petang ni aku curik sikit masa untuk mengumumkan bahawa tuan rumah blog ni tak ada di rumah buat sementara waktu untuk menziarahi buku nota tetangga sekalian memandangkan tak lama lagi bakal berlansungnya pertandingan memerah otak yang mana persaingannya sangatlah sengit sampai semua peserta hampir jadi senget sekarang ni..tsk >.<
doakan kami semua ye? kami nak mumtaz! sebab kami NAK BALIK MALAYSIA =))))
tapi, dlm masing2 sibuk nak exam ni, sempat lagi faculty suruh kitorang buat event..so dalam segala ala kadarnya *sgt ala kadar sebab budget tak banyak dan masa pun limited untuk buat preparation*, kami pun buatlah..
event : Dentist Malaysian Day
Date : 7th April 2010
Venue : Faculty of Dentistry, Mansoura University
Time : 9.00am - 2.00pm
Alhamdulillah, we could say that event ni is a great success sebab ni first time kitorang buat n dapat sambutan n comment2 yang sgt menggalakkkan walaupun event ni boleh kate memang sempoi habes la..tengoklah sendiri >>
ada satay, nasi impit, kuah kacang, kuih ketayap, kuih cara manis, kuih siput, bahulu, karipap, kuih batik, nasi lemak..
model pengantin olok2..comel kan mereka? hihi..
-penyampaian cenderahati kepada Mdm Yuna- Vice Dean Faculty of Dentistry Mansoura Uni-
pagi tu ada acara dewan serba ringkas..nyanyian lagu negaraku, tayangan video pengenalan kepada Malaysia, fashion show beridentitikan Malaysia..
antara model2 yang menjayakan fashion show..kecuali yg pakai tag- AJK protocol..aku sangat beruntung dapat kawan2 yang chantek2 dan baik2 dan pandai2..*erkkss..terasa rendah bila berdiri disamping mereka2 yang dah sedia tinggi berkasut tumit tinggi lagi..isk*
buruk gile kan? hahaha..lantakkk..yang penting mereka dah nampak Malaysia ni macam mana..
errr..kalau ternampak apa2 yang pelik tu buat2 tak nampak jela k? hehehe =P
pameran booth yang memang sangat buruk la bagi aku..haha..cume main copy, paste, print, gunting, tampal..teks berjela2..kalau kat malaysia buat macam ni konfem dah kena kutuk kaw2..haha..*takpe ke aku kutuk ni? takpe je sebab aku la yang buat semua ni..hahahaha..tak sempat lah nak buat best2..tapi takpe, misi memperkenalkan Malaysia dah berjaya..sekarang mereka tak lagi pandang rendah kitorang =)
next year kite buat lagi gempak ok?
kawan2 mesir
under pameran booth ni jugak, aku dengan rakan sekerja berusaha cari congkak, pinjam from akak dirasat..nasib baik ada..batu seremban pun ada..dapatla main dengan pelajar2 n doctor2 egypt ni =))
bila mamat arab bersimpuh main congkak =)))
di satu sudut, kitorang ade buat pameran baju2 tradisional koleksi sendiri..so ada la mamat2 n minah2 arab ambil kesempatan melaram n bergambar dengan baju2 kami ni..mereka gembira kami pun suka..kami ada letak baju melayu, baju batik, baju kurung, baju kebaya, cheong sam..sari je takde sebab tak bawak from malaysia..ada sesiapa nak hadiahkan sari tak?
acara selingan, persembahan silat dan tunjuk ajar sepak raga
senior2 aku dengan kawan2 arab mereka
proud to be malaysian! =)
menara berkembar petronas dah sampai egypt..hihihi..credits to our juniors yang buat model petronas twin tower ni..thanx korang!
keramahan pelajar Malaysia membuatkan pelajar arab tertarik untuk lebih mengenali Malaysia
para AJK yang berusaha gigih sampai tak tido malam untuk menjayakan event ni..cayalah korang!
3 dari kanan (tudung hitam pegang bendera) merupakan pengarah event ni..mantap!
Alhamdulillah..syukur sangat2 sebab dalam kesederhanaan event ni, dalam kekurangan sana-sini, pelajar2 dan Doctor2 faculty kitorang sangat enjoy dan nak kitorang buat lagi next year..Insya Allah..
ok, dah khalass entri first time ever Dentist Malaysian Day 2010 yang serba ringkas di mansoura ni.. tunggu sehingga aku habis exam dlm bln 7 nanti Insya Allah, baru aku akan update..Semoga anda semua dilindungi Allah selalu..dan semoga usaha aku dan sahabat handaiku tak sia2..jom MUMTAZ bersama~!!
sehingga berjumpa lagi~!!!!
=)))