) of Homeopathic Medical Science (BHMS).

Ya, aku pelajar disini sekarang.
Di Cyberjaya.
Di Malaysia.

Kenapa?
Jawapan yang mampu aku pendekkan, health issues.
Kalau nak tanya detail, aku sendiri susah nak explain. Cuma, apabila dicari2 hujung pangkalnya, semuanya akan kembali pada Dia yang diatas juga.
Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik.


Dan, aku bersyukur kerana berpeluang mendalami ilmu perubatan yang ini. Insya Allah nanti akanku selitkan sedikit2 perkongsian dari apa yang aku pelajari.


Selamat bertemu kembali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...