rama-rama

Sunday, February 28, 2010

cermin mata oh cermin mata

suatu kepelikan..siang tadi lepas habis je practical dental biomaterial, aku dan kawan-kawan terus lah berkejar-kejar pergi solat zohor..sebabnya lepas tu ada lecture anatomy pula..tak di sangka-sangka, selesai je aku solat, aku nak sarung cermin mata, tiba-tiba dengar bunyi yang hampir-hampir buat aku sakit jantung..bunyi sesuatu patah dan sekeping kaca jatuh ke lantai..Ya Allah...cermin mata aku....patah sudah....cerminnya pun tercabut sebelah..adui..mungkin ada orang terpijak waktu aku sedang solat..sabar jelar..aku masa tu nak cepat, terus je capai cermin yang elok terbaring atas lantai tu dan masukkan dalam beg sekali dengan bingkainya..nantilah aku fikir apa nak dibuat dengannya..huhu..sabar..

tour sinai - kesah2 yang aku kutip (part 2)

Sebelum aku menyampaikan kesah nabi Musa yang telah disampaikan oleh Abg Din dalam bas sepanjang perjalanan, aku nak share dulu destinasi kedua kami selepas Uyun Musa..

Jauh jugak perjalanan, kami semua tidur je dalam bas termasuk la aku..Tapi aku ni bukan jenis yang tidur lena sangat dalam bas..bila terjaga aku tengok belah kiri gurun, belah kanan laut merah..itu la pemandangan sepanjang perjalanan..

Setibanya di sekitar hamam firaun, aku tercari-cari..mana tandas firaunnya? aku ikut jelar group ni jalan ke depan sikit..kebetulan masa tu ada lagi satu bas yang membawa pelancong arab..so agak ramai lah..erm, masa kat hamam firaun tu, pandangan aku tertarik pada kawasan kecil di persisiran pantai yang airnya berwap..dalam hati fikir, ni ke tandasnye?

 
nah tengoklar sendiri..nampak tak pantai tu berwap? abaikan jalan yang mcm 2012 tuh huhu..

Then bila jalan ke depan sikit, nampak pulak gua berasap! orang-orang arab semua tengah berkerumun..ada dua gua..satu di bawah dan satu di atas..mula-mula aku pergi usha gua yang bawah dulu, ish bau dia memang macam telur tembelang..itu baru drpd luar..aku dapat merasakan bau tu melekat dekat jaket aku huhuh..dalam hati aku fikir lagi, ini ke tandasnye?

aku nak pergi usha gua atas tapi crowded sangat lagi, gua kat atas tu nampak kecik jugak, tangga pun kecik..so aku pun pergilar explore pantai yang berwap tu dulu..

  

  
 air ni panas..masa sejuk sejuk-sejuk ni sedap je rendam tangan..tapi baunya agak kurang menyenangkan la..

Lepas tu aku pergi la explore gua yang di atas tu..Tapi gua yang atas ni tak berasap macam gua kat bawah tu pun..

  

 

Masuk-masuk, pintu dia kecik, dan agak curam ke bawah..Makin dalam makin gelap dan sempit..dah la tak bawak apa-apa bantuan pencahayaan pun..Tak sampai separuh jalan, kawan kitorang yang terlebih dahulu di hadapan kata tak ada apa-apa pun..So kitorang pun keluar balik..

turun bawah, aku pergi explore gua yang berasap tu pulak..

 
 
sory tak dapat bagi gambaran jelas gua bawah ni..ramai sangat orang berkerumun..

atas suggestion orang berpengalaman, aku pun buka jaket dan merangkak masuk dalam gua tu..Kena merangkak wey, gua tu kecik je..Tak pun berjalan itik..dah masuk dalam tu, fuhuuuh..memang sauna...sangat panas..tapi tak ada pulak bau apa-apa macam kat luar tadi..duduk dalam tu kejap je pun dah merah-merah muka berpeluh..

tapi seriously, memang sangat best..memang sauna semulajadi..Subhanallah..Bernafas pun rasa selesa je kat dalam tu..Maklumla, kat luar tu anginnya sejuk kaw-kaw..Bila dapat sauna macam ni memang rase tak nak keluar..Tapi mengenangkan kadar perpeluhan yang bakal semakin bertambah, juge perjalanan yang masih jauh, dan aku tak nak lah nanti berbau~ huhu..So aku pun keluar, jadi tukang pegang jaket dan harta benda kawan-kawan lain yg nak try juga..semua pun cakap best!

tapi still aku tertanya-tanya, mana tandas firaunnya?

Lepas tu barulah aku tahu cerita..
rupa-rupanya, hamam firaun ni bukanlah tandas firaun..hamam di sini tidak bermaksud tandas..Yang sebenar-benarnya, hamam ni adalah nama seorang tabib di zaman firaun tu..dan gua gua yang aku masuk tu sebenarnya tempat berubat penyakit rheumatism..
*dalam hati : oooooooo*

dari dulu sampai sekarang, wap semulajadi tu berkhasiat untuk mengubati penyakit ni..tapi sayangnya sekarang ni tinggal satu je, yang bawah sahaja masih berfungsi..Yang di atas sudah tiada lagi wap sauna berubat tersebut..Itulah makhluk Allah, pasti akan mati juga..Tak ada yang kekal melainkan Dia..*turn mode : insaf dan muhasabah huk2*

ermmm..hajat hati nak sampaikan kesah Nabi Musa a.s aku terpaksa tangguh lagi..suda ngantuk lah..cerita pun dah melalut-lalut dah ni huhu..esok aku ada kelas direct 8am-4pm takde gap >.<

Insya Allah malam esok aku sambung story mory okies..juga bakal menyusul perjalanan kami seterusnya ke Sharm el-Sheikh yang sangat terkenal di egypt ni..nantikannn~

Saturday, February 27, 2010

tour sinai - kesah2 yang aku kutip (part 1)

salam semua!!

Seperti yang dijanjikan dalam entri '21 tahun 16 hari' aku sebelum ni, aku start la cerita sikit-sikit about perjalanan 4 hari 4 malam menerokai bumi Sinai, salah satu tempat bersejarah, tarikan pelancongan di Mesir. 

Ada apa dengan Sinai? well, nama pun bumi Mesir, bumi anbiya', juge bumi firaun...so memang banyak berkaitan dengan sejarah mereka lah..

Dulu-dulu, kawasan Sinai ni telah ditakluk  Israel la'natullah..tetapi berjaya di rampas kembali oleh Egypt setelah berjaya menjatuhkan israel dalam peperangan ajaib..kalau nak tahu, tentera israel ni ada bina kubu bawah tanah yang sangat kukuh yang memerlukan masa 48 jam untuk meruntuhkannya..so tentera egypt memang tak sempat nak datang dekat, terus kena tembak dush3..

sehinggalah pada suatu hari, salah seorang sheikh al-azhar di Egypt ni bermimpi, lalu menyampaikan mimpinya kepada pemerintah Mesir waktu itu (kejap egypt kejap mesir aku ni..lantak lah..same je pun..huhu)..berdasarkan mimpi tersebut, sheikh tersebut mendapat petunjuk supaya menyembur air ke atas pasir-pasir di kawasan israel tersebut..

Itulah yang tentera Mesir lakukan, menyiram air sebanyak-banyaknya ke atas pasir-pasir sekitar kawasan itu..as kubu israel tu dibuat drpd pasir, bila kena air dia pun runtuhlah kan..

bile dah runtuh, tentera-tentera israel ni jatuh, tentera egypt terus tembak ke arah mereka dan kejar mereka sehingga ke sempadan mesir-israel..pastu ade la perjanjian blablabla antara mereka, mesir dapat sinai balik..

balik semula pada kisah kami, 1st day on trip, destinasi pertama adalah kubu tinggalan israel ni lah..lokasinya berhampiran terowong suez..tapi malangnya, kami tiba terlalu awal, pukul 6.30 am da sampai.. ammu (pak cik) guard tu belum bangun tidur lagi pun huhuhu sabar-sabar..

lalu kami pun meneruskan perjalanan, singgah ke Uyun Musa (telaga Nabi Musa a.s)..turun je bas, mak aih sejuk nyer menyesal pulak tak pakai glove..

 
 semua pun tangan dalam poket..haha..nasib baik la yang pegang camera mampu bertahan..


amek turn untuk terjun *gila kau nak terjun?!*

  
ni sekitar kawasan telaga tersebut

 
ada jugak pokok yang membentuk kalimah Allah kat kawasan ni, tapi sebatang dah patah..ape2 pun, kami tetap takjub dengan kekuasaan Allah..

 
kat tepi tu ada mak cik ni jual gelang dan rantai..cantik-cantik, harga pun boleh tahan, tapi kami semua tinggal duit dalam bas..maaf ye mak cik yang cantik..*siyes dia cantik*
okeh cukop..kembali kepada kisah Uyun Musa/ ayun Musa / telaga Nabi Musa ni..mengikut sejarah, terdapat 12 telaga semuanya yang telah dibina oleh para pengiukut nabi Musa, yang mana juga melambangkan 12 golongan pengikut nabi Musa a.s yang telah berjaya menyeberangi Laut Merah dalam peristiwa dikejar firaun..

*haaa, kalau nak tau, firaun zaman Nabi Musa ni dikatakan adalah firaun paling kejam antara beratus-ratus firaun tuh..tp tak sure lak apa nama dia..ada banyak pendapat dalam hal ni..aku takde ilmu bab ni, so no komen hahah*

ermm, tapi kan, antara 12 telaga tu, yang kami tengok kat situ ada 2 je..mana entah yang lain..huhu..lau nak tau jugak, korang google la sendiri ye..haha..

Setakat ni je entri kali ni..entri seterusnya Insya Allah aku akan cerita serba sedikit tentang asal-usul Nabi Musa, sejarah kelahirannya sehinggalah bagaiman baginda dipelihara oleh firaun..Bila dah tahu background sikit-sikit, barular senang sikit aku nak cerita perjalan hidup Nabi Musa a.s. yang seterusnya..so, nantikan ye..


p/s : kepada yg sudi membaca, sila lah beri maklum balas ye..aku tak pandai sngat nak bercerita ni so sila beri tunjuk ajar..terima kaseh! (^^,)V

Maulidur Rasul 1431H

salam sejahtera, salam maulidur rasul..

saje nak berkongsi..
baru-baru ni aku menghadiri program sambutan Maulidurrasul anjuran UPI PCM di dewan kamaludin..temanya, 'Muhammad the Chosen One'..masuk2 je dewan, aku dapat sekeping bookmark dengan sedikit terjemahan surah 2:119 dalam bahasa orang putih..aku kongsikan la kat sini..nak ulas lebih-lebih, bukan kepakaran aku la.. :

"indeed We have sent you (o Muhammad) with the truth (to be) a bearer  of good tidings (for the believers) and a warner (to the disbelievers). And (after you have conveyed all those) you shall not be held accountable for those who are destined for hell."
~Al-Baqarah;119~

sambil menyelami ayat tersebut, aku mendaki tangga untuk mencari tempat duduk..Alhamdulillah, aku dan kak hana datang sedikit awal, jadi dapat la kami duduk di belakang sekali..Kerusi-kerusi di hadapan semua telah penuh..Makanya, sahabat-sahabat yang datang terlewat sedikit tu terpaksa duduk di atas tangga..Tak pernah-pernah lagi begitu ramai yang menghadiri program anjuran mereka ini sampai penuh dewan macam ni..tapi kali ni memang sangat penuh sampai ada yang terpaksa duduk bersila di mana-mana sahaja yang ada ruang..Hikmahnya, Insya Allah apa-apa program akan datang, pelajar-pelajar Malaysia akan diberi dewan yang lebih besar..huhu..ok cukuplah membebel..bawah gmbar2 ni banyak lagi cter nak share..
 


 
ramai kan?
  
yang duduk atas kerusi bertembung bahu, duduk atas tangga bertembung lutut, yang berdiri pun ramai..
  
mereka sanggup berdiri demi menerima ilmu~begitu cintanya mereka kepadamu,tapi masih jauh tak terbanding cinta para sahabat terhadapmu Ya Rasulullah~

dalam program semalam terdapat beberapa slot yang agak menarik..ermm, ucapan-ucapan tu tak termasuk la kot..hihi..apa yang menarik perhatian dan membuka minda berfikir semalam adalah tayangan satu video yang telah membangkitkan satu persoalan..lau kana bainana..lau kana bainana..seandainya rasulullah s.a.w bersama kita..hurmmm..fikir-fikir..
Pengacara majlis semalam sempat menyoal beberapa individu..seandainya kita ditaqdirkan dapat berjumpa Rasulullah s.a.w, adakah kita akan sanggup membawa Rasulullah ke rumah kita tanpa perlu apa-apa persiapan? Kalau yang perempuan pula, adakah layak menjadi isteri Rasulullah s.a.w? adakah layak??..pandai-pandaila fikir sendiri yerk..

pastu, ada sedikit syarahan oleh dr ahmad haikal,pelajar azhar,didatangkan khas drpd kaherah..tajuknya, 'mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w : peranan mahasiswa'..macam tu la lebih kurang tajuk dia kalau tak silap huhu..ok, muqaddimah syarahan dia, simple yet berat..tentang pengertian kalimah syahadah yang kita ucapkan sekurang-kurangnya 10 kali sehari tu..menurutnya, kalimah aku bersaksi itu, bukan sekadar kita meyakini Muhammad Rasul Allah, tetapi juga kita bersaksi bahawa kita akan mempertahankan Rasulullah s.aw dan sunnahnya..diberikan contoh sensitiviti umat Islam apabila Rasullah s.a.w dihina dlm karikatur..dan dihurai serba sedikit..

kemudian, dipaparkan satu gambar..bukan gambar sama dengan bawah ni tapi tak kisah la janji orang yang sama..

ok siapakah beliau? siapa tahu?bagi yang mengikuti perkembangan arena sukan antarabangsa mungkin sudah tahu, beliau adalah hassan shehata, coach untuk pasukan national egypt yang pernah membawa egypt menjuarai piala afrika..so, kenapa dengan beliau? apa kaitan dengan tajuk syarahan tersebut? hurm, menurut cerita dr haikal, masa pemain beliau beraksi di tengah padang pandang ke arahnya, beliau melaungkan something yg sgt bererti dan menaikkan semangat pemainnya..aku tak ingat the exact words yang beliau guna tapi lebih kurang beliau menyeru para pemain ingat perjuangan Rasulullah s.a.w..
itu satu cerita..Lagi satu cerita, ada 2 orang pemain berlatih dengan beliau..Zidan dengan siapa entah lagi sorang aku tak ingat..Dalam satu laporan akhbar, beliau menyatakan kesyukuran apabila zidan dan pemain lagi sorang itu sudah mula menyempurnakan solat..Sumber tidak pula dinyatakan oleh dr haikal ni..aku godek2 jumpe la site ni yang ada petikan kata-kata beliau..[klik sini..]tapi daripada kisah ini, kita dapat tahu bahawa beliau bukan sahaja melatih pemainnya beraksi dipadang, tetapi juga mengukuhkan benteng iman dan akhlak pemainnya..Hebat bukan? Jadi, beliau boleh dijadikan contoh terbaik kepada penerus rantai perjuangan Rasulullah s.a.w masa kini, dalam bidang sukan..

kalau nak kongsi isi-isi yang menarik yang penceramah ini sampaikan, berjela lagi la kot entri aku kali ni. So aku decide untuk terus ke point utama sahaja..
rantai perjuangan Rasulullah s.a.w : peranan mahasiswa..ada 3 point yg dikeutarakan oleh dr haikal, iaitu :
1) ta'lim ataupunn dengan kata mudahnya belajar..sebab kalau tak ada ilmu, bagaimana mahu beramal kan? dan bila dah berilmu tu haruslah mengamalkan juga menyampaikan..
2) tarbiyyah
3) tak ingat sama ada tansif atau tanzif tapi maksud dia lebih kurang pembersihan diri/hati/jiwa..sedangkan Rasulullah s.a.w juga mengalami fasa ini ketika kerasulan Baginda s.a.w melalui peristiwa malaikat datang membelah dada Baginda s.a.w dan mencuci hati Baginda s.a.w..jika kita, mungkin fasa ini datang dlm bentuk ujian seperti sakit dsb..

Dr haikal ada juga menyelitkan pengalaman hidup beliau sendiri, juga menyentuh soal perpaduan..

Seusai syarahan oleh dr haikal, kami semua bangun berselawat bersama..terasa lain auranya bila beratus-ratus ahli keluarga melayu mansoura berselawat bersama-sama berbanding bersendiri..Semangat memperjuangkan hak Rasulullah s.a.w. terasa begitu mantap..Ya Rasulullah, kami begitu mencintaimu..Selawat dan salam ke atas kamu..Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wabaarik wasallim..

Dalam hati terdetik, sungguh aku bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ini yang banyak menyegarkan kembali ingatan terhadap sirah perjuangan Baginda s.a.w..lau kana bainana~~~

*p/s : sekiranya terdapat kesilapan dalam entri kali ini, minta diperbetulkan..sebab aku bukan orang yang begitu arif agama..maseh begitu naif dan jahil..dan inilah padahnya bila hadir majlis ilmu tapi tak bawak kertas untuk menyalin..isk2..sampai bila entah nak terus lagha kan? huhu*

Wednesday, February 24, 2010

kunci

diam..
lihat..dengar..
satu saat, dua saat, tiga saat, perlahan-lahan mata terbuka..
hati seni sembuh butanya..
nafas kau hela..tenang..
diam lagi..
perhati..hayati..rasai..
satu saat, dua saat, tiga saat, cukup..
deria-deria mula terasa..
sayup-sayup terlihat bayangnya..
bukan melayang santun atas angin, tapi tegak berpaksi bumi..
keramat basmalah berdesus..
getar niat qudus..
langkah diorak gemalai tari..
tari bukan sebarang, tari bersatu dengan alam..
salam buat rasul, salam buat alam..
semesta bertasbih, bayu pun berzanji..
tadabburi..
asyiknya pesona kalam Ilahi, jiwa mati hidup kembali..
tegak kalam bergegar bumi!
 

Saturday, February 20, 2010

tenang


perlahan-lahan
satu persatu
akan sampai juga nanti

Friday, February 19, 2010

ilham, di mana kau?


bila kunci itu hilang
aku terasa kaku
kelu
bisu
tanpa punca
tanpa cara
hilang gaya
hilang suara
aku mahu ke taman itu

mana kunci ke taman itu?
taman yang menyaksikan hitam putih hidupku
di situ aku melayang di awan rerama
di situ aku berenang di lautan bebunga

ingin aku kembali ke taman itu lagi
menyanyi di puncak pelangi
menelusuri dunia warna warni
mengamati tiap hati seni

aku rindu taman itu
taman yang sudi mendengarkan aku
gelak tawa
esak tangis
laung cita
bisik jiwa
semua aku pentaskan di taman itu
taman yang setia mendengarkan aku

aku perlu kunci ke taman itu!
kunci yang namanya ilham
ilham, di mana kau?

*comot tulisanku tanpa kau ilham*

Wednesday, February 17, 2010

GEMAWAN

Mudah sekali berubah hati
Walau kasih kita termeteri
Wajahnya kembali bertakhta di hati
Saat bahagia kita kan pergi

* Chorus
Mudahnya kau berperi
Cinta bertamu lagi
Gemawan kasihku mendung lagi
Akan tiba hari kau merisik kembali
Mendung kini raja di hati ini...

Senja yang menadir
Sendiri ku terpinggir
Mentari pun berlabuh lagi
Leburlah memori berkubur dalam mimpi
Mendung kini berarak pergi

*Chorus

Walau pedih kembara kusendiri
Ku masih menanti gemawan ku pergi
Bahagia kembali
Leburlah memori berkubur dalam mimpi
Mendung kini berarak pergi
Mendung kini berarak pergi...

Tuesday, February 16, 2010

21 tahun 16 hari

21 tahun 16 hari? ye, itu umurku..hoho..tua sudah rupenyer..ape je yang aku buat selama ni ye? hurmmm..

1 februari ari tu birthday aku, takde wat sambutan ape2 pun..cume duduk semeja bersama ehly beyt ku, mengadap piza tuna yang dibelanje oleh kak hana, bace doa selamat sikit2, dah..itu saje, alhamdulillah syukur..malam sebelum tu aku ade buat soto ayam..kebetulan mase tu aku baru nak sihat, kena diarrhoea 4 hari oh seksa seksa..tapi alhamdulillah sangat2, Allah beri aku kesembuhan n kekuatan..


6 februari, jam 0000, bas yg membawa 1st trip ke jaulah dahab sinai sempena winterbreak ni memulakan perjalan ke destinasi..hari pertama kami melalui terowong terusan suez, singgah ke uyun musa,

, hamam firaun,

sharm el-sheikh,

dan malamnye check in hotel di dahab..hari kedua di dahab diisi dengan macam2 aktiviti yang best2..ade snorkelling, ade cycling, ade safari by atv (i like quadbike the most oh oh feel like nak beli 1 atv)
 
  



, bbq, mlm persembahan, ade yg ber'henna'

, ade yg enjoying seafoods, amek2 gambar jadi model tak bertauliah sane sini,

dan ouh paling penting ialah shopping heeehuuu~

hari ketiga barulah kami bergerak ke sinai..kat sinai, kami berpeluang ke maqam Nabi Saleh a.s,

lembu samiri,

maqam Nabi Harun a.s,

uyun itna shar (mata air 12),

wadi arba'in (40 lembah),

jabal musa,

dan st. katherine..pastu on day 4 kami bergerak balik ke mansoura, singgah di taba..

hajat nak ke qal'ah Salahuddin al-ayubi tapi ombak kuat tidak mengizinkan kami menaiki bot ke situ..

jam 0001 10/2/10, kami sampai semula ke bumi mansoura..ouh perjalanan sepanjang 4 hari dan 4 malam yang memenatkan tapi sangat memuaskan, tak mungkin terlupekan..

nanti bile2 aku rajin aku cerita kesah-kesah yang aku kutip sepanjang perjalanan 4 hari 4 malam itu k? kesah ape? ade banyak kesah, kesah para anbiya, kesah firaun, kesah bani israel, juge kesah ajk2, kesah aku dan kawan2 ku, kesah the whole crew lah..hoho..

itu saje wat mase ni..sudah ngantok mahu tidur..smlm ke cairo utk wedding kak Qilah, alhamdulillah kak qilah dah selamat bergelar isteri..barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair =))

Friday, February 5, 2010

sinai!!! here we come!!!

dari dulu sampai sekarang, kelemahan aku bila nak travel ni adalah packing barang..oh aku tak pandai nak packing..nak pilih baju pun perlu minta khidmat nasihat orang..huhu..thanx kak hana sebab tolong saye pilih baju..hihihihi..ermmm..malam ni pukul sepuluh berkumpul di istad..aku bawak beg troli 1, tak penuh pun, cume tu je beg paling kecik yang aku ada(agak besar la sebenarnye beg tu tapi kosong je huuu)..dan juga satu beg pack,untuk naik Jabal Musa nanti..saaaaaangat tak sabar nak ke sana..
cuma, ada satu perkara yang kurang best..aku tak ada camera, sedangkan aku suka ambik gambar..so aku pun pinjam lah camera cik mira, my housemate..thanx mira!! huhuhu..aim aku kalau balik malaysia tahun ni is nak beli camera..hihi..mudah-mudahan ada rezeki..tak perlu dslr pun, tak mampu..digital camera biase je pun ok..lagi ok kalau ada orang nak hadiahkan..ada siapa-siapa nak belanja aku camera tak? hoho..harapaaannn..=.=

ape-apepun, aku kena selesaikan tugas memasak di rumah dulu hari ni..menu, nasi dengan daging blackpepper..senang..hihi..


Thursday, February 4, 2010

welcome winterbreak!!

winterbreak is here!!
after habis exam practical ukir gigi tadi, aku dengan kak hana pergi shopping. Bukan shopping ape pun, cuma barang-barang keperluan untuk ke dahab dan sinai. dengar kata di sinai tahun ni ada salji, weeehuuuuu!!
oh tapi duit dah habis tadi........tak ada lah beli ape sangat pun tadi tapi duit habis jugak..biasa lah duit kan..mak dah offer nak bagi loan tapi aku cakap takpe, next week pun boleh..oh oh rupanya awal-awal lagi sudah habis duit..hahaha padan muka..tu maknanya nak suruh aku berjimat masa di dahab nanti..hopefully snorkelling tak mahal sangat la..CANT WAIT!!! tak sabar nak pergi..kami akan bertolak pkol 12 malam esok..
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan, semoga selamat semuanya pergi dan balik, semoga semua happy dan dapat manfaat from trip ni Insya Allah..
alamak jap lagi ada meeting akademik pulak...malasnyeeeeeeeeeeee...boleh tak kalau saya tak nak pergi? hahahaa..

Wednesday, February 3, 2010

fuuuuuhhhh sudah bersawang *terbatuk2 dan terbersin*

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama aku tak pedulikan blog ini. Tak ada mood. Huhu. Sekarang mood sudah kembali. Jadi tak sabar pula nak bercerita banyak-banyak. hihi. ini hanya muqaddimah. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...