rama-rama

Friday, June 4, 2010

Asyik-asyik isu Palestin.. Apa penting sangat isu Palestin ni?

salam alayk..salam mujahadah..selamat membuka mata hati kalian...sedikit perkongsian ringkas..

astrangemuslim.blogspot_isu_palestin 

petikan artikel penulis ini :
 
"Pernahkah anda mendengar kisah bagaimana seorang khalifah mengugut untuk mengerahkan tentera sebanyak-banyaknya menyerang Rom kerana Rom telah menculik seorang wanita Islam? Inilah bukti praktikal tentang berharganya nyawa umat Islam."

"Tetapi sekarang? Jika seekor kucing diceritakan mati, mungkin dilanggar kereta, mungkin disepak, disiram air panas dan lain-lain, terlintas tak rasa simpati?"

"Tapi bila disiarkan dalam berita, sekeluarga Palestin terbunuh oleh serangan Israel.. Rasa apa-apa tak?"

"Bila hero sebuah drama dihina, ditindas, atau hero itu mati, berderaikah air mata kita? Terasa perit ke hati kita?"

"Sedangkan itu cuma kisah yang direka. 'Hero' itu sebenarnya sedang bahagia menikmati bayaran gaji hasil keuntungan lakonannya.. Tapi ribuan mayat di Palestin yang tidak bernama dan tidak berwajah? Mungkin tanpa kubur? Mereka ada keluarga? Ada anak? Ada ibu dan ayah? Ada sahabat yang menangisi ketiadaan mereka?"

"Bangkitlah dari mimpi wahai umat Islam.. Wahai umat manusia. Isu Palestin juga adalah isu kemanusiaan."


Siapa pun anda, sila baca post dalam link yang cempaka attach di atas ini sampai habis, walaupun jika anda non-Muslim..

kemudian, terpulanglah sama ada anda mahu click link-link di bawah ini pula atau apa-apa sahaja tindakan selanjutnya..







 




 klik untuk besarkan imej..betapa rakusnya Israhell menakluki Palestin


sila klik gambar untuk besarkan imej..bantuan anda amat diperlukan..mereka berhak menerimanya..


Sekadar perkongsian bersama..Semoga dapat disebarkan demi menaikkan semangat dalam diri..Maaf sebab cempaka tak dapat nak mengulas lebih lanjut..Tekanan oleh masa..

Wednesday, June 2, 2010

Transkrip perbualan Ashwad & Zaiful secara langsung jam 11:50 pagi, di Astro AWANI Today at 2:19pm

Zaiful :Ini berita terbaru yang kami terima tentang Misi Bantuan ke Gaza di mana wartawan Astro Awani dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Abdul Latip telah pun dibebaskan oleh Israel hari ini dan kedua-duanya dan seratus lagi dihantar pulang ke sempadan Jordan menaiki 3 bas menerusi pintu sempadan Allenby yang bersempadanan dengan Jordan.
Dan di talian sekarang ini secara langsung dari Jordan, kita bersama dengan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani. Assalamualaikum Ashwad
Ashwad, satu perkembangan, satu berita yang amat menggembirakan bagi kami di Astro Awani dan saya pasti seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti siaran ini secara langsung. Pertama sekali bagaimana, apa yang Ashwad dapat kongsikan bersama kami di sini.

Ashwad : Apa yang saya dapat kongsikan bersama penonton, pertama sekali saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Duta Malaysia di Jordan dan seluruh masyarakat antarabangsa sebenarnya yang banyak berusaha untuk pembebasan ini. Dan apa yang dapat saya laporkan kesemua 12 krew ataupun kesemua 12 wakil Malaysia yang dalam misi bantuan ke Gaza ini semuanya selamat, semuanya agak keletihanan dan dehydrated. Dan pada masa sama, mesej yang sama juga seperti yang saya katakan iaitu berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya dikhabarkan, semuanya membuat doa selamat dan mejalankan solat hajat semata-mata bagi memastikan keselamatan kami terjamin.


Dan sedikit sebanyak, apa yang dapat saya kongsikan, mesej saya pendek saja iaitu dalam masa 24 hingga 28 jam ketika berada dalam tahanan Isreal. Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik 6 dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionist dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita.


Dan ketika berlakunya rampasan kapal, mereka bertindak seakan berdepan dengan ketenteraan, padahal pada masa sama, kita hanyalah orang awam


Zaiful :Saya ingin tanyakan kali terakhir kita bersama ataupun kali terakhir Astro Awani dapat berhubung dengan Ashwad adalah ketika Ahad malam dan selepas itu, mungkin Ashwad dapat imbas kembali apa yang berlaku selepas itu


Ashwad :Ketika saya habis, saya berlintas langsung melalui siaran langsung untuk Awani 745, dan malam itu saya menghantar email kepada barisan editor kita di Astro Awani untuk bersiap sedia untuk Awani 745 keesokan harinya pada hari Isnin.

Tetapi pada jam 11 malam kami sudah bersiap sedia sepenuhnya di mana kami mendapat laporan tentera-tentera Israel dengan segala keperluan pertahanannya mengepung kami daripada sepatutnya 40 batu ke kawasan masuk ke kawasan perairan Israel tetapi mereka memperluaskan ke kawasan ketenteraan hingga 68 batu jadinya setibanya kami dalam kawasan perairan.
Israel mula mengepung 11 malam, 2 pagi Israel mula menghampiri dan 4.30 pagi mereka menyerang dari segenap pelosok , termasuk 14 bot kesemuanya 8 kapal tentera laut, 19 bot tentera navy dan juga komando, 3 helikopter Apache dan sebagainya turun dari dek atas dek tepi, kiri kanan di mana kawasan kita adalah kawasan NGO-NGO kita kawasan kerjasama NGO Malaysia dan Indonesia seramai 24 orang, 20 orang kesemuanya menjadi front liner dibahagikan tepi dek kapal dan mereka diserang bertubi-tubi dan alhamdulillah saya dan jurukamera Shamsul terselamat dari tembakan di mana peluru hidup digunakan.
Hanya di sebelah dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya. Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah Zaiful dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku dan saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami membawa orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan.

Zaiful : Ashwad, bagaimana dengan keadaan Shamsul?



Ashwad :Shamsul alhamdulillah dalam keadaaan sihat. Kami terpisah sebenarnya, saya dan Shamsul terpisah semenjak saya digari oleh fibre tight atau dalam bahasa Melayunya seakan-akan gari itu tapi diikat tangan kedua-dua belah tangan saya di mana Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu. Dan hari ini, kami masuk ke kawasan Jordan di sempadan Jordan Israel alhamdulillah di Jambatan Syem syem kami dipertemukan semula.


Zaiful :Baik pelbagai laporan dikeluarkan media antarabangsa dan juga kenyataan yang dikeluarkan Isreal sendiri, Israel mengatakan, menuduh terdapat senjata tajam dan sebagainya yang digunakan yang memaksa askar mereka untuk melepaskan tembakan dan sebagainya. Ashwad yang berada dalam kapal ketika itu, apa reaksi Ashwad pada kenyataan ini.


Ashwad :Bukan senjata tajam yang digunakan tetapi hanyalah air untuk mengelak mereka menyerang ke atas kapal. Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara. Jadi saya tidak nampak apa senjata tajam yang digunakan. Melainkan mereka sudah mula melepaskan tembakan, itulah senjata yang terpaksa mereka gunakan iaitu besi-besi yang terdapat di atas kapal bukan senjata berbentuk pisau, parang, pedang samurai dan sebagainya tetapi menggunakan pisau sahaja.


Zaiful :Mungkin Ashwad boleh kongsikan selepas ini apa perancangan dari pihak kedutaan kita di Jordan apa penerbangan, jadual penerbangan pulang dan sebagainya.


Ashwad : Itu kami akan mengadakan satu mesyuarat dan Datuk Malek sendiri akan memberi maklumat dan kami baru saja bertemu dan sebarang maklumat kami akan hubungi Kuala Lumpur.


Zaiful : Mungkin soalan terakhir dari kami di sini, layanan yang diterima Ashwad di Jordan kini dan mungkin pada waktu ketika di Ashdod dan sebagainya.


Ashwad : Layanan yang diterima Zaiful oleh pihak Israel maksud Zaiful?

Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik 6 dekad Palestin-Israel, bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam dan mesej itu saya harap para penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya

Zaiful : Terima kasih Ashwad, kami menanti kepulangan dan juga rakan-rakan yang lain. Sampaikan salam kami dan ucapan terima kasih dari kami di Astro Awani dan juga keluarga.


Ashwad : Zaiful, sampaikan juga salam kami, saya dan juga Shamsul Kamal pada ibu bapa kami. Cakap kami dalam keadaan sihat walfiat.


Zaiful :Ya, Insya Allah dan terima kasih pada kedutaan kita di sana kerana membantu rakan-rakan kita. Ashwad dan juga rakan-rakan kita NGO dan aktivis yang lain untuk dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Tuesday, June 1, 2010

of 31 May 2010

Whenever you read on the news that "Israelis were wounded" read this article :



Ini adalah perkara yang sangat serius! Tapi dipandang enteng oleh sesetengah daripada kita..kenapa??? sebab yang terkorban bukan ibu bapa kita? bukan kawan baik kita? bukan adik beradik kita? bukan anak-anak kita?


Warga Eropah lantang bersuara..Kita di mana? 


http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/06/20106133254496419.html 


Ada sesuatu yang kita mampu lakukan.. Ada pengajaran besar di sebalik peristiwa lautan berdarah 31 Mei 2010..Jom Baca apa yang tertulis di sini :




Dalam pada itu, Israel lahanat masih sempat menyebar video2 juga gambar2 propaganda..kami yang mengikuti Flotilla secara livestream dari atas kapal pastinya tertawa..Betapa kelakarnya Israel..Lawak pathetic, kaum terencat! Sememangnya raja putar belit, raja dusta, anjing gila juga lebih mulia daripada mereka



Adakah kita masih akan berdiam diri? Dalam hati kesian kesian kat orang Palestin..Adakah cukup dengan rasa simpati? Cukup menghulur derma? Ayuh kita sama-sama bersatu hati, bangun malam hari jangan terus blogwalking sebaliknya ambil masa untuk bertahajjud dan solat hajat! 

Salahuddin Al-Ayubi pernah berkata  kpd askar-askarnya yg tidak bertahajjud : 
"kalianlah punca kekalahan kita dimedan peperangan"
"kalaulah solat subuh seperti solat jumaat , Islam pasti menang"


Let us dont stop praying..Tak kira anda berbangsa atau beragama apa..Let us pray together for the sake of humanity!


And for Muslims, amalkanlah doa juga Qunut Nazilah..
Qunut ini dibaca saat umat Islam ditimpa kesusahan atau bencana..Doa dengan penuh pengharapan..Mudah-mudahan akan tiba pertolongan Allah..Insya Allah..


maksudnya :
"Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka.. Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kami ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa ,wahai Tuhan Yang Yang bersifat Murka, YaAllah (3x), wahai Tuhan Yang Menurunkan Al Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab ,kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.. Ameen~~"

- Boleh diamalkan di tiap2 solat fardhu ketika umat Islam di timpa bala..
dibaca selepas iqtidal selepas ruku' rakaat terakhir..-


Dan sebagai selemah-lemah perjuangan kita juga..Ayuh boikot!!
Makanan :

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.

Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.

Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.

Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.

Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California

Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya

Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.

Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.

Minyak Sayuran Rawabi, Fern

Makaroni Columbus, Hayo

Chipsy, Delta
------------------------------------------
Super Market, Sainsburry, Heiz, Edge, Tesco
------------------------------------------
Kedai Makan/Restoran : McDonalds,  Tikka, Kantis, Arby's, Pizza Hut, Chicken Tikka, Paradise, McBurger
------------------------------------------
Alat Pencuci dan Kecantikan :

Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.
Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.
Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri : Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga :
Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya., 
Syarikat Revlon Make-up, Syarikat East In Sambel, Syarikat Beverly Hills,  Syarikat Sitreen
---------------------------------------
Bahan Tenaga : Bateri Kenderaan Milestone, Bateri Kenderaan Powder,  Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready... dan sebagainya.
--------------------------------------
Alatan Sukan : Nike, Universal, Power, Paramount,  Youngers
--------------------------------------
Pakaian : Jean's Basic, Kelvin Klein, Levi's,  Basic , Ralph Lauren
--------------------------------------
Alatan Pejabat : Syarikat Delta Egypt, Parker Schiffer, Pen Schiffer, Higher
--------------------------------------
Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat : Mac, IBM, Intel , Uracel, Nokia , Motorola , Digital


Doakan juga saudara-saudara kita yang berani ini selamat..

Juga doakan perjalanan mereka ini selamat dalam meneruskan misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza..DO SUPPORT!!



Sesungguhnya cempaka sangat sedih bila hanya sedikit daripada kita yang mengambil berat soal ini...
Ketahuilah bahawasanya tidak sempurna iman sesorang Muslim itu melainkan setelah dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri..
Dan setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara! Mereka ini saudara kita!!

Dan sesiapa yang masih bergelar mahasiswa/wi, ada tanggungjawab penting yang harus kita laksanakan..Ilmu yang kita timba ini adalah milik-Nya..Suatu hari nanti, kita harus menyirami jalan-Nya dengan ilmu itu..
Allahu Akbar!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...