rama-rama

Saturday, October 31, 2009

will update later

lame jugak aku menyepi..maklumla skrg weekend kitorang cume jumaat je,.jumaat tu lak kadang2 penuh ngan aktvt laen..bukan nak mengeluh..cuma betapa pengalaman hidup disini telah benar2 menguatkan aku..
terima kasih Ya Allah kerana telah mencampakkan ku ke sini..
sebenarnye aku ade banyak giler perkare menarik to share..
Insya Allah ade mase skeyt nanti aku update yer...
Semoge Allah permudahkan segala urusan kita...Ameen~

 

Tuesday, October 27, 2009

Join Us - Click-a-Child

Join Us

I myself will surely join them someday, when i've  graduated succesfully, back to malaysia..

Wednesday, October 14, 2009

suatu kesah

Hari-hari, sejurus bangun sahaja daripada tidurnya, dia tersenyum. Senyuman yang kadang-kadang kelat, adakalanya tawar, tapi kebiasaannya lebih manis daripada madu. Biarpun menyedari hakikat bahawa bermulanya hari baru bermakna dia harus bersemuka dengan cabaran baru, namun dia tetap bersemangat. Dia bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih memberinya masa untuk meneruskan perjuangannya. 

"Alhamdulillahillazi ahyaana ba'da maa amaatanaa wa ilaihinnusyur, aamin". Lalu dia bingkas bangun, melipat selimut, menegangkan cadar serta menepuk bantal. Berkeriuk lantai kayu itu mengiringi langkahnya ke bilik air. Sambil berselawat ke atas Baginda, dia menyucikan dirinya dengan wudhu'. 

Dingin. Tubuhnya kemudian dibaluti dengan pakaian yang putih suci untuk hadir menyerahkan diri kepada Al- Khaliq. Ketenangan yang hanya diperoleh dalam sujud dan ruku'nya sangat dia hargai. Dalam ketenangan itu, basah juga sejadahnya oleh titis-titis air mata seorang hamba yang tiada pernah berheti merayu kepada Tuannya. 

Begitu besarnya dosa yang pernah dilakukan dahulu, sehingga dia begitu mederita kini. Betapa dia terasa masih begitu jauh dari pintu keampunan. Betapa hinanya dia sebagai seorang hamba. Lama dia diam disitu, sebelum perlahan-lahan bangkit dengan azam yang baru. Selesai urusan wajibnya, dia mengatur langkah ke jendela. Kain langsir putih gading yang melabuh ke lantai itu diselak dan diikat rapi. 

Pintu jendela dibuka luas, membenarkan sang mentari menyimbah cahaya ke seluruh kamarnya. Hangat juga kulitnya disuluh suria pagi yang cahayanya terbelah-belah apabila melalui celahan dahan-dahan pokok yang tumbuh melata, turut bertasbih kepada Penciptanya.  Namun angin yang lembut menampar pipinya terasa begitu nyaman. Dia menghirup udara itu sepuasnya. 

Alhamdulillah, dia masih mampu menikmati udara ini, terasa begitu segar di minda dan di hati. Dia tersenyum lagi, lebar terukir kali ini, apabila burung-burung yang begitu meriah menikmati rezeki pagi berciap riang menyapanya. 

"Chip chip! Assalamualaikum. Selamat pagi wahai Tuan Puteri! Hari ini begitu indah kan? Subhanallah." Sapa sang serindit sebelum terbang lagi, meninggalkannya untuk meneruskan hidup. Ya, dia juga perlu pergi, meninggalkan kehidupannya dahulu. 

Dia harus meneruskan hidupnya yang baru tanpa perlu menoleh lagi ke belakang, ke arah jalan yang begitu kelam, yang telah mencampaknya ke lembah hitam itu. Tidak! Dia tidak akan sesekali kembali ke situ, menjeling pun dia tak mahu.

bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...