Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum!
Malam ni nak share sesuatu sikit lah. Selalu dengar perkataan 'bertangguh'? aka 'procastination'? Biasa buat? Mestilah kan kan kannnn? Penyakit tu, kena cari jugak cara macam mana sekalipun untuk jauhkan dari menjangkiti diri.
Walaupun mungkin biasanya kita boleh je cope, catch up everything. Ada jugak jenis orang yang kerja last minute dia tu lah yang terbaik. Tapi, ada sebab kenapa kena jauh-jauhkan diri dari penyakit ni.
Kenapa ya agak-agak? Sebaaaabbbb,,, kita tak tahu apa akan jadi lepas ni, apa akan jadi esok.
Dibuatnya macam cik cempaka ni haaa.. Duduk tangguh-tangguh study, konon nak pulun time study week. Sekali, time study week ni la kena jadi bibik bila rumah jadi nursery sebab anak-anak sedara semua cuti sekolah duduk sini. Time study week la kena jaga kakak yang sakit. Time study week la rumah kena banjir.
Dah bila masa nak study?
See my point?
So, kalau ada masa terluang tu, beres-bereskanlah segala yang aula *utama*. Tanggungjawab tu, amanah tu. Huhu.
*Peringatan lebih kepada diri sendiri ni sebenarnya. Liat sangat peulis ni* :D
SEMOGA LEBIH POSITIF & PRODUKTIF! ^_^
rama-rama
Friday, December 13, 2013
Wednesday, December 11, 2013
harus bagaimana aku?
![]() |
| Perhentian Kecil |
akhir ini aku,
lelah dengan duniaku.
lemas dengan sekelilingku.
aku mahu sendiri.
aku perlu waktu untuk diriku.
aku perlu ruang untuk berlari dengan caraku.
aku perlu sedikit masa untuk mengatur nafasku.
ada ribut dalam jiwaku.
membentak. merusuh.
diam!
kembalikan warasku.
apa yang aku perlu,
kembali pada hakikat.
inilah hidupku.
kehidupanku, beginilah.
kehidupanku, beginilah.
terima.
redha.
mungkin memang benar,
aku perlu masa.
masa untuk tuhan pengatur segala.
sabar.
tuhan takkan biarkanku.
*untuk yg terdekat dihatiku, yang menerima segala tempias emosiku, terima kasih*
Tanpa Nama
Bismillahirrahmaanirrahim.
Satu.
Aku suka bekerja.
Dua.
Aku suka dihadapan.
Tiga.
Tapi aku selalu menjadi yang disebalik tabir.
Empat.
Kerana aku buat kerja diam-diam.
Lima.
Kerana aku masih mampu bertahan walau tiada penghargaan.
Biarlah aku tetap menjadi insan tanpa nama.
Asalkan aku tahu dimana berdirinya aku.

Tuesday, February 19, 2013
bertatih semula
Salam alayk ^^
Oh, kekok rasanya bila dah terlalu lama tidak menconteng disini.
Dua tahun jemari ini bercuti.
Banyak yang ingin dikongsikan,
tapi tak tahu mahu bermula dari mana.
Oh, kekok rasanya bila dah terlalu lama tidak menconteng disini.
Dua tahun jemari ini bercuti.
Banyak yang ingin dikongsikan,
tapi tak tahu mahu bermula dari mana.
Dah taip-taip, separuh jalan, delete semula.
Demikian lah berkali-kali.
Padan muka diri sendiri,
pena dah tumpul,
lama sangat dibiar tidak berasah.
*diam*
Tak apa, perlahan-lahan.
Demikian lah berkali-kali.
Padan muka diri sendiri,
pena dah tumpul,
lama sangat dibiar tidak berasah.
*diam*
Tak apa, perlahan-lahan.
Nanti ok lah ni :)
Sunday, February 17, 2013
Bertemu kembali
Assalamualaikum, hello, hai !
Sedar tak sedar, dah lama sangat penghuni blog ini menyepi. Lama sangat-sangat. Sepanjang musim menyepi ni, banyak yang Cik White Cempaka lalui *masih cik ya disitu :p*.
Ada satu keputusan yang besar yang telah dibuat, satu major turning point dalam hidup, yang telah menempatkan aku dimana adanya aku sekarang.
Setelah berbulan-bulan perbincangan dengan yang rapat, berbekalkan tawakkal atas istikharah bermalam-malam, akhirnya aku disini.
Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
Tahun dua.
Bachelor (hons) of Homeopathic Medical Science (BHMS).
Ya, aku pelajar disini sekarang.
Di Cyberjaya.
Di Malaysia.
Kenapa?
Jawapan yang mampu aku pendekkan, health issues.
Kalau nak tanya detail, aku sendiri susah nak explain. Cuma, apabila dicari2 hujung pangkalnya, semuanya akan kembali pada Dia yang diatas juga.
Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik.
Dan, aku bersyukur kerana berpeluang mendalami ilmu perubatan yang ini. Insya Allah nanti akanku selitkan sedikit2 perkongsian dari apa yang aku pelajari.
Selamat bertemu kembali :)

Thursday, January 27, 2011
siapa baca berita dunia?
negara tempat aku duduk ni sangat lah kuang hasamm. kalau korang bace berita semasa, korang tau lah.
twitter dah kena block di seluruh negara since selasa ari tu. dan baru sebentar tadi, facebook pulak mereka block. dah la sekarang tengah cuti. bengang weh macam ni.
sangat tak suka perasaan tak dapat update situasi semasa, taktau kat mana yg selamat nak jalan or tak.
dan sedih sebab susah nak update dengan family dah apa2 hal :(
oh sebenarnya tempat aku ni aman je. dan setahu aku pergerakan mereka pun aman je, tak seperti yg dilaporkan media *biass*. polis dan pemimpin mereka yang jahat. biaselah media suka terbalikkan cerita *bias*.
walau bagaimanapun, kami masih boleh pergi jalan-jalan (kot). cuma perlu menjauhi tempat ramai-ramai mereka berkumpul. dan relax je sudah. doktor-doktor pun cakap, kami tak perlu risau sebab tak berkaitan dengan kami.
so, for the time being, banyak2 doa jelah. masa tetap berjalan, hidup dan aktiviti tetap perlu diteruskan seperti biasa.
Ya Allah, lindungilah kami, menangkanlah mereka atas pemimpin yang zalim.
amiin~
ok ini entri emo. mintak maaf. bagi salam pun lupa. assalamualaikum w.b.t.
p/s : doakan perjuangan mereka, doakan keselamatan kami juga.
p/ss : mak, nak balik malaysia lah macam ni :(
p/sss : sabar itu indah

Wednesday, January 12, 2011
salah satu musim kecintaan
Salam alayk ^^
Musim sejuk kat egypt ni kan, selain bercinta dengan comforter tebal *saratoga dalam arab ammiyah*, salah satu yang menjadi kecintaan ku adalah......
Wahai makhluk Allah bernama strawberry, sungguh musimmu sentiasa kunanti..Sedap dinikmati bersama nutella atau nu crema atau yang sekuturunannya, dicicah gula juga masyuukk, satu hari boleh habis satu kilo wa cakap lu ! Nasib baiklah engkau murah kat sini..
Nyumnyumnyum oh strawberry sungguh aku cinta padamu..kehkehkeh *gelak konon chumel sebelum ngap strawberry itu* ;DD
p/s : Hajat hati nak update selalu, tapi apakan daya,,,,Takpelah, kurang membebel insya Allah kuranglah dosa *senyum sinis untuk diri sendiri* ;)
Musim sejuk kat egypt ni kan, selain bercinta dengan comforter tebal *saratoga dalam arab ammiyah*, salah satu yang menjadi kecintaan ku adalah......
gambar koleksi sendiri
Wahai makhluk Allah bernama strawberry, sungguh musimmu sentiasa kunanti..Sedap dinikmati bersama nutella atau nu crema atau yang sekuturunannya, dicicah gula juga masyuukk, satu hari boleh habis satu kilo wa cakap lu ! Nasib baiklah engkau murah kat sini..
Nyumnyumnyum oh strawberry sungguh aku cinta padamu..kehkehkeh *gelak konon chumel sebelum ngap strawberry itu* ;DD
p/s : Hajat hati nak update selalu, tapi apakan daya,,,,Takpelah, kurang membebel insya Allah kuranglah dosa *senyum sinis untuk diri sendiri* ;)
Tuesday, January 4, 2011
eh? dah 2011 ??
salam alayk ^^
fuuuhh fuuuhhh..tiup2 sikit debu2 yg dah mula bersarang dlm blog nih..haha..
sedar tak sedar, dah masuk 2011 dah..haih...
harap beluum terlambat, selamat tahun baru semua !
tiba2 teringat kesah sorang kawan sekelas aku ni..
dia : doktor, kita cuti tak tahun baru?
doktor : no! we are muslim!
camtu la lebih kurang dialog antara mereka, aku pun tak ingat sangat dah..yang pasti, kami di mesir memang tak ada istilah cuti pada 1 januari ye..hoho..
ehm tahun ni, aku bakal menginjak ke usia 22 tahun..
tahun ni juga anak sedara aku yg pertama baru masuk sekolah rendah..
tahun ni jugak bakal ada satu perubahan besar dalam hidup dan hala tuju aku..
Ya Allah, Kau permudahkanlah segala yang terbaik untukku, untuk kami semua..amiinnn~
Oh tiba2 rase nak share sikit gambar ;)

makaroni bakar..menu malam tahun baru tu..simple dan sedap ^^
hadiah tahun baru buat kanak-kanak gigi = ukhuwwah yg terindah + team spirit yg mantap!
-out-
Wednesday, December 29, 2010
aku bangga anak melayu
salam alayk ^^
entri ni sambungan daripada entri sebelum-sebelum ni..sekitar kejohanan bola tampar tertutup mansurah..
entri ni sambungan daripada entri sebelum-sebelum ni..sekitar kejohanan bola tampar tertutup mansurah..
fly high
share the joy
sayang bola
??
ouch !
adussss
erat silaturrahim ~ budaya sihat dalam sukan
blocker jangan bocor
team spirit (semangat sepasukan)
moral support
superman beraksi
setiakawan
kerjasama
penyokong tegar
walaupun team gigi tumpas di quarter final, tapi kalian tetap hero kami..sayang GIGIANS !!
ok ni salah sorang camerawoman yang gila berani mati lepak bawah net mase game berlansung..biar bola rembat badan, yang penting lens harus diselamatkan..gambar2 ni aku curik daripada aiman mahdi dan aman rizal..thanx guyz ! ^^
Khalass about volleyball tournament yang mantap..
Now nak bagi tabik hormat buat pasukan Harimau Malaya atas kejayaan menjuarai Piala Suzuki 2010.. AAUUUUMMMMMM ~ !!!
Alhamdulillah, takbir !!! Allahu akbar !!!!
Aku malas nak ulas panjang lebar sebab dah ramai yg bg ulasan super power..Cuma aku berharap supaya pemain malaysia dapat memperbaiki lagi mutu permainan dan usaha sehabis baik dalam apa jua perlawanan pun..
Kalau pemain perform well, konfem satu malaya datang sokong..Tak percaya? tengoklah sokongan padu rakyat malaya bagi untuk piala suzuki baru2 ni..Sampai orang 'itu' dan orang 'ini' pun gerunn tengok kesatuan orang kita ^^
Sebaliknya, kalau player terus main macam budak-budak, memang penyokong tak layann..Tu yang jadi stadium kosong..Kan kan kannn..
Ape pun, jutaan terima kasih buat cinta hati inche Mohamad Amirul sebab bagi cempaka link untuk tengok match live..Tapi last2 tak dapat tengok jugak sebab line selowwwwww amat..
Takpelah, aku percaya kalian pun looking forward untuk melihat aksi yang lebih mantap daripada Skuad Harimau Malaya kita dalam pusingan kelayakan piala dunia..Sila mengaum lebih kuat bagi gegar seantero dunia okayyy..Cayalah Malaysia !!
p/s : inche khairul fahmi tu macho lah ;) roar roar hero malaya ! *ngeeeheee*
p/ss : sabtu ni kami ade perjuangan lain pulak kat sini..GO GIGIANS !!
p/sss : sory tak sempat berblogwalking bagai..silent reader je buat mase ni..haihh..rindu..
p/ssss : aku bangga anak melayu, semangat nusantara, Islam paksi jiwa !!!!
-out-
Tuesday, December 28, 2010
Aksi-aksi comel atas court
Salam alayk ^^
Seperti yang dijanjikan, penghargaan untuk diri sendiri atas keberanian mencuba sesuatu yang baru..
Mari kita lihat..Jeng jeng jeng !!
Ini antara shot2 candid yang aku dapat.. Next entry insya Allah aku tunjukkan shot2 game yg lebih serious..Aksi-aksi terbang bergaya..Juga geng2 gigi yang turun padang support..
Oh segannya hasil memang sangat tak memuaskan hati..Aku memang sangatlah tak reti..Tapi takpelah, belajar kan? Kalau korang pandai bab2 ni, murah2 kanlah hati bg tunjuk ajar sikit k? hihi..
Terima kasih kerana melayan entry inih..
p/s : aku rindu suara aku lah..maseh sexy bangat nih..huhu..
p/ss : masih takde plan untuk winterbreak..huwaaaa nak jalannn...
p/sss : exam mode..doakan kami..
-out-
Seperti yang dijanjikan, penghargaan untuk diri sendiri atas keberanian mencuba sesuatu yang baru..
Mari kita lihat..Jeng jeng jeng !!
kaho na pyar hai? dil to pagal hai? rab ne bana de jodi?
zapin?
bola tampar ke bola sepak nih?
taichi?
??
sehati berdansa?
ballet?
senamrobik?
Ini antara shot2 candid yang aku dapat.. Next entry insya Allah aku tunjukkan shot2 game yg lebih serious..Aksi-aksi terbang bergaya..Juga geng2 gigi yang turun padang support..
Oh segannya hasil memang sangat tak memuaskan hati..Aku memang sangatlah tak reti..Tapi takpelah, belajar kan? Kalau korang pandai bab2 ni, murah2 kanlah hati bg tunjuk ajar sikit k? hihi..
Terima kasih kerana melayan entry inih..
p/s : aku rindu suara aku lah..maseh sexy bangat nih..huhu..
p/ss : masih takde plan untuk winterbreak..huwaaaa nak jalannn...
p/sss : exam mode..doakan kami..
-out-
Thursday, December 23, 2010
Alhamdulillah
Salam alayk ^^
aahh lame dah tak jenguk blog ni...biarpun picisan, tapi disinilah cebisan pemikiran / perasaan dapat ku lahirkan dalam baris-baris ayat yang biasanya mengarut je banyak...haha lantak lah kan...
semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak-menjak ni, aku selalu je jatuh sakit...haih, ye ok fine aku mengaku aku lembik...eh jap, bukan lembik, cuma tak sekuat dulu...hukhuk...hari ni baru segar sikit rasa, baru suara nak keluar walaupun macam alien, baru terlarat nak bukak blog ni...
aku sebenarnya nak share satu event yang aku join kat sini baru2 ni, tournament volleyball...
tapi aku tak main lah, cuma aku mencuba-cuba bermain dengan cik merah kesayanganku itu..biar everything pun basic, lens filter pun mintak tolong orang belikan *tp tak dapat2 lagi..risau ooo skali angin tiup bwk pasir daaa*, tapi aku tetap cuba yakinkan diri untuk belajar...harus belajar manfaatkan apa yang aku ada supaya berbaloi sakit tangan bawak cik merah yang berat tu =.='
alhamdulillah, berjaya belajar sedikit sebanyak walaupun hasil tak memuaskan..haha..tolonglah faham, aku bermula betul2 dengan kosong ok? 0 !
dan tournament tu adalah first time outdoor photography experience untuk aku, acara sukan pulak, waktu malam pulak..memang meraban la aku mencari sifu2, mintak tunjuk ajar nak kawal exposure dengan shutter speed tuh..dush3...oh, plus, tangan sampai beku2 tau duk nak snap2 nih..*lain kali pakai glove la cempaka!*
agak2 ape je la yg aku sempat belajar ye daripada basic zero tuh?
takdelah banyak pun, tapi boleh lah sikit2 setakat pengetahuan basic..hufftt.ape2 pun, terima kasih sifu2 sekalian..
gambar2 nanti aku upload next entry ye, insya Allah...nantikan aksi2 tarian, taichi, silat, shuffle, terbang, dan macam2 lagi aksi mereka atas court..hindustan pun ada taw..huhu..
later ya..
buat masa ni, doakan aku cepat sembuh..
nanti ade event netball tournament pulak ;)
oh dan exam juga ye ! haha..study weyh study zzzZZzzz
p/s : aku rase aku lebih kurus sekarang, best jugak kurang selera makan time2 winter nih *wink2*
oh wait, pas baik nih abeslah aku mesti keje nak melantak je nomnomnomnom o.0''
p/s : masih ada urusan penting yang belum selesai, harap Dia permudahkan apa yang terbaik untukku :)
p/s : sayang korang semua ! ♥

Monday, December 13, 2010
taggy maggy
Salam alayk ^^
Aku ni kan, masa awal-awal layan blog ni dulu rajin la jugak main tag ni, tapi dengan kawan-kawan la.. seronok! Sekarang, masa agak kurang mengizinkan ah..huhu..Maaf ye kalau ade mane2 tag yg aku terlepas pandang tuh..
Kali ni, sesi menjawab tag oleh cik Diyana ..
Cik Diyana ni adalah si gadis comel manis *oops sudah berpunye !*, salah seorang rakan sepasukan aku masa mewakili Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) , kitorang join pertandingan kawat kaki Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2008..Dapat jugak pingat kategori kawat tongkat, alhamdulillah..
Ok, terus kepada soalan :
1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
benda hidup dan teknologi ;D
2. Benda terakhir korang beli guna duit korang sendiri?
beyti burtuqal (air oren lazat)
3. Dimana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
kat rumah je..tema belum decide lagi, yang sederhana2 saje
4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
harus mencintai supaya diri dicintai
5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selama dia menjaga cinta Pemilik cinta *haih kan berbelit tuh,senang cerita, selagi agama ada padanya*
6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
dalam hati (jauuuhhhhh susah jumpa)
7.novel/buku/majalah terakhir korang beli?
Cinta Sufi - Ramlee Awang Mursyid
8. Apakah nama penuh korang?
Hanan Amirah
9. Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?
Mak !
10.Namakan orang yang betul-betul kamu nak jumpa dalam hidup?
Mak jugak ! hehe rindu rindu..
11. Adakah korang basuh baju sendiri?
washing machine washing machine *kecuali baju2 mahal kena basuh tangan*
12. Dimana tempat yang betul-betul korang nak pergi?
alamak, banyak dalam list ni..tapi suka tempat yang cantik =)
13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk ! musim sejuk ni sedap berbungkus dan peluk inche saratoga dan inche Meor Jr *saratoga = selimut tebal, Meor Jr = teddy bear kesayangan*
14. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang?
1) comel muka baik tapi lincah tak reti duk diam
2) garang oh jangan main2 sama dia..eh jap, takdelah garang mane pun..hehehe..
3 ) Juga seorang puteri sepertiku, sebab nama dia pun ada ameera, Nurdiyana Shakina Ameera, *winks*
15. 5 benda korang sayang sangat dalam hidup korang?
1) Meor Jr ;)
2) Miss Merah *tunggu ye, nanti bila mama dah pandai dan dah cukup duit, mama make up merah dengan gear best2 dan kita boleh beraksi merakam segala moment bersama, boleh ajak inche olympus baby babah tu sekali* ;D
3) Jam tangan *memang menangis kalau hilang*
4) Sikat rambut turun temurun *sebaya dengan aku kot sikat merah unik nih*
5) Selimut daripada zaman kanak2 mak jahit *siap bawak datang sini lagi, punya tak boleh berpisah..hihi*
nak tambah lagi..tapi lebih baik tak payah..sebab banyak..aku ni sentimental sikit bab barang-barang ni..hehe..
16. 5 lagu korang suka dan selalu dengar?
Alamak, 5 je ke? aku ni jenis cepat bosan, so playlist slalu kena tukar-tukar..tapi ni la antara yang selalu ada dalam tiap2 playlist, orang puteh kata, all time favourite..
1) Kau Ilhamku- Man Bai
2) Pada Senyummu - ROSIN
3) Nanti - Brannuendo
4) Teratai - Ramli Sarip
5) Suatu Masa - M.Nasir, Amy Search bawak pun best ;)
Semua pun lagu Melayu.. Tapi kita memang patut menyokong industri karya kita sendiri pun kannn..
Dan aku juga mempunyai koleksi lagu-lagu tradisional melayu yang pasti akan aku selang selikan dalam playlist aku..*tak percaya? tanya housemate2 aku..hihi*
bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee *Al-Fatihah buat arwah*
"Kalau kita tidak semaikan muzik muzik tradisional asli ini di dalam dada anak2 kita, gusar di suatu hari muzik lain akan mengambil tempat, kerana dalam dada mereka itu kosong..tidak ada apa apa..sama juga macam kita mengajar anak kita pergi belajar ugama..walau bagaimanapun, dia pergi berapa tinggi pun, dia jarang hendak menukar ugama ..kerana ugama yang telah di ajar telah tersimpan di dalam dada dia .... begitu juga muzik, supaya muzik lain tidak boleh mempengaruhi jiwanya.."
17. Bila tarikh lahir korang dan korang sambut besday kat mana tahun lepas?
1 Februari 1989..tak sambut pun,masak, baca doa selamat dan makan dengan housemate kat rumah je..
18. 7 orang blogger korang nak tag?
cuba bagi idea sape yang patut aku tag? lau nak, tinggalkan comment kat bawah ni ye..nanti aku tag..bila tag maksudnya link kalian lah ;)
19. Cerita sikit pasal blogger pertama korang tag?
Bila dah ada calonnya nanti aku cerita ye =)
*kalau takde pun takpe, senang cerita..hehe*
cik diyana the tukang tag with her boyfie =)
khalass keda...harap cik Diyana sayang berpuas hati ya, walaupun lambat tahap hape da jawab nih..hehe..tapi at least aku jawab ok? peace peace ^^
sebahagian rakan sepasukan
aku suke giler aksi ni..sebelum berangkat pulang ke KMPh setelah berakhirnya KAKOM '08
abang-abang botak kesayangan kami..hahaha ;)
kami gadis ayu yang tidak layu ;DD
the whole team ! geng kawat paling sempoi, tak berdisiplin, sengal, gila2, havoc, sporting *ape lagi?*
some of the girls, dengan jejaka2 basketball, juge seorang gadis emas badminton
aku sangat rindu uniform..sangat-sangat rindu..sangat2 admire uniform =.='
Hahaha banyak pulak gambar tiba2..asalnya nak cari gambar cik diyana je, sambil2 tu layan perasaan lah ingat antara kenangan paling best time KAKOM tu..RINDU korang weyh !!!
sekian sahaja sesi mengenang kembali..ayuh berpijak semula di bumi nyata ! ^^
p/s : cuaca di mesir dan keseluruhan agak kurang baik 2-3 hari ni..sejuk beku..angin ribut..brrrrrrrrrrrrr buat lagi susah mahu berpisah dengan inche sara..hiyaaaaarkkk..
p/ss : Alhamdulillah ayahanda sudah selamat pulang daripada tanah suci..semoga cepat sembuh ye ayah..
-out-
Subscribe to:
Posts (Atom)