rama-rama

Sunday, April 11, 2010

Dentist Malaysian Day dan Pengumuman Penting

salam alayk =))

petang ni aku curik sikit masa untuk mengumumkan bahawa tuan rumah blog ni tak ada di rumah buat sementara waktu untuk menziarahi buku nota tetangga sekalian memandangkan tak lama lagi bakal berlansungnya pertandingan memerah otak yang mana persaingannya sangatlah sengit sampai semua peserta hampir jadi senget sekarang ni..tsk >.<

doakan kami semua ye? kami nak mumtaz! sebab kami NAK BALIK MALAYSIA =))))

tapi, dlm masing2 sibuk nak exam ni, sempat lagi faculty suruh kitorang buat event..so dalam segala ala kadarnya *sgt ala kadar sebab budget tak banyak dan masa pun limited untuk buat preparation*, kami pun buatlah..

event : Dentist Malaysian Day
Date : 7th April 2010
Venue : Faculty of Dentistry, Mansoura University
Time : 9.00am - 2.00pm

Alhamdulillah, we could say that event ni is a great success sebab ni first time kitorang buat n dapat sambutan n comment2 yang sgt menggalakkkan walaupun event ni boleh kate memang sempoi habes la..tengoklah sendiri >>

ada satay, nasi impit, kuah kacang, kuih ketayap, kuih cara manis, kuih siput, bahulu, karipap, kuih batik, nasi lemak..

model pengantin olok2..comel kan mereka? hihi..

-penyampaian cenderahati kepada Mdm Yuna- Vice Dean Faculty of Dentistry Mansoura Uni-
pagi tu ada acara dewan serba ringkas..nyanyian lagu negaraku, tayangan video pengenalan kepada Malaysia, fashion show beridentitikan Malaysia..

antara model2 yang menjayakan fashion show..kecuali yg pakai tag- AJK protocol..aku sangat beruntung dapat kawan2 yang chantek2 dan baik2 dan pandai2..*erkkss..terasa rendah bila berdiri disamping mereka2 yang dah sedia tinggi berkasut tumit tinggi lagi..isk*

buruk gile kan? hahaha..lantakkk..yang penting mereka dah nampak Malaysia ni macam mana..

errr..kalau ternampak apa2 yang pelik tu buat2 tak nampak jela k? hehehe =P

pameran booth yang memang sangat buruk la bagi aku..haha..cume main copy, paste, print, gunting, tampal..teks berjela2..kalau kat malaysia buat macam ni konfem dah kena kutuk kaw2..haha..*takpe ke aku kutuk ni? takpe je sebab aku la yang buat semua ni..hahahaha..tak sempat lah nak buat best2..tapi takpe, misi memperkenalkan Malaysia dah berjaya..sekarang mereka tak lagi pandang rendah kitorang =)
next year kite buat lagi gempak ok?

kawan2 mesir

under pameran booth ni jugak, aku dengan rakan sekerja berusaha cari congkak, pinjam from akak dirasat..nasib baik ada..batu seremban pun ada..dapatla main dengan pelajar2 n doctor2 egypt ni =))

bila mamat arab bersimpuh main congkak =)))

di satu sudut, kitorang ade buat pameran baju2 tradisional koleksi sendiri..so ada la mamat2 n minah2 arab ambil kesempatan melaram n bergambar dengan baju2 kami ni..mereka gembira kami pun suka..kami ada letak baju melayu, baju batik, baju kurung, baju kebaya, cheong sam..sari je takde sebab tak bawak from malaysia..ada sesiapa nak hadiahkan sari tak?

acara selingan, persembahan silat dan tunjuk ajar sepak raga

senior2 aku dengan kawan2 arab mereka
proud to be malaysian! =)

menara berkembar petronas dah sampai egypt..hihihi..credits to our juniors yang buat model petronas twin tower ni..thanx korang!

 keramahan pelajar Malaysia membuatkan pelajar arab tertarik untuk lebih mengenali Malaysia

 para AJK yang berusaha gigih sampai tak tido malam untuk menjayakan event ni..cayalah korang!
3 dari kanan (tudung hitam pegang bendera) merupakan pengarah event ni..mantap!


Alhamdulillah..syukur sangat2 sebab dalam kesederhanaan event ni, dalam kekurangan sana-sini, pelajar2 dan Doctor2 faculty kitorang sangat enjoy dan nak kitorang buat lagi next year..Insya Allah..

ok, dah khalass entri first time ever Dentist Malaysian Day 2010 yang serba ringkas di mansoura ni.. tunggu sehingga aku habis exam dlm bln 7 nanti Insya Allah, baru aku akan update..Semoga anda semua dilindungi Allah selalu..dan semoga usaha aku dan sahabat handaiku tak sia2..jom MUMTAZ bersama~!!

sehingga berjumpa lagi~!!!!
=)))

Sunday, April 4, 2010

Entri 1 minit (2)

Kelebihan sangka baik.

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dlm Masjidil Haram dan aku melihat seorang faqir sedang meminta sesuatu. aku pun berkata dlm hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia." Tiba2 dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yg ada yg berada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(235: Al-Baqarah) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku. Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah tuhan yg menerima taubat daripada hamba2nya dan memaafkan kesalahan2" (25: as-Syura) Kemudian dia hilang begitu sahaja dr pandangan.

ulasan: Firman Allah "Hai org2 beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adalah memberi dosa..."
(12:Al-Hujarat)

Wednesday, March 31, 2010

Pemergian mereka

salam alayk..

dengan lafaz basmalah, aku mula mencuri sedikit masa untuk menconteng di sini kali ni..

aku ingat lagi, perkhabaran yang aku terima dalam bulan Ramadhan yang lalu..Berita perginya seorang sahabat seperjuangan ketika di bangku sekolah dulu..Arwah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, diambil nyawanya pada hari Khamis malam Jumaat itu..

Aku bukanlah teman rapat arwah..tapi masa aku di tingkatan 3, aku berpeluang menyelami hati budinya..Sungguh, arwah seorang yang baik..kemudian, kami terpisah semasa di tingkatan 4 (2005)..aku tukar sekolah..

Kali terakhir aku terjumpa arwah, kami berselisih di perkarangan Public Library Negeri Pahang yang antik di Kuantan tu..tahun 2007..kami bertanya khabar, tapi ridak dapat berbual lama sebab masing2 ada hal..Siapa sangka, itulah pertemuan terakhir..Kami tidak punya rezeki untuk berjumpa lagi..

Dan aku dapat tahu, arwah merupakan seorang guru KAFA sebelum pergi menghadapNya..Ya Allah..dia adalah mujaheed di hati kami yang mengenalinya..Semoga rohnya diangkat sebagai assyaheed disisiMu Ya Allah..*Al-Fatihah buat arwah Hafiz Ismail..Semoga rohnya terpelihara di sana*


Dan semalam..aku menerima perkhabaran lagi..seorang lagi sahabat kami dari sekolah dan batch yang sama telah dijemput olehNya dalam kemalangan di Batu Cave..Air mataku jatuh, terus aku menghubungi tunangnya yang berada di Morocco (juga sahabat baikku,dari sekolah dan batch yang sama) melalui facebook untuk menghulurkan takziah dan memberikan kata-kata semangat..


Mereka telah mengikat janji selama 6 tahun, terus cinta dan setia dalam hubungan jarak jauh..namun cinta Allah melebihi cinta mereka..

"DIA.. semoga termasuk dlm mrk yg beriman.. terima kasih pd semua kwn2 atas keprihatinan semua..tiada lain yg sy harap..doakan semoga dia selalu sejahtera pulang ke rumahnya yg abadi..:)" 

"Cinta yg bertemu di dunia..moga berakhir di akhirat yg abadi..cinta kita tak sampai secebis pun dibanding dgn Cinta Allah yang Maha Tinggi..semoga kau tetap tenang di sana..kau sentiasa sang mujahid n as-syahid di hatiku..:)"

Itulah status-status di FB tunang arwah..Aku jadi malu sendiri..Aku mahu menguatkan sahabatku itu, namun ternyata dia yang menguatkan kami semua..Subhanallah..

Dan arwah, Insya Allah perginya sebagai As-Syaheed..Arwah dalam perjalanan untuk mengajar mengaji sewaktu kemalangan itu berlaku..Sungguh Allah menyayanginya..Arwah merupakan pelajar AIKOL UIAM -syariah..Al-Fatihah buat arwah Mohd Firdaus Ismail..

 ini profile picture di FB arwah..Di sini juga arwah dimandikan dan dikafankan..
Semoga Allah melimpahkan rahmat atas rohnya..
  
Aku sempat singgah di blog arwah..[click sini kalau nak tengok]
semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama..


Ya Allah..
Dua sahabatku telah pergi..
Mereka pergi dalam kemuliaan..
Pemergian yang meninggalkan kesan dalam hati sahabat-sahabat..

Tapi aku yang masih di sini?
Pengakhiranku nanti masih belum pasti..

Semoga aku dan sahabat seperjuanganku yang lain mampu terus kuat..
Semoga kami kuat dalam perjuangan ini..
Semoga kami mampu menyambung perjuangan mereka yang telah terdahulu pergi..
Semoga kami tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran duniawi ini..
Semoga roh sahabat-sahabat kami tenang di sana..


اللهم اغفرله وارحمه وعافه وعف عنه واجعل قبره روضة من رياض الجنة

Allahumma ameen~~

*masa untuk kembali ke dunia nyata..Aku yang masih hidup perlu meneruskan perjuangan..Buku-buku terhidang depan mata minta dihadamkan..Ya Allah kuatkanlah aku ini.......*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...