dah lame tak menyonteng di sini..dilanda kesibukan..menguruskan bayan halah yang maseh juge belum selesai..since raye keempat ari tuh lagi kami dah berulang alik ke gamaah semata2 mahu meguruskan hal ini...mudah-mudahan esok da siaplah bayan halah kita tu, boleh terus turun cairo gi translate, n scan, email tu my sis...Insya Allah...sabaw jelar ye zumie...dan thanx a lot hana sebab sudi teman kami berulang alik dari asnan ke idarah amah...juge tak terkira berapa kali kita turun naik tangga mencari tuan punya tandatangan...kalau tak kurus jugak tataw la kan? hurmmm..last2 tak dapat jugak siap sebab tiba-tiba kahruba takde...sabar lagilah hanan dan zumie..juge hana yg setia menemani..lagi pun tadi kita tak boleh tunggu sebab ada yang sedang menunggu kita..adik2 C5 dan C6...mereka pelajar baru di sini..dan kami sebagai musyrifah mereka haruslah bertanggungjawab menolong adik2 nie menyesuaikan diri di sini...banyak jugak ujian hari nie..tapi takpe, akhirnya kami pulang dengan senyuman jugak..bak kata Dato' Jamil, semuanya bermula dengan niat...Niat nak tolong adik2..seronok! lusa nanti jumpe mereka lagi, bwk adik2 dentist yg dah sampai ke gamaah, tunjukkan maktabah2, gi wekala, dan kalau sempat Insya Allah petang tu ke souq dirasat..kami merancang, Allah yang tentukan..semoga Allah permudahkan segala urusan kami...
*sorry posting ini borink, tadew ape2 gambar..tapi saye memang sgt penat dan saat ini hanya ingin baring dan pejamkan mata*
ape2 puwn, kami sangat mengalu2kan kedatangan adik2 junior baru mansoura...jgn homesick taw...ape2hal, call saje...Insya Allah kakak2 yg baek hati tu sume akan membantu selagi terdaya..~~
rama-rama
Tuesday, September 29, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Channel Tarbiyyah dan Lambaian Syawal 1430
raya di perantauan...best taw!
malam raya kami terisi dengan channel tarbiyyah yang gempak...walaupun senja tu kami same menangis, tapi malamnya kami sudah mampu calling molling family kat malaysia tuh..tak nanges puwn! hebat tak? hihi...
now tgk la sendiri senyuman2 kami X)))

makanan puwn macam-macam ada..Alhamdulillah..
ade kad raye...
awal pagi 1 Syawal lak, na dijadikan cerita, aku Hana ngan Ct terbangon lewat..yelah, malam raya tu kami tidur sangat lambat..huhu..Aku ingat lagi jeritan Hana pagi tu.."EH! PUKUL BERAPA DAH NI?!" terkejut kami bila tengok jam dah pukul 7am..hahaha..Tapi Alhamdulillah, kami masih sempat mengikuti takbir pagi raya, Solat Sunat Aidilfitri, Khutbah raya dsb di Beyt Hikmah...Meriah lambaian Syawal di sini..Siap ada tayangan filem lagi..hihi...Jom tengok senyuman pagi raya kami lak.. X)))
Siti, Haizumie, Hanan dan Hana..kami jelar dak gigi pempuan yg tak balik raye..
Antara rezeki kami di pagi Syawal..mee rebus, nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, kuih raya, rendang, cheese cake dan macam-macam lagi..
Kad raye besar
kami pelajar perubatan cawangan mansoura mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin
Dan gambar-gambar yang laen ni tak lain tak bukan gambar-gambar sengal kami..kikikiiii~
Ok lah..ini saja kali ni...Selamat berziarah, bermaafan, mengganti puase dan berpuasa 6...huuhuu~
Friday, September 18, 2009
Menjelang 1 Syawal 1430...
Cepatnya masa berlalu..Sangat tak puas rasanya berpuasa di bumi Egypt ni. Memang sangat best lah. Ruh iman sungguh terasa, walau di mana pun.
Sekarang dah nak raya..jadi sementara ade sedikit kesempatan, sebelum aku lebih bz lagi lepas nie, aku susun sepuluh jari menzahirkan kemaafan yang ikhlas dari hati....
Kepada semua pengunjung blog ini, sama ada yang mengenali diri ini atau tidak, maafkanlah saya zahir dan batin..Atas segala silap khilaf saya, terlanjur kata saya, maafkanlah saya..Saya hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan kejahilan..Halalkanlah segala makan minum pakai saya, yang termakan, yang terminum..maaf zahir dan batin..
Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya drpd Allah, dan segala yg buruk itu juga datangnya dari Allah juga tapi terzahir melalui saya, atas izinnya..Kerana ma sya Allahu kan, wa ma lam yasha lam yakun..Segala yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah, dan jika Allah tidak mengkehendakinya, maka sesuatu itu takkan terjadi..Dan di sebalik tiap-tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya..Janji Allah itu pasti..Maka maafkanlah saya, maafkanlah sesama kita..Sedangkan Rasulullah s.a.w juga memaafkan ummatnya, apatah lagi kita..Alangkah lemahnya kita jika kemaafan itu menjadi sesuatu yang teramat berat..
Sempena Aidilfitri ini, marilah kita sama-sama doakan sesama kita, supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa guru-guru kita, para mujahideen, seluruh ahli keluarga kita, sahabat handai, kaum kerabat, muslimin muslimat, mukminin mukminat, di setiap masa, di setiap tempat. sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi..Semoga Allah menjernihkan segala yang keruh antara kita, dalam kalangan kita..Semoga Allah menyatukan hati-hati kita di bawah lembayung rahmatNya, lembutkan hati-hati kita dengan ingatan kepadaNya, sinari hati-hati kita dengan nur hidayahNya..Ameen Ya Rabb..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Eid Mubarak aku ucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, handai taulan sekalian sama ada yang di malaysia atau di mana-mana benua, pengunjung-pengunjung setia blog ini, anda yang rajin menitipkan comment, dan semua yang membaca tulisanku ini..Semoga aidilfitri ini lebih membahagiakan drpd aidilfitri sebelumnya..
Nanti aku cerita sedikit sebanyak pasal puasa dan raya di sini k...Jangan lupa amalan-amalan sunnah sepanjang Syawal ini..Dan hidupkanlah ruh iman kita yang telah mekar dalam Ramadhan sepanjang bulan-bulan yang seterusnya..Ayuh kita sama-sama! huhu...

Subscribe to:
Posts (Atom)