rama-rama

Friday, December 13, 2013

Jangan study last minute!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum!

Malam ni nak share sesuatu sikit lah. Selalu dengar perkataan 'bertangguh'? aka 'procastination'? Biasa buat? Mestilah kan kan kannnn? Penyakit tu, kena cari jugak cara macam mana sekalipun untuk jauhkan dari menjangkiti diri.


Walaupun mungkin biasanya kita boleh je cope, catch up everything. Ada jugak jenis orang yang kerja last minute dia tu lah yang terbaik. Tapi, ada sebab kenapa kena jauh-jauhkan diri dari penyakit ni.

Kenapa ya agak-agak? Sebaaaabbbb,,, kita tak tahu apa akan jadi lepas ni, apa akan jadi esok.

Dibuatnya macam cik cempaka ni haaa.. Duduk tangguh-tangguh study, konon nak pulun time study week. Sekali, time study week ni la kena jadi bibik bila rumah jadi nursery sebab anak-anak sedara semua cuti sekolah duduk sini. Time study week la kena jaga kakak yang sakit. Time study week la rumah kena banjir.

Dah bila masa nak study?

See my point? 

So, kalau ada masa terluang tu, beres-bereskanlah segala yang aula *utama*. Tanggungjawab tu, amanah tu. Huhu.

*Peringatan lebih kepada diri sendiri ni sebenarnya. Liat sangat peulis ni* :D


SEMOGA LEBIH POSITIF & PRODUKTIF! ^_^


Wednesday, December 11, 2013

harus bagaimana aku?

Perhentian Kecil



akhir ini aku,
lelah dengan duniaku.
lemas dengan sekelilingku.

aku mahu sendiri.
aku perlu waktu untuk diriku.
aku perlu ruang untuk berlari dengan caraku.
aku perlu sedikit masa untuk mengatur nafasku.

ada ribut dalam jiwaku.
membentak. merusuh.

diam! 

kembalikan warasku.

apa yang aku perlu,
kembali pada hakikat.
inilah hidupku.
kehidupanku, beginilah.
terima.
redha.

mungkin memang benar,
aku perlu masa.
masa untuk tuhan pengatur segala.

sabar.
tuhan takkan biarkanku.







*untuk yg terdekat dihatiku, yang menerima segala tempias emosiku, terima kasih*



Tanpa Nama

Bismillahirrahmaanirrahim.


Satu.
Aku suka bekerja.

Dua.
Aku suka dihadapan.


Tiga.
Tapi aku selalu menjadi yang disebalik tabir.

Empat.
Kerana aku buat kerja diam-diam.

Lima.
Kerana aku masih mampu bertahan walau tiada penghargaan.



Biarlah aku tetap menjadi insan tanpa nama.
Asalkan aku tahu dimana berdirinya aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...