rama-rama

Monday, May 31, 2010

the COWARD ZIONIS!!

Salam alayk..

Rasenye masih ada yang belum tahu perkembangan terkini, since rasenye ramai rakyat Malaysia tak peduli pun on the Freedom Flotilla Humanitarian Aid Convoys To Gaza..

Awal pagi tadi, kapal2 convoy telah diserang oleh Israel, lebih daripada 16 terkorban, lebih 50 cedera..

Ni ada rakaman bagaimana Israel ambil alih kapal secara paksaan pagi tadi..

 http://www.youtube.com/watch?v=BYRlomVGY3g

Cempaka mengikuti pekembangan mereka secara live di IHH Insani Yadrim Vakfi , jd cempaka sangat emosi..

Cempaka juga mengikuti perkembangan di Twitter..
https://twitter.com/sahabatalaqsha 

 https://twitter.com/#list/abahsn01/gaza

 https://twitter.com/DarthNader

Israel begitu berusaha memutuskan hubungan komunikasi..

Sekarang mereka semua telah ditawan secara paksa oleh zionis jahannam, termasuk rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia yang menyertai konvoi bersama lebih kurang 700 peserta konvoi lain menaiki kapal Mavi Marmara..


Sehingga kini, mereka masih gagal dihubungi dan status mereka masih tidak diketahui..


Hal ini adalah perlu diambil perhatian oleh semua manusia yang ada akal, punya adab dan tamadun..Israel sudah melampau dengan menyerang orang-orang yang datang dengan tujuan baik..

Konvoi ini datang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza, tanpa sebarang senjata..
Malangnya mereka telah diserang dan ditawan di perairan antarabangsa..PERHATIAN : konvoi masih belum memasuki perairan kawalan tentera Israel ketika Israel menyerang mereka secara tiba-tiba..


Mohon semua orang menyokong usaha-usaha menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza..


boleh layari laman ini :


http://gazafreedommarch.org/cms/en/flotilla.aspx#


Untuk berita boleh layari sini :


http://english.aljazeera.net/


Mohon juga agar kita sama-sama berdoa tanpa putus-putus sebab itu satu-satunya senjata yang kita ada sekarang..Siapa yang di tanah air, minta tolong ambil tindakan yang sewajarnya.. Rakyat kita masih dalam tawanan mereka!


semoga Allah menghantar malaikat-Nya utk menghancurkan tentera zionis..
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel~
ameen..


WAKE UP!!! THIS IS WORLD EMERGENCY!!

Friday, May 28, 2010

practical exams? CHECK!! written exams???? @_@ musim panas?? EXTRA PRECAUTIONS!!

woot wooootttt~!!!

setelah sekian lama cempaka berpuasa from blogging, ari ni cempaka nak curik masa sikit la...rindu kowt kat blog ni..huuuuu~

erm, cempaka dah habis exam praxtical..Alhamdulillah rasanya ok lah, cempaka rasa boleh buat..Insya Allah ok lah..

Tapi yang merisaukan adalah exam written yang akan bermula 12/6 nanti..dah tak lame dah (tapi aku tak ready lagi macam mane ni? T_T)

Tapi cempaka tak nak cerita pasal study lah, sakit mental oh..cempaka nak cerita soal beberapa perkara berbangkit yang berlaku di sekitar cempaka di musim peperiksaan..

Pertama, emosi/ perasaan atau yang seangkatan dengannya..

hurm, macam biasa lah, bila musim exam, semua orang jadi homesick (especially overseas student la) sangat2.. tibe2 jadi emosi, ada yang jadi super extra sensitive..

ubatnya? Hablu minALLAH wa hablu minannas iaitu jagalah hubungan dengan ALLAH dan juge hubungan sesama manusia..
Soal hubungan dengan Allah, rasenye semua pun dah tahu..Yang menjadi masalah adalah hubungan sesama manusia..
ramai yang suka bertapa dalam bilik time2 nak exam ni..
tapi sekali sekala kena keluar bersosial jugak..berbual2 dgn kawan2 sambil beriadah atau masak atau apa2 sahajalah..ini penting supaya kita akan rasa lebih kuat di hati..percayalaaaaaah *nada lagu dato' siti*..


Kedua, tanggungjawab terhadap ehli beyt (housemates la)..


Time nak dekat exam, kite memang sangat sibuk study..takut sangat tak sempat study habis sbb terlalu sangatlah banyaknya..Tapi hal rumah tak boleh diabaikan..
Terutamanya tugas memasak, membersih rumah membeli barang-barang dapur dan keperluan rumah, etc etc..
Memang perkara sebegini akan ambil masa kita, tapi ikhlaskanlah hati..Betulkan niat sebelum memulakan apa2 jua pekerjaan..Insya Allah, Allah takkan membiarkan kita jika kita melakukan sesuatu ikhlas keranaNya, untuk menjaga hak sahabat2 kita, hak hamba2Nya yang lain..


Ketiga, cukuplah cempaka membebel dua ni je dulu..Banyak2 pun nanti orang tak baca..haha..


Sekarang nak share beberapa aktiviti kanak-kanak gigi..erkks? beberapa? satu sudeyh la..laen2 tunggu after exam ok? *cempaka sila fokus!*


Baru-baru ni birthday classmate kitorang..nama dia Dante Fullbuster Zulhazman..Tapi memandangkan time tu kami semua tengah sibuk2 exam paractical, ade yang tak online langsung pun, so ada la yang tak terperasan bila birthday dia..kesian dia..

tapi last day exam practical kami tu, kami the whole class dapat jemputan untuk ke restaurant Tawargi - restaurant seafood yg fofular kat mansourah ni..dante mahu belanja..

kitorang : biar betul Dante nak belanja Tawargi? Mahal kowt..


Tapi itulah, dia memang sangat bermurah hati..makanan penuh atas meja dari hujung ke hujung kot..tak percaya? hah, tengok ni!


bila makanan baru sampai

semua dah bulat2 mata tengok sangat banyak makanan terhidang

ikan ni seekor untuk seorang ok

syurbah seafood (soup) sangat sedap..

udang dan sotong goreng kitorang makan macam snack ;D

inilah Dante, the birthday boy..
Happy 19'th Birthday Dante!
Semoga murah rezeki kau..

adik dante dengan gigian's hot babes

kitorang semua sangat berterima kaseh dengan dante..lebih 1k dia habis untuk kitorang malam tu kowt..terkejut kitorang bila dapat tahu..


Apa-apa pun, didoakan agar semua kanak2 gigi batch 08/09 najah dengan mumtaznya dalam imtihan akhir sanah 2010 ni..ameen~
sayang semua lah~! =)


ok itu saje aku nak update..*pasal makan laju je cempaka update kan? hihihi..(gelak comel2)*




p/s : sekarang musim panas, sila lebih berhati2 dengan pak2 arab juge mamat2 arab okeyh gurls?!


p/ss : jangan lupa doakan juga Freedom Flotilla selamat pergi dan pulang..yang penting bekalan yang mereka bawa selamat sampai ke tangan yang berhak iaitu saudara2 kita di Palestin..*jahanamlah kau zionis!* 
link untuk mengikuti Freedom Flotilla :
1. Lifeline4Gaza
2. Free Gaza
3. Witness Gaza
Sumbangan derma daripada anda amatlah dialu-alukan..

p/sss : untuk gadis muslimah yang cantik, suka menggayakan tudung style arab dengan bersanggul tinggi trend sekarang? ada sedikit perkongsian daripada cempaka dan kawan-kawan..

 Rasulullah s.a.w bersabda:

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Renung-renungkan dan selamat beramal =)

Cempaka kembali ke gua untuk bertapa zZzZzz *eh apsal tidur pulak?? study lah cempaka weyh~!!*

*hands off*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...